Tuesday, June 30, 2009

Maafkanlah Dia....

Coretan ini terhasil untuk diri sendiri dan mereka yang boleh mengambil manfaat darinya…



Apa yang akan kamu lakukan sekiranya sahabat baik kamu melakukan kesalahan yang sukar untuk kamu maafkan? Dalam erti kata lain, kesalahan itu sudah sangat melampau… Tentu kamu akan berpaling muka darinya dan mengatakan bahawa “tiada maaf lagi bagimu…..

Kalau sebelum ini senyuman tidak pernah lekang buat sahabat itu, tapi kali ini jangan haraplah… Bukan hanya senyuman, malah mata kamu pun sudah tidak sudi lagi untuk melihatnya… Mendengar namanya saje sudah seolah-olah amat menjengkelkan. Kiranya, dia sudah masuk dalam senarai blacklist kamu.

Pernah kamu mendengar sebuah hadis yang mengatakan kalau lebih dari tiga hari kamu tidak bertegur –sapa dengan seseorang apabila kamu bertelagah, bukankah itu suatu dosa? Jadi, bukankah lebih baik kalau kita sedang marah dengan seseorang, kemudian kita ambil masa untuk merenung kembali apa yang telah berlaku, dan dengan senang hati kita cuba mencari alasan untuk memaafkan sahabat kita. Bahkan, selama kita bersahabat dengannya, tidak adakah perkara baik yang dia pernah lakukan yang membuatkan kita bahagia? Hmmm.. pasti ada! Oleh itu, lapangkan hati, dan cubalah memaafkan…

Sebagai manusia biasa, memang lumrah untuk kita mempunyai rasa marah. Justru, mungkin itu hikmahnya Allah memberikan kita tempoh sehingga tiga hari untuk berbaik-baik semula… Maksudnya, biarlah rasa marah dan benci dalam diri kita itu marah dan benci yang limited edition… =)

Semudah itukah memaafkan orang? Cakap memang senang, tapi bukan senang nak buat… Sebelum menjawab soalan ini, ada satu kisah yang ingin saya hidangkan kepada sahabat2… Kisah berkaitan role model kita yang begitu agung, yakni Rasulullah saw. Kisahnya begini….

Setiap pagi, Rasulullah saw mempunyai satu aktiviti tambahan iaitu membersihkan najis di hadapan rumah baginda. Najis itu datangnya dari seorang kafir Quraisy yang amat membenci baginda. Setiap kali najis itu dicampakkan ke rumah baginda, setiap kali itulah baginda membersihkannya tanpa marah-marah, apatah lagi memerintahkan zaujahnya, Saidatina A’isyah wanita yang kemerah-merahan itu =)

Pada suati pagi, baginda berasa pelik kerana mendapati tiada najis di hadapan rumahnya seperti biasanya… Lantas baginda bertanya pada sahabat.

“Si Fulan itu tidak lagi datang ke rumahku, adakah kalian tau sebabnya?”

Jawab sahabat, “Si Fulan itu sedang sakit”.

Lantas Rasulullah saw menuju ke rumah kafir Quraisy itu untuk bertanya khabar. Si Fulan sangat terkejut dan bahkan terharu kerana baginda bukan datang untuk marah, tapi untuk menjenguk keadaannyanya… Tidak semena-mena, si Fulan terus masuk Islam kerana kagum dengan akhlak Rasulullah saw…

Pengajaran dari kisah ini…. Ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan…

1- Ingatlah kebaikan orang lain, dan juga keburukan yang pernah kita lakukan secara peribadi… Dan lupakanlah kesalahan orang lain serta kebaikan yang pernah kita lakukan… Setiap orang pernah melakukan kesalahan, tak kisahlah dia tu sahabat kita, buah hati kita, atau sape2 saje. Jadi, tak perlu terlalu larut dengan kekecewaan kita terhadap orang… (“,)

2- Mungkin kita perlu listkan berapa banyak kebaikan dia pada kita, dan listkan juga kesalahan yang pernah kita buat pada dia. Sebagai contoh, mungkin dulu kita pernah pinjam baju dia, dan tak pernah pulangkan sampai sekarang… Mungkin dia pernah meluangkan masanya untuk mendengar masalah kita dan mungkin banyak lagi kebaikab yang dia pernah lakukan tanpa pengetahuan kita…

3- Cubalah berprasangka baik. Kerana Allah menuruti prasangka hambaNya. Sekiranya datang lintasan prasangka yang buruk, stopkan dan jangan sampai ia sampai ke otak dengan banyakkan istighfar… Ini menurut ustz Abdullah Gymnastiar.

4- Setelah merenung selama tiga hari, maka maafkanlah… Kalau perlu sebelum hari ketiga… InsyaAllah hati kita dijamin akan rasa lapang… Berikanlah senyum terbaikmu buat sahabatmu itu… =D Hulurkan tangan, dan jabatlah dengan seerat2nya…

Jadi, buat yang masih bermasam muka dan marah2…. Tarik nafas dalam2… kemudian…. S.E.N.Y.U.M =)

0 comments: