Tuesday, June 9, 2009

Layak ke Muslimah Jadi Engineer?

~An Iranian woman engineer using a video camera to film her team in the 6th International robotic soccer competitions. The logo of those competitions are projected onto her chador from a spotlight in the Fukuoka, Japan, sports dome. (Image courtesy of Prof. Michael M.J. Fischer)~


Ada beberapa hari lagi yang tersisa sebelum due date hantar jurnal... Bertahan dan terus bertahan. sehingga ke detik ini, saya telah bertekad bahawa ilmu yang dipelajari ini, perlu diaplikasi ke lorongnya yang sebenar... Tak mungkin saya akan mensia-siakan apa yang saya dapat selama berkecimpung dalam dunia engineering...


Tapi, persoalannya, boleh ke muslimah jadi engineer? Sesuwai ke?

Selama ni, banyak persepsi mengatakan muslimah tak sesuai jadi engineer sebab pakaian yang tak menepati syarak, pergaulan yang agak bercampur antara lelaki dengan perempuan, waktu kerja yang tidak menentu, dsb... Lagipun, dah habis ke lelaki kat dunia ni sehinggakan perempuan pun kena terjebak sekali?


Pada pendapat saya secara peribadi, tak salah pun sebenarnya muslimah nak jadi engineer. Memang dulu, mungkin kerjaya ini sesuai untuk lelaki saje, tapi dunia hari ini, memerlukan keterlibatan perempuan apatah lagi muslimah. Dan sebenarnya, melalui pengamatan saya, soal pakaian, soal pergaulan, dsb masih boleh dikawal dan segalanya bergantung kepada kebijaksanaan dan keimanan kita. Sekarang pun, sudah banyak baju2 muslimah atau alternatif lain yang boleh disesuaikan dengan pekerjaan sebagai engineer. Yang penting kita kena faham, konsepnya adalah menutup aurat dengan sempurna.


Bidang kerja apa sekalipun yang kita pilih, asalkan niatnya adalah kerana Allah semata-mata. Kalau menjadi engineer, jadilah engineer yang bertaqwa, insyaAllah, kita akan tetap berada dalam redha Allah... Rasulullah saw tidak pernah menghalang kita untuk mengejar kecemerlangan di dunia demi mencapai kecemerlangan di akhirat.


Allah SWT berfirman: “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”. (al-Qasas:77)


Kepada muslimah, jangan biarkan bidang ini dikuasai oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah kerana bidang ini juga menentukan masa depan negara kita. Nanti, macam2 lah isu yang timbul, di sini runtuh, di sana bocor, di situ rasuah, di mana-mana bermasalah... Dan, menjadi engineer juga tidak menghalang kita untuk berdakwah, kan?


Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan.... Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua...


Selamat menghayati, dan selamat beramal (",)


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya,

2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji yang mabrur,

3. Orang yang mati syahid dalam peperangan,

4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa

ri'ak.


Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, “Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?”


Berkata orang yang mati syahid, “Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah.”


Berkata Jibrail A.S., “Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?”


Orang yang mati syahid menjawab,”Aku mendengar daripada alim ulama.”


Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”


Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, “Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?”


Berkata yang berhaji,”Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah.”


Berkata Jibrail A.S., “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?”


Berkata yang berhaji, “Aku mendengar dari alim ulama.”


Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”


Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, “Apakah yang kamu lakukan
sewaktu kamu di dunia dulu?”


Menjawab si penderma, “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.”


Jibrail A.S. berkata lagi, “Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si perderma, “Aku mendengarnya dari para alim ulama.”


Maka Jibrail A.S. pun berkata, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”


Kemudian orang alim berkata, “Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu.”


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”


Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, “Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu.”


Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, “Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu.”


Al Hassan r.a. berkata, “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan
rosaklah engkau.”


Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., “Amal apakah yang paling utama?”


Rasulullah S.A.W. menjawab, “Berilmu tentang Allah.”

1 comments:

NKAMARIYAH HAMZAH said...

salam..rasa terharu plak baca posting ni..bukan pa rasa sedih plak nak tinggalkan dunia ke"engineering"an ni.. bukan pa, dah temasuk dalam bidang len..