Friday, September 4, 2009

Nak Jadi Suri Rumah...

Petang semalam balik dari exam je terus menuju ke pasaraya untuk beli barang2 dapur yang dah kehabisan stok. Sekian lama mengidam nak makan piza buatan sendiri, tapi tidak kesampaian. Jadi, untuk meraikan diri sendiri yang bertungkus lumus kerana exam 3 minggu berturut2, maka terpaksalah memberi ganjaran pizza.... Sebenarnya, setiap kali berbuka di rumah emak, saya cuba memberi kejutan demi kejutan kepada emak yang tidak percaya anaknya ini boleh memasak, dengan masakan yang mak jarang2 buat. Haha.... Supaya emak percaya bahawa semua itu, benar2 anaknya yang masak dengan hasil usahanya sendiri... Masak di rumah ye, bukan masak di bazar.... Kepada emak, percayalah, anak emak ini sudah besar dan sudah boleh menjadi pengurus rumah tangga yang baik... =) (Tidak baik ye memuji diri sendiri... Plz dont try this at anywhere.... (o.o)......)

~Kuih-muih~

Inilah menu2 yang sempat dipelajari sepajang 15 hari berpuasa. Ada lagi yang tak sempat nak upload.... Resipinya semua mudah2 belaka.... Bila baca blog orang lain yang pandai masak, rasa agak jeles la... Dan berasa hendak memohon jawatan sebagai suri rumah sepenuh masa.... (-_-")

Buat semua, selamat beramal.... Dah nak masuk fasa ke3 Ramadhan dah.... Moga kita berjaya menggapai rahmat & maghfirah-Nya...

~p/s: teringat akan aini yang pandai buat kentang bersalut bread crumb.. Bila agaknya dapat rasa lagi...

0 comments: