Friday, September 4, 2009

Thank You Dr....




Hari ini ada berita yang amat menakjubkan... Lebih menakjubkan dari piza yang saya baru buat semalam. Walaupun sudah dijangka, namun apa yang saya dapat, lebih daripada apa yang saya bayangkan... Alhamdulillah....

Lepas exam semalam, lecturer tu pesan supaya datang berjumpa beliau hari ini... Nak tengok markah sebab dalam masa terdekat ni beliau kena balik ke negara asalnya... Tak sempat nak gementar, terus datang ke biliknya (baca:pejabat) untuk melihat markah...

Masuk2 je beliau tanya, "Do you think I can mark all these papers last night?"

Dengan sedikit kegusaran saya menjawab "I dont think so." Padahal sangat berharap....

Lalu beliau mengeluarkan kertas yang tercatat segala markah.

"Your name Mustika, rite?" Tak sangka beliau ingat nama saya... Padahal masa nak hantar assignment haritu, punyalah terkedek2 nak cari nama penuh beliau. Siap salah eja pulak tu. Malu.

"Yes Dr."

Dalam kertas itu tercatat bahawa:
Test 1: 10/14
Test 2: 16/16
Assignment: 10/10
Final : 59/60

Alhamdulillah.... Itu saje yang mampu diungkapkan.... Walaupun pada asalnya hampir2 drop subjek ni sebab saban minggu ada sebanyak 125 slides yang perlu dibaca dan beliau mengambil masa selama lebih 4 jam untuk terangkan. Pastu sebelum test ada kelas macam biasa 3 jam... Kadang2 sampai tak de mood nak jawab exam sebab kelas tu agak sejuk, lepas tu rasa mengantuk... Dan kadang2 terlupa formula....

Tapi yang menariknya, lecturer ni sangat kebapaan. Menurut beliau, sem ni merupakan kali yang ke 51 beliau mengajar subjek ini... Beliau mahu pelajar faham 50% tentang subjek ni, dan selebihnya boleh cari sendiri maklumat yang berkaitan independently.... Menarik kan?

Teringat satu masa tu, saya jumpa beliau kerana terlupa tajuk assignment untuk group saya, tak kisahlah beliau siap tolong tuliskan tajuk tu di atas sekeping kertas dan suruh saya simpan untuk rujukan... Huahuahua... Terharu... Alangkah baiknya kalau saya dapat jadi pendidik yang bersifat keibuan seperti itu... (Alamak, di dah macam krisis identiti... Kejap nak jadi suri rumah, pastu pulak berangan nak jadi pendidik. Mana satu?) =)

Hmmm... Lepas ni ntah jumpa lagi ke tidak dengan lecturer ni....

~p/s: Tak sia-sialah masa balik kg. dok usung nota ke hulur ke hilir... Padahal tak dan nak baca pun... Huhu....


Al fatihah buat Allahyarham ayahanda Mokhtar yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Ramadhan 15 tahun yang lalu....

0 comments: