Monday, July 20, 2009

Di Sebalik Peristiwa Israk Mikraj


Alhamdulillah.... Allah masih memberi kesempatan buat kita bernafas dan berzikir menggunakan segala nikmat yang masih Allah beri kepada kita sedangkan ramai hamba2Nya yang lain yang telah pun dijemput untuk menghadapNya. Pada hari khamis yang lalu, kami dikejutkan dengan berita kematian seorang jiran. Pemergian allahyarhamah sungguh tidak disangka kerana pergi tanpa signal, tanpa petanda... Hanya kerana allahyarhamah jatuh rebah selepas pulang dari membeli ikan di hadapan rumahnya...

Esoknya pula, kami sekali lagi dikhabarkan dengan berita kematian ibu kepada teman lama saya... Baru tiga minggu lepas kami melawatnya. Keadaannya agak kritikal akibat diserang penyakit kanser yang terlalu cepat merebak sehingga merosakkan rahim dan buah pinggang.

Al-fatihah.....

Pada hari Sabtu pula, kami berkesempatan memenuhi taman-taman syurga di surau an-Nur. Penceramah malam itu agak hebat, bernama ust Taliban... Tajuk yang disampaikan ialah berkisar tentang peristiwa israk mikraj. Namun, apa yang lebih ditekankan ialah berkenaan perintah solat yang diterima oleh nabi saw ketika peristiwa itu berlaku...

Rupanya, sangat banyak butiran mutiara ilmu yang dapat kami kutip malam itu terutamanya berkaitan kesempurnaan solat. Antara ilmu yang kami perolehi ialah:

1- hanya 20% daripada 2 bilion umat Islam di dunia yang menunaikan solat. Dan daripada jumlah ini, berapa ramai agaknya yang benar2 diterima solatnya oleh Allah?

2- suatu hari, nabi Ibrahim pernah meminta kepada malaikat Izrail untuk merasa bagaimana sakitnya bila nyawa dicabut. Kemudian, malaikat menunaikan permintaan itu dan mula mencabutnya dengan sungguh lembut & perlahan. Setelah itu, nabi Ibrahim dihidupkan semula lalu ditanya oleh malaikat Izrail: "bagaimanakah rasanya semasa nyawamu dicabut?"
Lalu, nabi Ibrahim menjawab:"kurasakan seolah2 sakitnya seperti seekor kambing hidup yang disiat2 kulitnya..." Ini baru nabi Ibrahim, kalau kita pula.... Bagaimana agaknya?

3- Janganlah kamu suka memandang hina terhadap orang lain.... Kerana menurut imam Ghazali, setiap manusia itu mempunyai sekurang2nya 30 kelemahan. Jadi, sebelum kamu mencari kelemahan orang lain, semaklah kelemahan dirimu dulu.... Bahkan mungkin kita akan mendapati bahawa orang yang kita hina itu, mungkin lebih mulia daripada kita...

4- Di dalam solat, ada 5 tempat yang kita wajib pastikan bacaan itu didengar oleh telinga... Yang paling penting ialah takbiratul ihram dan bacaan al-fatihah. Sekiranya tidak, maka sia-sialah solat kita kerana tidak memenuhi rukun solat. Ini kerana, bacaan mestilah didengar manakala kalau tidak didengar ia menjadi sekadar kumat-kamit...

5- Bagi seorang imam, haruslah dia mendoakan kesejahteraan kampungnya dan mendoakan agar terbuka hati seluruh penduduk kampung untuk mengimarahkan surau. Justru itu, digalakkan untuk memperpanjang doa qunut dengan qunut nazilah pada waktu subuh kerana ia berguna bukan saje ketika di landa musibah perang, bahkan ketika dilanda musibah maksiat....

Banyak lagi untuk dikongsikan... Tapi tak sempat nak menghabiskan perkongsian ilmu dalam entri ini... Mudah2an kita dapat berkongsi lain kali (",)

0 comments: