Thursday, July 2, 2009

Kemuncup Dalam Perjuangan

" PAS akan turut kekal sampai kiamat sekekalnya al-Quran dan Hadis, InsyaAllah. Tetapi kalau PAS menyeleweng, tulis al-Quran menjadi dasarnya, sedangkan pada amalannya berlainan dari al_quran, berlainannya bermula dari cawangan, sampai kepada kawasan, sampai ke peringkat negeri dan sampai ke peringkat pusat. Ataupun penyelewengan bermula dari pusat sampai ke peringkat negeri dan seterusnya sampai kepada kawasan dan cawangan. Maka tidak ada sebarang unsur untuk kekalnya PAS. PAS boleh kekal dengan berkat dan tuah dalam al-Quran..."
~Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat~

Inilah sebuah buku yang baru dibeli oleh abithareeq ketika bersantai bersama di Putrajaya semalam... Menarik... dan tertarik... Buku yang sarat dengan fakta dan nasihat....

Katanya... Perjuangan islam ini penuh dengan kemuncup yang boleh mengganggu perjalanan. Jika tidak cermat, pejuang boleh kehilangan fokus, bahkan lebih teruk dari itu, jemaah boleh berhenti menghabiskan masa semata-mata mahu melayan kerenah kemuncup yang miang di kaki. gerakan Islam boleh terbantut; yakni berada dalam 'satu tempoh tanpa aktiviti' yang sangat merugikan hanya kerana melayan kerenah kemuncup.

Justru, kemuncup perlu dicabut sambil berjalan... Kalau perlu sambil berlari, agar kita tidak ketinggalan, apatah lagi ditewaskan... Jangan biarkan jemaah ini merana ibarat mereka yang terbaring kerana sakit gigi atau ibarat seorang yang berbaring di atas pokok kelapa yang tumbang dek kerana menyesali tindakan....

Sedarilah...
Yang namanya PAS ini, telah lahir setelah apa yang dinamakan politik Islam langsung tidak wujud di kebanyakan negara-negara Islam... Setelah beratus tahun dinafikan dan dimusnahkan oleh penjajah... Pergilah ke Mekah atau Madinah, juga ke Mesir atau Morocco, bahkan mana-mana negeri yang didiami oleh orang-orang Islam, pasti sukar ditemui politik Islam kerana telah dimusnahkan oleh penjajah Barat... Maka, syukurilah dan berusahalah mempertahankannya....

Buat yang masih terlena, yang masih banyak kerenah, yang masih tidak mahu mengenal mehnah, yang merasa terancam masa depannya akan punah, yang hatinya selalu gundah.... Bangunlah... dan bangkitkan semangat kalian.... Jika kalian tidak mahu berjuang, Allah pasti akan menggantikan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain... dan Allah juga tidak rugi walau sekecil zarah sekalipun....

0 comments: