Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H....

Salam Ma'al Hijrah buat sahabat2 yang dikasihi sekalian.... Moga hari ini berlalu dengan seribu satu kebahagian dan rahmat dari Allah swt. Apa khabar iman kita hari ini? Sudah bersediakah kita utk melangkah ke tahun baru esok? Moga2, sudah bersiap siaga dengan bekalan iman dan amal yang sepatutnya....


*Mungkin ini adalah design tahun2 lepas....


::Doa Awal Tahun::


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


::Doa Akhir Tahun::


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

[Sumber: mohdzulhelmi.com]


Kaitan doa ini dengan hadith Nabi saw....

Dipetik dari al-ahkam.net, seorang pembaca bertanya:

"Apakah pandangan ahli panel tentang bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun?"


Jawapan:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam digalakkan sentiasa memohon kepada Allah swt agar diberikan kebaikkan dan keredhaan bagi diri dan keluarganya. Tidak ada masalah untuk kita berdo'a untuk kebaikkan apabila datangnya awal tahun Hijrah, sebagaimana umum suruhan ibadat berdo'a.

Teguran dan kritikan kepada amalan berdo'a akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-

a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan do'a ini. misalnya dianjurkan membaca do'a ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.

b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Fadilat do'a awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan

c. Kedua-dua do'a tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi saw. Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa do'a ini tidak berasal dari Nabi saw.

Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw, kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi saw.

Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi saw. Berdo'alah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!.

Sekian, wassalam....

0 comments: