Wednesday, July 15, 2009

Mari Menjadi Muslim Terbaik...

Alhamdulillah.... Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam... Moga hari ini terus dilimpahi sinar rahmat sepertimana turunnya hujan di pagi yang penuh berkat ini....

Dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian, kadang2 terlau banyak perasaan yang datang singgah atau bermastautin di dalam diri kita... Kadang kala mahu rasanya dilontarkan rasa marah ini kepada seisi dunia, ada kalanya mahu saja senyum selebar yang boleh dek kerana terlalu berbunganya hati ini, dan tak kurang juga, ada ketikanya mahu saja memasak sepanjang hari dek kerana bersemangatnya diri ini untuk berbakti kepada orang di sekeliling kita... Ape pun perasaan itu, sudah pasti segalanya adalah wajar kerana kita ini adalah manusia yang diciptakan bersama nafsu, akal dan perasaan....

NAmun demikian, sebagai seorang muslim, wajar saja kalau kita yang mengawal segala perasaan itu... Bak kata Dr. Badrul Amin: "Apa saja yang berlaku di dalam dunia ini, segalanya berpunca dari nafsu manusia..."

Dan satu kata-kata yang saya petik dari buku yang saya baca, penulis itu mengatakan: "Hanya kita yang berhak mengizinkan orang untuk melukakan hati kita..."

Itu di antaranya... Maksudnya, apepun perasaan kita, biarlah kita yang mengawalnya... Bukan membiarkan keadaan yang mengawal emosi kita... Justru, kita tidak akan terluka sekiranya kita tidak membenarkan hati kita untuk terluka....

Saya baru saja habis membaca sebuah fastbook yang ditulis oleh Aa Gym... Tajuk buku itu ialah Menjadi Muslim Yang Terbaik.... Buku ini membawa kita untuk lebih menghargai nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi. Menurut beliau, kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dipilih menjadi manusia yang terbaik keran atitle Islam yang ada pada diri kita sama ada Islam itu kita pilih dengan rela atas sebuah perjuangan mengenal Tuhan yang Esa, atau mungkin kita menjadi seorang muslim tanpa diminta sejak lahir... Cuba kita bayangkan kalau kita lahir dari perut seorang non-muslim seperti Natrah, adakah kita akan menjadi muslim pada hari ini?

Ada satu bahagian yang menyatakan:
"Bilamana anda telah menjadi seorang muslim yang baik, lebih baik dari ibu anada, anda seharusnya tidak merasa sedih... Apatah lagi sekiranya ibu anda tidak menjadi sebaik orang2 yang anda sampaikan dakwah, maka anda juga tidak harus merasa malu kerana mempunyai ibu seperti itu... Bersyukurlah... kerana dari perut ibu anda itu, anda telah lahir dan seterusnya menjadi muslim yang baik atas dasar nikmat iman dan islam yang anda peroleh... Justru itu, layanlah ibu anda sebaiknya..."

Buku ini juga memberikan tips bagaimana untuk menjadi BINTANG. Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Tuhan. Sekiranya kita lihat bintang di langit, mana satukah yang menarik perhatian? Sudah tentu bintang yang paling cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya. Oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi ‘bintang’ supaya dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.

Al-Quran menjelaskan, umat Islam laksana bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat terbaik. Dalam erti kata lain, semua Muslim dan Muslimah adalah BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Tuhan. Namun, tidak semua bintang mendapat perhatian Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredaannya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK.




Jadi, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi BINTANG di hadapan Alllah dengan berusaha menjadi MUSLIM yang TERBAIK!!!

1 comments:

Unknown said...

yelah sokong Aa Gym...aku minat sangat kat dye..arap2 dapat suami cam dye...bahagia dunia akhirat...