Wednesday, May 27, 2009

Salah ke menonton TV?

~"Madina" Marshanda yang dikenali melalui rancangan Aqso dan Madina~

Baru-baru ini, isu menonton tv dibangkitkan kembali. Isu menonton tv atau memiliki tv di rumah adalah perkara yang sangat berkaitan kerana tanpa tv di rumah, mana mungkin seseorang itu cenderung untuk menonton tv di rumahnya...

"Apa pendapat akak tentang adanya tv di rumah", seorang sahabat bertanya.

Sebenarnya, isu ini sudah banyak kali dibangkitkan sehingga kadang-kala menjadi punca salah faham dan tertekan. Sudah banyak penjelasan yang diberikan, lalu apa lagi yang menjadi masalah?
Saya sendiri amat keliru... Adakah kerana menonton tv itu tidak termasuk dalam sunnah nabi? atau menonton tv itu tidak syar'i? atau teramat melalaikan?

Sebelum ini, saya pernah terbaca artikel dalam saifulislam.com tentang isu tv. Saya amat bersetuju dengan beliau. Dan hujah ini telah saya panjangkan kepada mereka yang sepatutnya, tetapi saya tidak pasti adakah mereka lupa akan perbahasan yang sebelum ini, atau mungkin mereka telah mendapat ilmu baru yang mengatakan tentang impak negatif menonton tv terhadap tarbiyah ruhiyyah yang telah terpasak di dalam diri kita.

Duhai sahabat... Kita kembali kepada realiti. Memang benar jika ada kenyataan bahawa stesen tv masa kini banyak menghidangkan kepada kita tontonan-tontonan yang tidak sepatutnya. Penuh dengan hiburan, dan sandiwara yang menyakitkan mata. Tapi, saya langsung tidak bersetuju sekiranya ada yang berpendapat, siaran tv sudah hilang manfaatnya...

Bagi mereka yang memilih untuk tidak mahu mengadakan tv di rumah, saya menghormati pendapat itu. Tetapi bagi saya sendiri, tv masih memberi manfaat kepada saya, dan saya tidak akan sekat thareeq untuk menonton tv. Cuma dengan syarat, dia hendaklah menonton tv bersama ibu atau ayahnya agar apa yang ditonton itu, dapat dikawal atau masih dalam kawalan...

Mari kita bayangkan situasi ini...
Mad'u kita sangat gemar menonton rancangan AF, bola sepak, Mentor, audition dsb.... Lalu, kita diajak berbincang dan berbual tentang hal yang digemarinya... Malangnya, setiap kali diajak berbincang, kita selalu mengatakan, "maafla... akak tak tau ape2 pun pasal AF, bolasepak, bla... bla... bla... Rancangan tu tak baik... bla.. bla... bla..."

"Di mana yang tidak baiknya kak, tolong bagi contoh..."

Kita pun terdiam... nak bagi contoh macam mana kalau kita sendiri langsung tidak tau...

Saya tidak bermaksud di sini bahawa lepas ni kita kena pasang Astro, lalu pakat ramai2 kena tengok AF. Tapi, sekurang2nya kita kena ambil tau supaya kita punya modal untuk bercakap... Tidak semena-mena menghentam tanpa hujah...

Bukankah di dalam buku Bagaimana Menawan Hati telah dihuraikan bahawa, antara kaedah kita menawan hati mad'u ialah kita mengambil tau tentang apa yang mereka suka...

Di tv juga banyak diberitakan tentang isu2 semasa... politik wang, kisah MB Perak, peperangan, dsb... Menonton berita di tv merupakan antara jalan mudah untuk untuk mendapatkan maklumat bagi mereka yang malas membaca, atau tidak sempat membaca surat khabar.

Hmmm... Kesimpulannya, entahlah. Terpulang pada diri masing-masing. Jangan sampai di sini tidak menonton tv, tapi di rumah sendiri, menonton tv bagai nak rak.. Balas dendam katanya. Tak kesahla kalau yang ditonton itu adalah rancangan forum perdana hal ehwal islam... Tetap tv jugak kan?

Bak kata ustaz, kita ini sudah mukallaf. Sudah pandai membezakan mana yang baik, mana yang buruk kerana sudah berakal... Bukan lagi kanak-kanak yang perlu dikawal itu dan ini... Jadi, siapa yang berhak menentukan rancangan itu boleh, rancangan ini tidak? Tanyalah pada iman...

0 comments: