Wednesday, September 16, 2009

Cuba Menyelami Hati Insan Lain...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....


Semalam seorang sahabat memaklumkan tentang kematian seorang anak usrah (AU) secara mengejut (tidak dapat diceritakan di sini bagaimana AU itu meninggal... cukuplah dengan hanya memberitahu AU itu mati mengejut). Kematian adik ini sangat menyentap hati dan saya anggap ianya sebagai salah satu siri tarbiyah dalam madrasah Ramadhan kali ini.... Saya cuba memandangnya dari satu sudut yang positif....

Ada yang meluahkan rasa bersalah kerana tidak cuba mendalami masalah sebenar adik ini walhal dia merupakan insan yang agak rapat dengan adik ini.... Satu negeri, satu fakulti dan yang lebih penting, dialah pak Naqib kepada adik ini... Diikutkan rasa kesal itu, mahu saja dikembalikan putaran waktu agar dapat mendampingi adik ini untuk dikongsi segala masalah dan kekusutan agar dapat dicari jalan penyelesaiannya bersama...

Namun, itulah lumrah manusia. Kita seringkali menyesali sesuatu selepas ia tidak lagi menjadi milik kita atau yang lebih tepat, selepas sesuatu nikmat itu, Allah tarik balik dari kita... Benarlah dalam tazkirah yang saya kongsikan sebelum ini, ustaz berpesan agar kita tidak mengecewakan harapan orang... Acapkali kita mendengar rungutan sesetengah orang yang tidak berpuas hati bila mana ada pihak2 tertentu meminta sumbangan untuk keperluan masjid, jemaah atau keperluan individu....

"Diorang ni takde kerja lain ke selain mintak sumbangan?"

Ustaz kata, kalau boleh, janganlah dok merungut macam tu... Bagi saje berapa yang kita ada seikhlasnya. Sebab kita tak tau duit tu diorang nak pakai untuk apa. Mungkin mereka betul2 memerlukan... Contohnya, kalau kita tengok ada seorang lelaki yang wajahnya serabut dan berpakaian kemeja dan tali leher, lalu memohon sumbangan semasa kita sedang makan di warung, mesti kita akan bersangka yang bukan2 kan? Sedangkan kita tidak tahu mungkin lelaki itu sedang benar2 memerlukan duit untuk membiayai kos pembedahan isterinya yang sedang tenat. Cuba kita bayangkan yang kita berada di posisi lelaki itu... Sedih tak kalau orang lain tak nak tolong kita sedangkan kita benar2 perlukan pertolongan orang lain?

Begitu juga kalau kita rasa nak marah kat seseorang... Selagi belum jelas tentang keadaan yang sebenar, jangan kita nilai orang tu berdasarkan citarasa hati kita. "Kenapa la muslimat tu perangai dia banyak cakap sangat? Tak boleh ke nak bersopan santun dan berlemah lembut?"

Tak boleh nak salah dia sebab mungkin background kehidupan dia mengajar dia menjadi begitu, atau mungkin ada satu peristiwa yang membuat dia jd begitu....

Jadi kesimpulannya, sama2la kita belajar untuk menyelami hati dan perasaan orang lain, sama ada sahabat atau mad'u kita.... jangan pulak menyelami perasaan insan2 tertentu aje... Itu dah lagha... Boleh tau ada muslimin tak sihat, tak makan, tak de duit, ada masalah peribadi, tapi perihal masalah muslimat yang ada kat sekitar dia, bukan nak ambil tau pun.... Alamak, macam dah lari tajuk aje...

Ok la, sampai di sini dulu... Ape pun, tepuk dada tanyalah iman...

0 comments: