Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali...


Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang penasyid yang amat dikagumi iaitu ust. Asri Rabbani. Hebat lagu2nya sehingga seingatku, ada satu album yang ku beli, kuulang2 lagunya sehingga hafal satu album. Tapi, dalam banyak2 tu, saya paling suka lagu Handzalah... Semacam ada satu rintihan dari jiwa yang tegar. Setiap kali mak tak bagi pergi program jamaah, saya akan dengar lagu ini berulang2 kali dan seolah2 ingin menyanyikannya di depan mak... Cewah...

Handzalah... Kebetulan nama anak lelaki Puan Rozita (supervisor) dan juga nama seorang lelaki yang menolong saya ketika motor jem di tengah highway, sewaktu hujan lebat pada jam 10 malam... Ketika itu sedang on the way ke hospital melawat abang saya yang accident... Ya, handzalah namanya...

Apepun, kita semua pasti merindui takbir raya beliau di tv pada malam raya.... Itulah takbir yang paling merdu dan sayu... Moga Allah menempatkan roh beliau di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya... Ameen...


Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyuamanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

1 comments:

HaziraH HussiN said...

salam kak...
erm..saya pon ingat lagi peristiwa hanzalah tu. memANG UNIK namanya.memang jarang org nama gitu. masa tu pon, bila dia ckp nama dia hanzalah, saya teringat kisah hanzalah dan lagu hanzalah ni..lagu feveret jugak masa sek men dolu. kalau x silap bbrp kali jadi juara ikim time tu..,
memang terkejut jugak masa dapat tau Ustz asri meninggal.entah bila pula time kita dan camner plak pengakhiran kita..