Wednesday, September 9, 2009

Mutiara Hikmah Saidina Umar al-Khattab r.a


Alhamdulillah..... Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang menciptakan manusia dari segumpal darah lalu menjadi seketul daging.... Dengan segala nikmat dan ruang yang diberikan, kita berpeluang untuk memasuki fasa terakhir bulan ramadhan yakni sepuluh hari yang terakhir. Mari bersama kita cek balik iman kita. Apa khabar iman kita pada hari ini? Setelah lebih kurang 20 hari berpuasa, adakah bertambah baik, atau sekadar biasa2 saje, atau malah semakin berkurang? Adakah kita berjaya mengutip butiran2 hikmah dan rahmat yang ditawarkan sebanyak2nya kepada kita sepanjang ramadhan ini... atau kita hanya sekadar merasa lapar dan dahaga lantas saban hari sibuk memikirkan mahu melahap makanan paling lazat untuk berbuka puasa? Mudah2an kita termasuk dalam golongan mereka yang bertaqwa kepada-Nya...

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah tazkirah yang saya dapat dalam sebuah
taman syurga (baca: majlis ilmu) semasa menunggu solat sunat tarawikh malam tadi. Seperti biasa, setiap malam ada saja tazkirah2 menarik yang disampaikan oleh penceramah2 jemputan dari seluruh negara di sebuah surau yang paling hampir dengan rumah saya. Cuma kebetulan tazkirah malam tadi, agak berbeza dari yang sebelumnya. Membuatkan saya sangat ingat setiap patah perkataan yang disebutkan. Teruslah membaca, moga2 ada butiran mutiara hikmah yang dapat kita kutip bersama....

Ustaz memetik kata2 hikmah yang dikeluarkan oleh Khulafa' ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab r.a. Walaupun sahabat nabi ini dikenal sebagai insan yang agak garang dan tegas, namun dalam satu sudut yang lain, sebenarnya Saidina Abu Bakar lebih mengatasi beliau. Contohnya, selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu alayhi wasallam, Saidina Abu Bakar mengambil keputusan untuk memerangi golongan murtad kerana keengganan mereka membayar zakat. Lantas Saidina Umar r.a mempersoalkan:
"Adakah kamu mahu memerangi mereka yang masih solat walaupun tidak membayar zakat?" Dengan tegas Saidina Abu Bakar menjawab, "Aku akan memerangi siapa saja yang mengingkari mana2 perintah Allah dan Rasul-Nya!" Berbalik kepada kata2 hikmah Saidina Umar r.a tadi, beliau berkata:
Aku tidak melihat teman yang paling baik selain teman yang menjaga lisannya,
Aku tidak melihat pakaian yang paling indah, selain dari pakaian warak,

Aku tidak melihat harta yang paling banyak, selain mereka yang penuh dengan rasa puas hati,

Aku tidak melihat kebaikan yang paling baik, selain daripada nasihat,

Aku tidak melihat makanan paling lazat, selain dari kesabaran....


::SEBUAH PENGAJARAN YANG AMAT BERMAKNA::

Kata2 yang sungguh mendalam maksudnya... Diceritakan lagi bahawa telah diriwayatkan bahawa seorang nabi Allah yang tidak diriwayatkan namanya di dalam al-Quran, telah bermimpi pada suatu malam.... Di dalam mimpi tersebut, nabi Allah ini telah diperintahkan untuk berjalan ke arah utara pada keesokan harinya.
Selepas sampai ke utara, apabila kamu berjumpa dengan benda yang pertama, hendaklah kamu makan.... Apabila berjumpa perkara yang kedua, hendaklah kamu semunyikan, dan apabila kamu berjumpa dengan perkara yang ketiga, terimalah, Selepas berjumpa perkara keempat, janganlah kamu hampakan harapannya, dan apabila kamu berjumpa perkara yang kelima, hendaklah kamu lari jauh2!

Keesokannya, nabi Allah ini menurut arahan persis seperti yang terkandung di dalam mimpinya.... Sampai saja di utara, perkara pertama yang dijumpainya adalah sebuah bukit... Menurut mimpi, hendaklah kamu makan... Nabi ini bersabar, dan terus mendaki bukit sehinggalah ditemui olehnya sebuku roti yang teramat lazat, lantas dimakan. Lalu, perjalanan diteruskan dan menemui sebuah mangkuk emas... Menurut mimpi, hendaklah disembunyikan... Lalu, nabi ini mengorek tanah untuk menyembunyikan mangkuk emas itu. Tapi malangnya, selepas ditanam, mangkuk itu timbul dengan sendirinya. Berulang2 kali dicuba ditanam, tetap juga timbul. Lantas, nabi ini meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan seekor burung pipit yang kepenatan kerana seharian cuba melarikan diri dari seekor helang yang mahu menerkamnya. Burung pipit meminta belas kasihan nabi ini untuk menyembunyikannya... Oleh kerana menurut mimpi, perkara ketiga yang ditemui hendaklah diterima, maka burung itu disembunyikan di dalam saku nabi Allah ini...


Selepas berjalan lagi, ternyata ada seekor helang yang mengejar nabi ini. Helang bertanya, "Adakah kamu ternampak seekor pipit? Sudah seharian aku mengejarnya kerana aku sangat kelaparan. Hanya pipit itu yang aku jumpa untuk dimakan..." Oleh kerana mimpi nabi ini mengarahkan agar tidak menghampakan harapan perkara keempat yang ditemuinya, maka nabi ini menghiris daging di bahagian pahanya untuk diberikan kepada burung tersebut untuk dimakan... Selepas berjalan lagi, nabi ini terserempak dengan bangkai haiwan yang teramatlah busuk, lalu nabi ini lari jauh2 sesuai dengan arahan di dalam mimpi....


Malam berikutnya nabi allah ini bermimpi sekali lagi untuk menerangkan tentang hikmah di sebalik mimpi pada malam yang sebelumnya... Jika diringkaskan, pengajarannya adalah seperti berikut:
1- perkara pertama yang kamu jumpa, hendaklah kamu makan (Bukit)
Dengan berkat kesabaran nabi ini meredah bukit, maka dijumpai sebuku roti yang amat lazat. Itulah ganjaran dari sebuah kesabaran....

2- Perkara kedua yang kamu temui, hendaklah kamu sembunyikan (mangkuk emas)
Mangkuk emas itu ibarat sebuah kebaikan... Kabaikan yang kita lakukan, tidak perlu utuk dihebahkan kepada orang lain kerana sesungguhnya semua itu adalah urusan Allah yang akan memperlihatkan satu persatu kebaikan kita kepada seluruh makhluk-Nya... Berapa banyak mereka yang meninggal, tapi kebaikannya baru diketahui selepas ketiadaannya...

3- Perkara ketiga yang kamu temui, terimalah (burung pipit)
Burung pipit itu ibarat sebuah amanah. Sama ada besar atau kecil, amanah itu perlu dijaga dengan sebaik2nya... Amanah sebagai seorang AJK PIBG, tidak mungkin sama dengan amanah sebagai AJK persatuan Islam atau masjid. Ini berkaitan urusan dengan Allah. Bermusuh dengan AJK masjid, tidak bererti kita perlu memboikot masjid itu kerana masjid adalah rumah Allah. Jika kita boikot, bererti kita telah meletakkan Allah dalam list musuh kita. Begitu juga dengan persatuan Islam (Jemaah). Tidak puas hati dengan AJK persatuan, tidak bermakna kita meninggalkan persatuan itu kerana persatuan ini dibina atas dasar taqwa. Maka, meninggalkan urusan dengan persatuan Islam bererti meninggalkan suruhan Allah.

4- Perkara keempat yang kamu temui, janganlah kamu hampakan harapannya (burung helang)
Janganlah kita menghampakan harapan orang lain terhadap kita wp dengan hanya sekecil2 perkara. Jangan pernah menghina mereka yang meminta sumbangan, apatah lagi sumbangan untuk kebaikan. Berilah seberapa banyak yang kita mampu kerana manalah tau mereka yang memohon sumbangan itu, benar2 berhajat ke atas sumbangan kita. Mungkin untuk makan, mungkin untuk masjid, atau apa saja...

5- Perkara kelima yang kamu jumpa, hendaklah kamu lari jauh2 (bangkai yang sangat busuk)
Bangkai itu sebenarnya adalah dosa akibat dari lisan kita mengumpat dan mengeji orang lain. Ramai orang yang tidak mampu mengawal lisannya dengan baik. Maka jagalah lisan kita dengan baik....

Sekian, ini saja yang dapat saya kongsikan... Syukran bagi yang sanggup membaca sehingga ke akhir tazkirah... Moga kita semua mendapat manfaat darinya... Amiiin....

0 comments: