Friday, February 20, 2009

Baitul Muslim,,, Sebuah Impian

Bila berbicara tentang Baitul Muslim, pasti ramai yang teruja. Itu suatu lumrah yang biasa kerana kita dilahirkan dengan fitrah memiliki rasa CINTA. Terus terang saya katakan, teori atau kefahaman kita terhadap yang bernama "Baitul Muslim" pasti akan berbeza semasa sebelum berkahwin dan selepas berkahwin. Ini kerana, yang belum berkahwin hanya tahu teori saja. Mana mungkin mereka benar faham apa yang dinamakan bercinta selepas kahwin, bagaimana yang dimaksudkan bersabar dalam rumah tangga....

Sang murabbi mengingatkan bahawa memasuki ke fasa ke iaitu Baitul Muslim selepas melepasi fasa pertama sebagai individu muslim juga merupakan suatu jihad. Menjaga sebuah pertunangan saja sudah begitu dahsyat ujiannya, apatah lagi selepas selesai diijabkabulkan. Justru itu, ramai mu'allim yang menasihatkan agar menjaga sebuah hubungan itu dengan sebaiknya kerana apa yang kita lakukan sebelum kahwin, ganjarannya akan kita dapat selepas kahwin nanti...

Banyak kisah yang dikongsi, bukan untuk menakutkan kita semua, tapi untuk membantu agar lebih bersedia. Kisah bagaimana pasangan suami isteri yang sedang menanti kehadiran anak pertama, tiba-tiba ditakdirkan si suami mengalami penyakitketurunan, iaitu penyakit mental. Kisah kedua, diceritakan apabila sang isteri sedang mengandung anak ke-3, diuji dengan sikap suami yang bermain kayu 3 dengan muslimat lain... mereka yang dimaksudkan bukan calang-calang orang. Masing-masing dulu pernah mentarbiyah orang lain dan perkahwinan itu atas dasar suka sama suka. Tapi, di mana ye silapnya...

Aduh, seakan mahu berpatah balik dan tidak sanggup memegang amanah sebagai isteri. Tapi, bila difikirkan semula, tujuan asal perkahwinan adalah untuk kamu bersenang-senang dengan pasangan kamu sepsertimana yang termaktub di dalam al-Quran. Hmm... bermaksud, urusan rumah tangga, bukan boleh diremehkan. Dari langkah menentukan pasangan, hinggalah saat diijabkabulkan... Banyak perkara perlu dijaga dan dimujahadahkan...

Justeru itu, pesanku kepada diriku sendiri, jagalah amanah ini baik-baik. Taatlah pada suami dalam urusan yang tidak melanggar syariat. Syukuri nikmat yang Allah bagi dengan menjadikan Baitul Muslim ini sebagai medium untuk terbinanya sebuah masyarakat Muslim, negeri Islam, Daulah ISlamiyah dan Khilafah Islamiyah... Mudahkan ya Allah, jangan Engkau susahkan...

"Ya Allah, kurniakan Aku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu... Ya Allah, sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cinta-Mu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dari-mu, mengatasi cintaku pada-mu... Ameen."
(Do'a Nabi Daud yang diamalkan oleh Rasulullah saw)

0 comments: