Monday, November 24, 2008

Apa Alasanmu Untuk Tidak Berhijab Duhai Saudari

Masalah berkaitan tudung ini bermula kerana masyarakat Islam tinggal dalam negara majmuk dan kaum wanita mahu berfesyen mengikut mereka yang bukan Islam. Sebenarnya Islam itu mudah dan senang, andainya wanita-wanita Islam memakai tudung adalah lebih cantik dan menarik dan boleh membezakan diri dengan orang yang bukan Islam. Allah ada sebab mewajibkan hambaNya bertudung kerana melindungi pandangan lelaki-lelaki bukan muhrim. Cuba kita lihat wanita bertudung dan wanita yang mendedahkan aurat, melihat wanita bertudung adalah lebih manis dari wanita yang mendedahkan aurat. Secara rasionalnya cuba kita bayangkan makanan yang bertutup itu, tidak ada lalat dan langau yang boleh menghurungnya tetapi makanan yang terdedah akan datanglah lalat dan langau mengerumuninya, begitulah ibaratnya wanita yang menutup aurat dan wanita yang mendedahkan aurat. Walau apapun dosa kita yang menanggungnya, tanyalah diri sendiri dengan apa yang kita mahu di akhirat nanti. Kita ini kepunyaan Allah, ikutilah perintahNya.

Tuesday, November 18, 2008

Jangan Menipu Allah Dengan Bertudung


~sekadar gambar hiasan~

~bertudung dah elok. tapi.....~

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.



Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah duhai puteri2 kesayangan Rasulullah, Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata... kerana sesungguhnya dirimu begitu berharga....

Wednesday, October 8, 2008

Marilah Beramal.... Beramal Kerana ALLAH

"Marilah beramal... beramal kerana ALLAH
Beramal kerana ALLAHu Akbar..."


kadang-kadang lagu ini singgah di hati dan telingaku... lagi best, kalau ada yang tolong sambung menyanyi terutamanya si AFG... Hmmmm..

Al-kisahnya...
25 Sept 08
AFG: kak mus, bila kita nak beli kain oren? kami nak guna malam ni..
Aku: akak busy sikit arini. Kalau nak pergi lepas waktu kerja boleh la...
AFG: Ok. kita gi jam 5 petang. Boleh cari bahulu sekali.
Aku: Ok. beres. Kita gi kat kajang... kat sana murah.

Seperti yang dijanjikan, kami pun bertolak ke kajang. Ditakdirkan, ketika baru saje bertolak, hujan turun dengan agak lebat..

AFG: kak, nak teruskan tak? hujan lebat ni.
Aku: ala, ujan sikit aje. Jom teruskan. Lagipun malam ni kita ada banyak benda nak buat.

Kami pun menuju ke kajang menaiki 'burraq' bernama WRH. Hmm.. jalan jem, sebenarnya aku bukan tau sangat tempat tu walaupun dah banyak kali pergi ke sana atas urusan pernikahan... Apepun, kami redah saje... Lagipun, benda2 tu semua urgent.

(malam)
Setelah sampai ke rumah, aku keletihan yang teramat sangat... misi kami untuk ke kajang tidak tercapai dengan sempurna kerana kami hanya membawa pulang 25 bungkus kuih bahulu sedangkan kain oren itu, tidak kami temui.

AFG: Akak, jom kita gi mines. beli kain. Akak larat lagi tak?
Aku: akak dah xlarat la. Cuba tanya sahabat2 lain.
AFG: yang lain tak de. Semua dah gi meeting.
Aku: kejap. bagi akak rehat 5 minit jap.
AFG: ok. Nanti akak bawak motor ye.. saya dok belakang...
Aku: Aduh. Ni la padahnye naik motor dengan orang yang hanya ada lesen L... Hehehe..

Kami pun menggagahkan diri untuk pergi ke mines lantaran kain itu diperlukan malam itu juga...

Sepulangnya dari mines, aku mengajak sahabat2 untuk membungkus kuih raya untuk diagih2kan kepada orang lain... Bukannya apa, walapun penat yang teramat sangat, tapi sebenarnya rasa seronok itu mengatasi segalanya. Seronok kerana dapat melakukan sesuatu yang mudah2an ALLAH catat sebagai amalan baik untuk bekalan ke negeri yang abadi... Lagipun, perjalanan itu membuatkan aku merasa semakin rapat dengan AFG yang lebih mesra dgn panggilan Azie (teman serumahku)... Malam itu, kesemua kuih bahulu itu telah pun selesai dibungkus semula kepada 250 bungkus. Alhamdulillah...

Thursday, September 25, 2008

Memori Daun Pisang....

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini lagu 'Memori Daun Pisang' sering singgah di telingaku. Padahal itu bukanlah lagu kesukaanku. Walaupun aku akui aku sedikit hafal akan lirik lagu itu. Hmmm... puas aku bermuhasabah.. Akhirnya aku temui juga jawapannya. Itu antara lagu memori aku dan adik kesayanganku, Dian semasa kami kecil-kecil dahulu. Dian amat lincah dan manja orangnya...

Sepanjang minggu ini, perasaanku terusik. Fikiranku terganggu. Bukan oleh sesiapa atau apa-apa. Tapi, aku terganggu oleh fikiran dan andaian yang bukan-bukan mengenai adik kesayanganku ini. Kesihatan Dian agak terganggu dan membimbangkan. Jika sebelum ini Dian seorang yang sangat cergas, tapi sekarang dia sering mengadu sakit. Jika sebelum ini Dian sering mengimbas kenangan-kenangan silam sewaktu kami sedang duduk berdua, tapi sekarang dia sering mengadu bahawa dia selalu terlupa dan mudah lupa tentang sesuatu yang dipertuturkannya, sesuatu yang dilakukannya walaupun baru sebentar tadi perkara itu berlaku.

Aku jadi semakin risau dan tak karuan... Puas aku memujuk Dian untuk melakukan ujian kesihatan, tapi dia sering menolak dan yang pastinya dia berkeras tidak mahu ada sesiapa yang menemaninya ke hospital. Hasil keputusan perubatan sebelum ini pun dirahsiakan dari pengetahuanku. Alasannya, dia tidak mahu ada sesiapa yang risau.

Ketiika aku pulang ke rumah sewaktu hujung minggu, dia pernah berkata:
" Nanti aku bagi no pin kad bank aku pada ko, dan aku letakkan nama mak sebagai waris KWSP aku. Kot2 jadi ape2 kat aku nanti."
Jantungku berdegup kencang. Kenapa tiba-tiba dia berkata sedemikian? Ada banyak perkara yang cuba disembunyikan dari aku.

Baru-baru ini dia mengadu rambutnya mudah gugur. Segera aku buka laptop dan akses ke internet untuk mencari tahu, penyakit apa yang sedang diderita oleh adikku ini. Kanser? Aku tergumam. Terus aku ambil wudhuk, solat sunat, dan membaca al-Quran untuk merayu kepada ALLAH yang Maha Penyayang agar sangkaanku itu tidak benar. Jika benar sekalipun, aku merayu kepada sang Khaliq agar disembuhkan segera penyakit itu.. Aku belum bersedia menghadapi kenyataan itu dan yang pastinya ibuku merupakan insan yang paling sedih sekiranya mendapat tahu akan hal ini.

Walaupun aku sering berselisih pendapat, kadang2 kami bermasam muka dan tidak bertegur sapa, tapi aku tetap menyayangi dia sebagai adik kandungku. Aku tidak sanggup melihat dia menderita... Dia merupakan orang yang paling banyak memberikan sokongan ketika aku dalam kesempitan. Ya ALLAH, jangan kau ambil adikku dalam tempoh terdekat ini. Dia masih terlalu muda ya ALLAH...

Monday, September 22, 2008

Tolongin Nabila.... Ya Allah



Teringat aku akan sebuah drama yang amat aku suka sampai ke hari ini... drama Mutiara Hati atau lebih dikenali dengan nama "Nabila". Kisah ini sungguh lucu dan penuh pengajaran. Berkaitan dengan seorang kanak-kanak tadika yang kehilanagn ibunya sejak lahir. Kanak-kanak ini sungguh bijak, lincah, dan sebagainya... Kadang2 aku juga dipanggil dengan nama 'nabila' oleh teman2ku lantaran kekerapanku mengajuk dialog kanak-kanak ini.

Antara dialog yang masih lagi melekat dalam benakku ialah:

"Ya Allah, tolongin Nabila Ya Allah....."
"Nabila sedih, Ya Allah"

Hari ini, perasaanku benar2 sedih... Kenapa? ada bermacam-macam sebab. Tapi yang pasti 'nabila' sedih sekali ya ALLAH....

" Ya Allah, sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMU di dalam diriku...."

Thursday, August 28, 2008

Selamt Hari Lahir kepada Diriku....



"Perkara yg paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku bertambah, sedangkan amalanku tidak bertambah..."~Ibn Mas'ud.

Hmmm... hari ini adalah hari lahirku yg ke 23.. tepat. xlebih dan xkurang.. kalo lebih atau kurang pun, mgkn beberapa jam aje...

masa pantas berlalu, suka dan duka datang silih berganti... moga2 kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar di atas setiap perkara yg berlaku... Jata pujangga, melakukan kesalahan kali pertama adalah wajar.. tetapi mengulangi kesalahan sampi 3X, bermaksud sengaja membiarkan dirinya dlm kebinasaan...

Dlm umur yg semakin bertambah, maka semakin byk perkara yg perlu difikirkan, makin bertambah amanah & tgjwb yg perlu dipikul... moga ALLAH terus memberi kekuatan.. terus menetapkan hati ini di dalam agamaNYA, menetapkan langkah ini di atas jalanNYA, menetapkan setiap hembusan nafas ini hanya untukNYA...

Kebetulan, Ramadhan bakal menyingkap tabirnya beberapa hari lagi. Mudah2an kita dapat menikmatinya walau utk sehari... Sempena Ramadhan yg hampir tiba, saya ingin memohon maaf buat semua yg pernah mengenali diri ini... buat masa silamku, moga ALLAH izinkan kita semua utk mendapat hidayahNYA... buat pakcik atau makcik atau insan2 yg pernah berurusan dgnku walau hy utk sesaat (yg pernah kusapa utk bertanya ttg waktu, yg pernah kusapa utk mengoder makanan kesukaanku, yg pernah kusapa utk bertanya arah jalan ketika sedang sesat dsb....), mohon utk dihalalkan segala2nya....

Salam kemerdekaan,
Salam kemenangan (dlm PRK di permatang pauh),
Salam Ramadhan...
Salam kesejahteraan...