Tuesday, September 1, 2009

Kejutan Dari Suami....

Salaam...


Seems like a very long time I was not updating my blog. Macam ape je, berlagak bz la tu.... Actually, there are many things I want to write here especially on what happened during last week and during my holiday...

Seperti yang diketahui, Jumaat lepas adalah hari lahir saya yang ke 24... Kalau sebelum ni, masa hari lahir abithareeq, saya cuba buat surprise dengan menyanyikan lagu Imran Ajmain sebelum solat subuh, dan masing2 meluahkan perasaan sampai dia benar2 terharu.... Lantas, seperti anak kecil, menyorokkan kad ucapan di dalam begnya... Siap lekat gambar kawin lagi tu.... Tu dah tahap paling romantik yang boleh saya fikirkan... Al-maklumlah, masih belajar ni, ala kadar je la yang mampu... Lagipun, masa tu belum pandai buat kek lagi, so no kek2 la...

Bila sampai turn saya, ada juga saya tertunggu surprise si abithareeq ni... Kebetulan masa puasa, then tak berapa nak ada kt rumah la malam tu... Dian dan Linda dah sibuk mencari resipi terbaik untuk buat kek harijadi saya... Dan abithareeq pula sibuk dengan kerjanya... Jadi, saya meramalkan malam itu seolah2 tiada ape2 yang 'bedarik' (baca: menarik). TApi, semasa mengemas meja, terlihat plastik pembungkus kad yang istimewa... Tapi, still nak buat2 tak tau sebab nak tengok juga 'bakat' abithareeq buat surprise... Tunggu punya tunggu, sampai jam 11.00 malam, kek baru nak dibakar dalam oven. So, macam malas nak tunggu, terus pergi beradu...

Jam 1.30 pagi, abithareeq kejutkan. Dengan agak mamai, terdengar sayup2 ucapan selamat hari lahir dan sebagainya...... "Kenapa tak tidur lagi?" Saya bertanya, pelik. Selalunya paling lewat jam 12 abithareeq dah tak boleh tahan... "Abang jaga kek tu.... Tadi macam tak jadi je, pastu tambah tepung dua tiga kali jugak la nak bagi kek tu tak lembik sangat... Baru siap masak, sekarang nak tidur dah ngantuk sangat..." Wah, agak terharu, tapi sengaja tak nak tunjuk ekspresi wajah orang terharu... Nak uji perasaan abithareeq.

Esoknya masa sahur, bangun2 je, dah nampak kek yang masih di dalam acuannya berada di sisi... Wah, ini dah betul2 bersungguh nak tunjuk kek tu pada saya.... Walaupun kek tu tak berapa nak sempurna, tapi rasanya masih lagi sedap. Sekali lagi, sengaja tak nak tunjuk muka terharu... Dah lepas solat subuh, sengaja berpura2 tanya... "tak ade surprise ke?"

"Nak surprise, kenalah cari sendiri..." Abi thareeq menjawab dengan mimik wajah seperti seorang ayah memanjakan anaknya...

"Malaslah nak cari..." Saya sengaja berdalih. PAdahal dah nampak kad tu diletak di meja cermin... Tapi sengaja buat2 tak nampak... =)

Dia bangun mengambil kad, lalu diberikan kepada saya... Di luar sampul, ada tulisan tangan abithareeq yang sememangnya comel.... Diukir tulisan itu, mungkin dengan menggunakan segala usaha untuk menampakkan tulisan itu cantik. Saya tersenyum... Terharu melihat kesungguhan abithareeq untuk menggembirakan hati sang isteri... Tatkala membaca isi kad tersebut, saya tidak dapat menahan rasa terharu dan sebak.... Begini rupanya cara suamiku membahagiakan hati isterinya.

Hari2 berlalu, saya masih lagi cuba mengenal hati budi sang suami... Dari sekecil2 perkara, sehinggalah sebesar2 masalah, saya cuba mengenal bagaimana sikap suami saya dalam menangani setiap perkara yang berlaku... Apapun, saya redha dengan apa yang ada pada diri suami saya.... Kerana itulah dirinya....


Betapa indahnya sebuah kehidupan berumah tangga.... Benarlah kata orang, walaupun sudah berpuluh2 tahun berkahwin, kita masih lagi dalam proses mengenal pasangan hidup kita... Justru itu, sebuah perkenalan yang berlebih2an sebelum perkahwinan hanya akan membuat kita kecewa kerana percayalah... sikap pasangan kita sebelum berkahwin tidak akan sama dengan sifatnya sebenar selepas berkahwin... Bahkan, bagi mereka yang berkahwin kerana sebarang persepsi terhadap pasangannya, akan merasa tertipu dan menyesal...

Jika ikatan itu terbina dengan 'anggapan' bahawa lelaki itu benar2 sempurna ibadahnya, kita pasti akan menyesal jika suatu masa mendapati rupanya dia tidak hebat dalam ibadah...
Jika kita mengahwininya kerana akhlaknya yang menyejukkan hati, nescaya kita akan menyesal apabila suatu masa dia bukanlah sebaik yang disangka...

Justeru, berkahwinlah dengan niat untuk beribadah kepada-Nya.... Yakinlah dengan istikharah yang kita buat. Jangan terlalu rambang mata menilai, si A ini lebih baik, si B lebih alim, dan si C lebih tawaduk... Kerana kita juga bukanlah sesempurna Fatimah untuk mendapatkan pemuda sehebat saidina Ali r.a.....

Wallahu a'lam....



::CORETAN DARI BAITI YANG MEMBUATKAN SAYA SANGAT TERHARU::
(http://nurani-kecil.blogspot.com/)

Kisah Kita Berdua???


Salam...

Camna nak mula ek...hehhehe....Stat dgn video la.....



speselly dedicated to you, my sis!!!

MABRUK 'ALAIKI FI 'IDUL MILADUKI YA UKHTI MUSTIKA!!!
Moga panjang umurnya, bertambah amalannya, byk zuriatnya (hik..hik..), bertambah rezekinya, bertambah beratnya (oopppss...jgn marah aa...), bertambah pahalanya ..brapa banyak tambah daa...


Hehe....nak nyanyi sendiri, nnt recording company amek jadi artis lak kan..so, saya mintak la jasa baik adik comei ni tlg nyanyi kat akak, import spesel from indonesia tau..

Well, knowing insan namedly Mustika...hmm..camna nak stat?? Stat knl akak dalam bulan posa gak, ujung taun 2005. Tau dak knl akak pasai pa..sbb hp akak rosak sbb jatuh masa nek moto..masa tu ada pikir gak, 'aiissh...cuai gak la akak nih'..hehhe...pastu lama2 knl akak, saya pikir macam nih lak 'akak nih suka mencapap la...' hihi..lawak lak bila pikiaq..

Pastu bila sama2 buat keje dgn akak, baru tau siapa pemilik nama Mustika Mokhtar nih...bukan mencapap, tapi suka kehadapan, outstanding la kalo omputih kata...We have gone through many things rite kak? sedey, suka, masam, manis n pahit, sume kita dah rasa sama2...susah sama2, senang sama2...


sarang haeyo (abadan abada..^_^)

satu benda yg saya takleh lupa, akak bagi surat kat saya. as im such a moody person (those around me know me well enough rite), akak bagi surat, mintak maaf takut saya terasa..ikhlas, nabila..hahha...t'gelak saya baca surat tuh..sbb akak ni sgt la suka nak jaga perasaan org...keibuan gitu...ye ke..hahha.ntah la...

Tak tau la describe camna, tapi for me, it's hard to find another Mustika as u r beautiful the way u r (sure aini marah sbb tak penah kata dia cantek..hahhah...)
Tq kak for everything u had done for me. My greatest TQ for letting me be one of warga in Faculty of Engineering. Here, i learn alot, n improved a lot (even bi tunggang langgang, at least i'm much more confident wat..)

I wish all the best for u...a lot of love from me...jgn nakai2 tau...hik..hik..hik...


adikMu dunia wal akhirah
-LemonGrass-
Environmental Lab
Faculty of Engineering

~ Syukran kepada semua....~

1 comments:

ummi09 said...

Suami itu pilihan Allah buat kita.. walau siapa pun dia, bagaimana keadaan dia, tingkahlaku dia... dia adalah insan yang paling sesuai disisi kita.. sebab kita telah berdoa padaNya, sejak sebelum kawin lagi.. dan Allah telah kabulkan permintaan kita, tapi dengan kehendakNya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..