Wednesday, August 26, 2009

Kenangan Terindah Di Bulan Ramadhan...


Banyak kenangan indah mahupun pahit yang masih saya simpan kemas dalam ruangan memori jauh di dalam sanubari saya... Setiap kali berbuka puasa, memori itu pasti menggamit rasa syukur yang tidak dapat kubilang entah kali ke berapa agaknya.... Namun yang pasti, hingga saat ini, aku rindu pada satu memori yang mungkin tidak dapat kunikmati lagi....

::MEMORI IN PRK::

Ketika saya berada di tahun akhir, pilihanraya kampus (PRK) pada tahun itu kebetulan berlaku semasa bulan Ramadhan... Menarik, kerana sudah beberapa tahun kebelakangan itu, PRK berlaku sebelum atau selepas Ramadhan.... Saya diamanahkan menjadi pencadang kepada salah seorang calon yang bertanding di atas tiket fakulti. Namun, atas dasar perjuangan, saya tetap membantu rakan-rakan lain yang bertanding untuk berkempen khususnya sahabat dari Persatuan Mahasiswa Islam...

Seperti biasa, setiap hari kami sudah menyiapkan jadual memasak untuk berbuka puasa di rumah sewa kami... Masaklah apa saje, yang penting ada air sejuk untuk berbuka. Itu wajib! Hari itu, bukan giliran saya dan kebetulan saya tiada kelas di waktu petang... Jadi, saya mengambil peluang untuk menggantung poster selepas waktu asar dan mengajak beberapa orang sahabat untuk turut serta.

Cuaca yang agak panas terik... Dahaga.... Tak sabar nak berbuka.... Segala perasaan itu berlari2 di minda memohon perhatian... Tapi kami teruskan bekerja kerana bulan Ramadhan merupakan bulan perjuangan dan kemenangan bagi umat Islam... Itu yang ustaz ajarkan kepadaku... Poster2 itu, kugantung di pokok, tiang, pondok telefon dsb... Di mana saje ada ruang.. Hampir maghrib, saya pulang ke rumah dengan penuh harapan ada air sejuk yang manis untuk ganjaran kepada tekak yang kehausan....

Sampai di rumah, gelap saje... Tiada orang...
"Mungkin diorang nak buat surprise kot..." Bisik hati kecil yang masih lagi berharap.

Saya hidupkan lampu, terus menuju ke dapur, HAMPA... Tiada makanan pun... Dan kesal, "kenapa kalau tak sempat masak, tak maklumkan awal2?"
Tanpa membuang masa, terus memecut ke masjid, dengan harapan ada air sejuk kerana Masjid UPM memang menyediakan makanan untuk berbuka puasa... Saya hampa sekali lagi... Tiada air sejuk malah air panas... Aduh, kecewa dan hampir menangis. "Ya Allah, sungguh aku terlalu dahaga dan tekak sudah teramat kering... Tolong ya Allah, aku sudah tidak mampu..." Hati merintih sayu....

Selesai solat maghrib, saya mengambil keputusan untuk ke BSK. Manalah tau mungkin masih banyak poster yang belum dimasukkan ke dalam plastik. Sampai di sana, saya nampak Hazirah ke dapur. Selepas 5 minit, beliau datang membawa satu jag air sarsi yang sangat sejuk dan dihulur secawan kepada saya... Oh, hampir menangis kerana bahagia... Alhamdulillah... Ya Allah, sungguh, hanya Engkau yang Maha Mengetahui akan segala yang tersirat di hati hamba2-Mu.... Syukran Hazirah...

Itulah saat manis yang tidak mampu saya lupakan sehingga ke hari ini.... Kemanisan sebuah perjuangan.... (",) Justru sejak hari itu, saya semakin yakin bahawa jangan kedekut dengan Allah kerana sedikit sahaja ibadah yang kita lakukan, teramat besar rahmat yang Allah berikan...



2 comments:

HaziraH HussiN said...

kak...
hehe...sama2(akak ckp syukran kat saya,kan?)

saya rasa tahun lepas pon ada entry ni,kan?ke dejaVu?

dah rezeki akak...

ummi09 said...

Assalamualaykum warahmatullah..
tiba2 terjumpa blog enti.. hmm, melalui frenster.. bila enti crite pasal PRK.. Teringat nostalgia menyertai PRK.. sebagai satu pengalaman, mendewasakan diri, menghadapi suatu cabaran.. anyway, nice blog.. salam ramadhan..

Humaira'
Scotland