Friday, September 25, 2009

Mari Membaca Rindu Bau Pohon Tin...


Alhamdulillah, sepanjang perjalanan beraya ke rumah sanak saudara, saya sempat menghabiskan bacaan buku Travelog Tarbiah 'Rindu Bau Pohon Tin' hasil karya Ust Hasrizal Abdul Jamil (Tuan punya saifulislam.com). Almaklum la.. mentang2 takde lesen driving, so ke mana-mana abithareeq jelah yang drive. =)

Terus terang, buku ini amat menarik membuatkan saya tidak sabar untuk membaca dari satu helaian ke helaian yang berikutnya...
Membaca buku ini membuatkan saya seolah-olah sedang berada dalam pengembaraan tersebut. Saya menangis seolah2 menyaksikan kematian sahabat2, kesusahan sahabat2 Pattani yang terputus bekalan wang, kesakitan seorang imam yang kepalanya dipukul dengan belantan kerana mempertahankan khutbahnya, kesayuan melihat makam2 sahabat2 yang syahid dan sebagainya... Semuanya amat memberi kesan.

Antara yang saya palin ingat ialah apabila Dr. Mustafa Abu Zaid yakni pensyarah subjek Dakwah Islamiyyah bertanya pada seorang pelajarnya di dalam bilik beliau:
"Bagaimana kamu faham Islam?" Macam Islam PAS atau macam Islam Umno?"

Pelajar itu menjawab:"Bukan macam PAS, bukan macam Umno. Saya di tengah-tengah!"

Dengan muka merah padam, Dr. Mustafa berkata: "APA? Tengah-tengah? Tiada istilah baina-baina (tengah-tengah) dalam masalah ini. Sama ada kamu pilih Islam atau Jahiliyyah. Mereka yang tengah-tengah hanya kaum yang bersekongkol dengan nifaq. Adakah kamu maksudkan begitu?"

"Kamu semua dengar sini. Aku tidak mengajar kamu kerana duit atau juga kerana title ku sebagai pensyarah. Tapi aku adalah bapa dan kamu semua adalah anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan kamu menjadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah yang berijazah Syariah! Jika kamu melaporkan kepada Raja sekalipun dan aku dibunuh, ingatlah bahawa sesungguhnya syahidku adalah kebanggaan anak2 dan isteriku!"

Ya Allah, sungguh bertuah mereka yang berkesempatan menuntut ilmu dari seorang pensyarah seperti ini. Mengajar bukan hanya kerana tugas atau duit, tetapi kerana rasa tanggung jawab seorang bapa kepada anak2nya...

Dan satu lagi yang pengajaran yang teramat2 berkesan ialah apabila beliau tercium bau minyak wangi seorang pelajar perempuan sewaktu di dalam kelas. Beliau membentak: "Siapa yang pakai minyak wangi tadi?"

Lalu beliau memetik hadis nabi saw:
"Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina juga."
(HR an-Nasaie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)


"Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan! Kalau mahu mencari jantan, berambuslah ke pasar sana! Kalau takut busuk, jagalah kebersihan diri, bukan berwangi-wangian!"

Sungguh, tak rugi membaca buku ini berulang2. Khususnya teman2 yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah. Selamat mengembara di medan ini....

0 comments: