Tuesday, December 29, 2009

Muffins for Wedding Day of Nana & Mustakim....

Salam...

Minggu lepas memenuhi permintaan Kak Nana utk membuat muffin sebagai doorgift untuk perkahwinannya dengan Mustakim... 200 pcs semuanya... Xdapat nak bagi sahabat2 rasa sbb yang terlebih tu dah diagih2kan utk jiran2 sebelah rumah... InsyaAllah lain kali ye...


Muffins with transparent casing...


Delicious moist choc muffin with chocolate topping...


Size: 4.0 cm x 3.5 cm...

Monday, December 21, 2009

Mencari Identiti....

Dipetik dari saifulislam.com. Dah lama mencari artikel ini, alhamdulillah.... jumpa juga akhirnya....

petra.jpg

The Lost City of Petra… bersama Dr. Amran Saleh (my SV =))



“Apalah nak jadi dengan Hasrizal tu. Dah pakai jeans pula dia sekarang!”, suara keluhan muslimat prihatin sampai ke telinga saya.


Lucu ada, hairan pun ada.


Tapi saya buat tidak peduli sahaja. Pada saya, musim sejuk begini, tidak tepat kalau pakai seluar biasa. Beku separuh badan. Sama juga pakai serban tunggang motor 100km/jam. Tidak menjaga Sunnatullah.


Semua orang pernah menempuh era mencari identiti. Ketika saya memberanikan diri memakai jeans, yang bukan kebiasaan saya, saya sedang berada di era bosan dengan rigidity persekitaran saya.


Pakai jam tangan kiri, dikatakan tak menghormati waktu.


Pakai baju kemeja masuk ke dalam, dikatakan macam orientalis.


Perubahan seketika pada diri saya, bukan hanya pada menukar seluar tetapi kesannya turut kedengaran pada lagu yang saya cipta untuk Usrah al-Firdaus. Akhirnya pada tahun 1995, sebuah lagu yang telah menimbulkan kontroversi di Jordan, saya dendangkan buat mereka yang mencari identiti.


Saya perdengarkan kembali untuk pembaca tersayang di saifulislam.com:


IMEJ BARU

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja

Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman


Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan


Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan


Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita


Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang


Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan


Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita


Lagu, lirik dan nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

::Antara komen2 pembaca....


Di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara umumnya, bahkan mungkin di mana-mana penampilan adalah segala-galanya. Zaman sekarang suka sangat mereka nilai dengan zahiriyyah. Tak mengapalah kalau bagi mereka yang menilai (orang awam). Maksudnya dah menjadi hal yang biasa kalau orang awam menilai dengan zahiriyyah.


Cuma yang menjadi musibah adalah ketika sesetengah pelajar-pelajar yang akan menjadi asatidzul mustaqbal terlalu fokus dengan image diri dan lupa bahwa yang lebih penting adalah ilmu, iman dan ketaqwaan di hati. “Dia tu pandai dan rajin ibadah tapi tengoklah pakaiannya” Sindir seorang teman. “Kita ni calon-calon ustaz maka harus selalu menjaga image maka… pakailah kopiah ketika bermain bola…”


maaflah ye, semoga menjadi lelucon membangun.


Tak salah para ust zaman ini meninggalkan serban, jubah dan baju melayu as long as iman dan taqwa masih tersemat di hati…



entah le, saya pun tak tahu nak buat macam mana. tapi kalau jemaah masjid tak nak berimamkan orang pakai jeans, kita pun tak boleh nak buat apa2. saya tak boleh ubah pendirian jemaah masjid, tapi saya boleh ubah pendekatan saya. sebagaimana jeans tak ada masalah untuk dipakai, begitu juga dengan kain pelekat dan baju melayu, juga tak ada masalah untuk dipakai :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pendapat saya secara peribadi, selagi mana pakaian itu selari dengan syarak, yakni tidak ketat, tidak mencuri perhatian lelaki ajnabi dan tidak menampakkan aurat, silakan.... Yang penting, sebagai seorang muslim, nilailah berdasarkan ilmu dan keadaan, bukan sekadar tahu memberi tohmahan...



Sekian....


Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H....

Salam Ma'al Hijrah buat sahabat2 yang dikasihi sekalian.... Moga hari ini berlalu dengan seribu satu kebahagian dan rahmat dari Allah swt. Apa khabar iman kita hari ini? Sudah bersediakah kita utk melangkah ke tahun baru esok? Moga2, sudah bersiap siaga dengan bekalan iman dan amal yang sepatutnya....


*Mungkin ini adalah design tahun2 lepas....


::Doa Awal Tahun::


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


::Doa Akhir Tahun::


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

[Sumber: mohdzulhelmi.com]


Kaitan doa ini dengan hadith Nabi saw....

Dipetik dari al-ahkam.net, seorang pembaca bertanya:

"Apakah pandangan ahli panel tentang bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun?"


Jawapan:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam digalakkan sentiasa memohon kepada Allah swt agar diberikan kebaikkan dan keredhaan bagi diri dan keluarganya. Tidak ada masalah untuk kita berdo'a untuk kebaikkan apabila datangnya awal tahun Hijrah, sebagaimana umum suruhan ibadat berdo'a.

Teguran dan kritikan kepada amalan berdo'a akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-

a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan do'a ini. misalnya dianjurkan membaca do'a ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.

b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Fadilat do'a awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan

c. Kedua-dua do'a tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi saw. Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa do'a ini tidak berasal dari Nabi saw.

Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw, kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi saw.

Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi saw. Berdo'alah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!.

Sekian, wassalam....

Wednesday, December 16, 2009

Sebuah Kesyukuran

Hamdan wa syukran lillah...

Hati begitu sayu pagi ini... Sesayu subuh yang menenangkan ini... Mungkin kerana baru lepas menghabiskan bacaan novel Hafalan Solat Delisa buat kesekian kalinya... Aduh, anak kecil ini sungguh solehah membuatkan hati ini tidak sabar2 memiliki seorang Delisa seperti dia...

Alhamdulillah wa syukran lillah...

Usaha saya belajar memandu akhirnya berhasil... Setelah sekian lama mengidamkan dapat menjadi pemandu di jalan, membantu abithareeq yang terpaksa memandu untuk jarak yang sangat jauh tanpa ada yang dapat membantu di kala mengantuk, akhirnya sayalah yang bakal berkongsi posisi dengan abithareeq... Sekurang2nye, dengan adanya lesen ini, bolehlah drive sendiri ke hospital bila nak bersalin nanti... Manelah tau masa tu kot2 masih duduk berjauhan dengan abithareeq...

Alhamdulillah wa syukran lillah...

Sehingga ke hari ini, masih mampu meneruskan kehidupan... Diberikan nikmat iman dan Islam yang tak terhingga kenikmatannya... Di saat ini masih diberi peluang memperbaiki diri, mengabdikan diri kepada-Nya, walaupun mungkin jauh dari tahap kesempurnaan ibadah sahabat2 nabi saw....

Alhamdulillah wa syukran lillah...

Di saat ini, ada satu lagi anugerah yg Allah beri (selain dari keluarga yang disayangi...) iaitu suami yang amat dicintai... Walaupun berjauhan, sekurang2nya Allah memberikan diri ini peluang untuk berbakti sebagai seorang zaujah (isteri), yang mana ketaatan seorang isteri kepada suaminya dalam urusan ibadah, mampu membawa kepada redha Allah... Juga kehadiran sahabat2 yang disayangi dan dirindui selalu, diri ini amat merindui suasana bergerak kerja bersama... usrah bersama... solat bersama... makan bersama... muhasabah bersama... dsb....






Ya Allah - Wali Band
(Ya Allah Ya Rabbi

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Saturday, December 12, 2009

Membeli buku masakan....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Sekian lama membiarkan belog ini bersawang akibat terlalu lama tidak dikunjungi. Waktu yang membataskan dan trafik fikiran yang kadang2 jem membantutkan segala ilham2 yang semakin menguncup tanpa perhatian yang sewajarnya...

Petang semalam, berpeluang membawa umi yakni sahabat seperjuangan abithareeq di ump berjalan2 di mall. Macam biasa, nawaitu asalnya cuma nak beli barang2 domestik, tapi akhirnya melencong juga ke kedai2 lain... Sebenarnya dah lama pandang2 jeling2 kt buku2 ni, tp memandangkan pd waktu itu buku2 tu tidaklah urgent keperluannya dan tidak ada bajet utk membeli buku itu, maka terpaksa melupakan dulu. Akhirnya, semalam secara tidak disengajakan, telah terbeli dengan senang hatinya.... Tapi beli yang murah je... Ni dah kira yang paling berpatutan la harganya for a beginner like me...

Taraaaaaaaa....
Inilah buku2nya....


* Buku Brownies kukus & panggang favorit dihasilkan ole Yeni Ismayani manakala buku 100 Resep Cake & Kue oleh Sisca Soewitomo.

Sewaktu sedang membelek buku2 ni, sempatlah berangan nak buat kek dan brownies paling sedap... Hmmm, padalah berangan je lebih... Tapi, tak salah nak berangan kerana sebuah impian bermula dari sebuah angan2... Yang penting ialah ada usaha untuk merealisasikan impian.... Sengaja pilih yang berbahasa Indonesia kerana nak mengukuhkan lagi kefahaman Bahasa Indonesia.. (Wah, macam Ery Kurniawan...)

Perasaan sekarang ni, tak sabar nak balik rumah dan mula mengadun tepung lalu memasukkannya ke dalam oven lalu mendecorate lalu....... makan... huhuhu... Asyik banget nih...

Tuesday, December 1, 2009

Tahniah Abithareeq....




Alhamdulillah.... segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam...

Thanks Allah for making our dreams come true...
Thanks Allah for every single things that You given to us...

Walaupun jarak perpisahan dengan abithareeq semakin jauh, namun aku redha kerana aku yakin Engkaulah sebaik2 perancang...

Buat abithareeq,
Selamat bekerja di tempat baru...
Jaga diri, hiasi peribadi...
Moga pekerjaan ini dapat meningkatkan lagi ketaatan kita kepada-Nya...

Ya Allah... tolong jaga abithareeq kerana Engkau sebaik2 Penjaga... Di mana pun dia, jagalah imannya, mudahkan urusannya, kuatkan kesabarannya, elokkan kesihatannya, tetapkan langkahnya....

Moga pertemuan yang singkat ini membuatkan kita lebih menghargai erti sebuah CINTA.... Kerana bercinta tidak semestinya bererti harus sentiasa bersua....

Friday, November 13, 2009

'Baitul Muslim' yang semakin tenat....

Coretan ini hanya ditujukan buat mereka yang mahu memuhasabah diri dan jamaah... Terpulang nak percaya atau tidak...

amanah.jpg

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – Hadith riwayat al-Bukhari


Sejak kebelakangan ini, hati ini semakin bergelora ibarat ombak yang bertalu-talu menghempas batu karang di lautan... Isu ini isu lama, bahkan ada yang sudah terbiasa dengan perkara yang suatu masa dulu dianggap maksiat. Saya tidak bertujuan untuk untuk menghentam mana2 pihak, cuma ingin mengajak diri saya serta pembaca blog ini untuk sama2 bermuhasabah...


Dengan ikhlas, saya mengakui bahawa sistem bm (di tempat saya bernaung ini) membawa manfaat yang besar dalam usaha memastikan kesinambungan perjuangan ahli dalam meniti fasa pebinaan baitu muslim yakni fasa kedua selepas fardhu muslim. Bagaimanapun, sejak (tahun) kebelakangan ini, saya melihat ada banyak perkara yang tidak jelas, syubhah, mengarut, 'bidah' dan sebagainya. Apatah lagi bilamana perkara itu dilakukan sendiri oleh orang2 yang diberikan amanah untuk menjaga sistem bm itu...

Bayangkan, bila mana pemegang amanah itu sendiri dengan tanpa rasa bersalah menghantar mesej "kenapa muka enti nampak lain hari ini?" semasa meeting tanzim diadakan. Dan si muslimat juga menjawab "muka ana nampak lain ke?". Tak rasa bersalah ke antum buat macam ni dalam meeting bm? Bukankah antum sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya? Menjaga amanah untuk mendidik hati2 yang ingin berjuang agar tidak hanyut dalam lembah zina hati atau istilah mudahnya kemaruk cinta?

Bilamana ajk bm 'berfatwa' bahawa pasangan bm boleh menghantar mesej tazkirah kepada pasangan masing2, tidakkah antum terfikir bahawa setiap ahli kita ini bukannya terdir daripada malaikat yang suci dari dosa? Tidakkah terlintas bahawa dengan 'fatwa' itu kalian sedang membuka ruang dan peluang untuk pasangan ini terjebak lebih jauh dalam zina hati? Ana bagi satu contoh mudah:
Muslimin menghantar mesej tazkirah kepada si muslimat tentang solat dhuha.
Lalu si mulimat menjawab "enta sudah dhuha ke?"
Muslimin: Belum, jom kita dhuha sama2...
Muslimat: Ok, jom...

(Lepas solat dhuha, *tak kisahla dhuha tu ikhlas kerana Allah atau semata2 kerana ingin memenuhi hasrat pasangan)

Muslimin: Alhamdulillah dah dhuha... bla... bla...bla....

Akhirnya perbualan ini menjadi semakin meleret dan yang tadi kononnya hanya nak bagi mesej tazkirah, akhirnya semakin tak tentu arah.... Ini belum kes kejutkan tahajjud la, sahur la dsb... Silap hari bulan, bawa usrah pun sebab pasangan suruh malah ada yang tak bawa usrah sebab gaduh dengan pasangan... Na'udzubillah...

Banyak juga kes yang berbm sejak tahun pertama, bahkan ada yang berbm sejak sebelum degree sebab dah jadi macam tradisi atau kebiasaan... Macam mana ajk bm nak menggesa agar ahli benar2 serius dlm bm sedangkan mereka sendiri belum dapat menentukan hala tuju bm masing2. Yang paling 'memualkan' bila golongan ini seakan2 hanyut dengan dunia bmnya... Jujurlah, mungkin kalian tidak pernah tahu erti sebuah kemanisan bersusah payah mengusahakan sebuah perkahwinan dalam keadaan serba kekurangan... Justru kalian sering memberikan alasan 'nak kenal hati budi dulu, nak bagi mantap kewangan dulu...' atau macam2 lagi alasan... Padahal mungkin ada yang berbm semata2 nak menghalalkan istilah couple yang kononnya sangat menjengkelkan itu...

Ana sedih sangat bila ada ajk yang memberikan hadiah harijadi kepada pasangannya saban tahun kerana ingin mengukuhkan ikatan bm sedangkan tidak pernah memberi apa2 kepada anak usrahnya untuk mengikat ikatan ukhuwah sesama mereka... Kalian lebih rela bersedih kerana pasangan yang demam (mungkin berpura2 demam) berbanding risaukan kesihatan sahabat2 atau anak usrah...

Sahabat, sedarkah kalian bahawa hal bm ini bukan perkara main2? Ini melibatkan masalah hati... Ini melibatkan keberkatan dalam gerak kerja kita... Ini melibatkan soal dakwah...

Jangan bermain dengan api kalau takut terbakar tangan...
Jangan bermain dengan hati kalau takut terbakar iman...

Bukan salah untuk berbm, tapi tolonglah jaga elok2... Jangan berangan nak compare bm dengan sunnah Rasulullah... Terlalu jauh berbeza... Malulah dengan 'pecah amanah' yang kalian lakukan... Malulah sekiranya bm yang bagai nak rak ini akhirnya terputus di tengah jalan...

Yang paling geram, bila ada muslimin suruh naikkan adik muslimat semata2 nak membolehkan hasrat si muslimin utuk berbm dengan muslimat itu... Macam mana ahli nak thiqah kalau pemegang amanah sendiri hanyut dengan dunia bmnya? Sampai dengan senang2 melafazkan I Love You ... kepada insan yang belum tentu jadi suami... Ini juga berlaku di kalangan pemegang amanah itu sendiri...
Hello.... cegah masalah bm dulu sebelum buat operasi cegah couple ye...

Imam Syafie kata:
Orang jahil buat dosa kerana kejahilan mereka, sedangkan kita buat dosa dlm keadaan kita sedar...

Ini bukan kali pertama ana membicarakan tentang masalah bm. Bahkan sudah berkali2 bahkan pernah membicarakan sendiri dengan mereka yang sepatutnya... Tapi, masih banyak aduan dan semakin banyak kisah2 yang terbongkar di sebaliknya... Fikir-fikirkanlah...

Friday, November 6, 2009

Present yang membuang masa...

Salaam...

Hari ini rasa sangat tidak hangat. Tak best kerana terpaksa mengakhiri hari jumaat dengan perasaan yang amat malu *tak tau nak sorok kat mane* T_T Silap saya juga kerana tidak plan elok2 masa nak pilih tarikh present progress report. Dah tau minggu ni nak fokus pada konferens, pastu dengan konfidennya bila ditanya bila nak present progress report saya menjawab "Ok puan, minggu depan hari jumaat pagi saya ok." Padahal sudah sedar bahawa tidak ada apa yang boleh dipresent kerana tiada result. Huhuhu...

Nak dijadikan cerita, sepanjang tiga hari ini telah bertungkus lumus menyiapkan full progress report untuk dihantar dan dibentang kepada penyelia. Sanggup membiarkan abithareeq kerinduan di rumah sehingga sudah imun agaknya dengan yang namanya rindu. Kononnya nak menumpukan segenap perhatian untuk konferens & present. Slide pun siap tengah malam tadi dan memang tak sempat nak semak semula, apatah lagi nak praktis *silap sendiri*.

Maka, apabila pagi ini pergi present dengan muka mengantuk dan blur *sila bayangkan*, baru first slide dah kena tanya. Banyak mane ye 150 m3 itu? Saya pun menjawab " Eeee... ", lalu prof menjawab "100m2 x 15 m la... Banyak tu..." Waktu ni memang dah malu... Pastu masuk slide seterusnya, prof tanya "what do you mean by kcal/kg? banyak mane tu?" Dengan tak semena2 menjawab "hmmm... bahagi 1000 dgn nilai yg tu la... kot" Padahal jawapan ni salah.... Ayooo, itupun tak tau ke?

Sampai ke sudah, semua serba tak kena... Result mangarut la, pastu bila ditanya apa maksud graf ni, tak boleh nak jawab. Kalau jawab pun sangat blur dan tdk meyakinkan.... Kenapa la jadi macam ni. Padahal masa keluar dari asrama tadi dgn perasan yang konfiden dan percaya pada diri... Mungkin inilah bahana kerja last minute... Ahhhh, i dont like it!

Sangat menyesal kerana seolah2 telah membuang masa sv utk mendengar benda2 mengarut yang telah saya sampaikan. Rasa mcm Dr. sangat kecewa dgn apa yg telah saya buat. Membazir masa 1 sem utk result yang tidak memberi makna apa2.... Sedih dan malu dan kecewa dan mcm2 lagi.... Janji tak mau buat lagi...

Friday, October 30, 2009

Insiden 29 Oktober 2009...

Salaam...

Hari ini memulakan hari dengan penuh semangat kerana terpaksa menyiapkan banyak kerja sedangkan jam2 yang ada perlu dihargai dengan sebaiknya... Bangun tidur tadi, kaki agak sukar untuk berjalan kerana terlalu sakit... Lepas solat subuh, dah beransur lega... Mari review, apa yang menyebabkan kaki menjadi sangat sakit...

Petang 29 Oktober, kami (saya, kak yan, wani, jamla dan cik Ibah) pulang dari fakulti menuju ke Taman Universiti, rumah Ajie Chan dan Zaza Messi menaiki kereta milik kak Yan yang dipandu oleh Cik Taibah... Tapi sayang, semasa dalam perjalanan, kereta yang kami naiki telang berlanggar dengan sebuah kereta avanza.... Alhamdulillah, secara fizikalnya, tiada siapa yang cedera... Tak tau nak share macam mana sebab dalam kepala ini yang berlegar hanyalah tentang TGA, GC, progress report, konferens, dsb... heheh... Inilah suasana sepanjang accident berlaku...



kereta yang kami naik...

moto yang menjadi mangsa keadaan...

tu dia pemilik avanza yang kami langgar... sengaja xmau letak gambar kete dia...

selama ni tengok kete orang lain kena towing...

Di balai polis buat report... Dapat peluang solat magrib dalam balai...

Salinan report...

Di Pusat Kesihatan UPM sebab nak cek kecederaan dalaman...


p/s: Bagi saya, kejadian ini pasti mengandungi hikmah yang tersembunyi... Saya lebih suka menganggap ia sebagai sebuah peringatan dari Allah walaupun dalam masa yang sama Dia juga hendak menguji hambaNya...


Tuesday, October 27, 2009

Jalan Sehala...

Salaam...

Tak tau kenapa hari ini mendengar lagu ini berulang-ulang kali sambil membiarkan butiran jernih mengalir di pipi...
Cuma, yang nyata, aku amat2 bersyukur saat ini kerana masih mampu berada di sisi mak di saat2 mak memerlukan kehadiran anak2nya...




Jalan Sehala
Album : Jalan Sehala
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]

membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih

aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala

aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam hati
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih

*Teringat pada mak... Bertubi2 ujian menimpa...*

Duhai anak, sebelum mengeluh kononnya si ibu tidak faham akan kehendak anak, belajarlah dan berusahalah untuk memahami si ibu kerana sesungguhnya terlalu banyak perkara yang disembunyikan ibu dari pengetahuan anak...
Terlalu banyak kesabaran ibu melayan kerenah kita...
Terlalu banyak beban ibu kerana kerenah anaknya...
Terlalu banyak calarnya hati ibu kerana luka yang kita gores di hatinya...

Ambillah masa untuk mendalami hati si ibu...
Selagi dia masih ada...

Tuesday, October 20, 2009

Memori Aidilfitri 2009

Salaam...

Setelah berjaya 'menahan' diri dari mengupdate belog, kerana memberikan keutamaan kepada urusan menulis thesis dan melakukan sedikit experiment, akhirnya diri ini mendapat ganjaran utk membuat posting baru... Dah lama rs nak letak posting ni, tp xtau knp hari ni baru rs betul2 nak post...

Alhamdulillah, tahun ini sudah dua kali berhari raya sebagai isteri walaupun baru setahun berkahwin.... Satu nikmat yang cukup besar dan tak terhingga.... Kalau dulu, selalu berangan nak rasa nikmat balik kampung sbb saya tidak berkampung dan boleh kira berapa kali berjalan2 ke luar dr KL. Kalau tak silap, hanya berulang alik dr Ampang ke MAtrik Johor. Itu saje... Memang jeles la bila kawan2 dok sibuk2 beli tiket balik raya... Selalu berdoa supaya dpt suami yg ada kampung dan dkt dgn sawah padi...

Akhirnya, memang sungguh rumah abithareeq ni kt area kampung, dgn cara hidup kampung, dan dekat dgn sawah padi... Masa mula2 balik kampung masa bulan puasa lepas kawin, itulah first time menjejak kaki ke rumah suami. Berdebar sangat... Dengan memang tak faham loghat org penang... pastu adat memang jauh beza... rasa mcm kelakar je... wp sampai sekarang tak berapa nak faham apa yang disembangkan oleh mereka, tp still rs bahagaia dan cuba memahami loghat penang... Bila org ketawa, join ketawala wp tak faham... Indahnya memori itu...

Lama2, rs rindu je nak balik penang... Mcm nak duduk sana... Tp, belum tiba masa yg sesuai... Banyak lg tanggung jawab lain di sini... InsyaAllah satu hari nanti... Paling suka bila ikut abah (ayah mertua) pergi boreng air merata2 dan join abah buat kerja2 buruh... Pastu tengok abah senyum (mgkn sbb terharu sbb menantu dia boleh buat kerja2 berat)...


~Hari raya pertama di rumah saya...~
[Dari kiri bawah: saya, Dian (adik), kakak ipar, abang, mak & abithareeq]
[Di atas ayah dan Linda (adik)]


~Abithareeg yang disayangi... pemandu yg 'agak' berhemah...~


~Membawa adik & anak buah (Febriyanti & Farid) beraya di rumah sanak saudara...


~Perjalanan balik kampung~


~Abithareeq bersama adik2 ipar~


~Berziarah... Adik2 ini sebenarnya sudah berusia 15 thn dan 13 tahun.... (percaya tak?)~

~Abithareeq lagi...~



Thursday, October 15, 2009

Cupcake Special Untuk Ifah...

Salaam...

Semalam kekenyangan setelah berbuka puasa di rumah habis berpinggan2... Bukan saya seorang ye, ini termasuk wani & baiti... Makanan yg sedap atau perut yg lapar? Lepas solat, terus ke majlis rumah terbuka my supervisor, Puan Rozita... Memang luar biasa...

Balik2, terus fokus kepada sesi membuat kek... Ditempah oleh Ifah.... Syukran Ifah...




Diameter 5.5 cm di permukaan
Bekas transparent
9 cup
RM 15


Wednesday, October 14, 2009

Bila Ummuthareeq Main Badminton...

Salaam...

Setelah sekian lama saya berehat dari aktiviti sukan *bunyi macam pemain profesional aje...*, akhirnya tulang temulang ini dikerah kembali untuk menjadi aktif seperti beberapa bulan sebelum itu. Macam biasalah, pasukan lawan pun dah tak berapa nak gerun sebab senang2 aje dikalahkan oleh team kak yan...

Sebenarnya, sejak tengah hari tu, dah terbayang2 hidangan chicken chop yang dengan tak sabarnya menanti utk diratah... Jadi, semalam terpaksa stop awal demi menempah chicken sebagai hidangan berbuka puasa... Alhamdulillah, puas hati sangat2...

~Bajet macam Susi Susanti (Evergreen Indonesian badminton player...)~


~3 dara pingitan... (is it?)~


~Inilah sebahagian ahli KEBUTANG (Kesatuan Bulu Tangkis) yang bermain badminton semalam sempena meraikan neena yang bakal flight ke kampung halamannya...~



Tuesday, October 13, 2009

Chicken Chop & Sup Cendawan...

Salaam....

Rasa pelik bila pagi2 bangun tidur mcm xperlu rushing sangat... Rupa2nya, la.... kan dok menumpang kat bilik Toybah minggu ni... *masih tak boleh terima kenyataan terpaksa hidup membujang T_T*

Sementara tengah tunggu si Toybah ni bersiap, saya sempat mengedit beberapa gambar2 masakan hasil daripada program masak2 bersama abithareeq ujung minggu lepas. Alkisahnya, dah lama teringin nak makan sup cendawan. Dulu, masa zaman muda2 kt asrama, rajinlah dok mengorder sup cendawan kt Padang... Sekarang susah nak jumpa... Jadi, terpaksalah memandai2 masak sendiri... Lebihan ayam & cendawan tu, diguna untuk buat chicken chop... Hehehe....





~Resipi Sup Cendawan untuk 2 orang~

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dimayang)*
2 ulas bawang putih (hiris)*
2 biji cili padi (belah dua)*
2 inci halia (hiris)*
1 helai daun kunyit*
serbuk lada putih/hitam
bebola ikan/daging
air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bahan2 bertanda * sehingga naik bau, masukkan bebola ikan/daging, tambah air & masukkan garam secukup rasa...

Bahan dan kaedah di atas boleh diedit mengikut citarasa dan kreativiti masing2....

Kek & Cupcake: Jamuan Raya PMIUPM...

Salaam...

Bila Kama bagitau yang dia nak tempah kek & cupcake untuk jamuan raya PMIUPM, rasa excited pun ada... Banyak dugaan jugak la nak siapkan kek ni... Hehehe, kesian kat abithareeq... Tak pasal2 dia pun terpaksa ke sana ke mari nak mencari barang2 yang tak cukup...

Apepun, inilah kek & cupcake yang terhasil... Alhamdulillah, boleh hantar on time. Cuma xsempat nak snap gambar2 yg lain... Thanks semua...




Friday, October 9, 2009

Menenangkan Hati...

Salaam...

Semalam merupakan hari yang benar2 menguji mental & kesabaran... Habis hilang segala kesabaran sehingga terpaksa melakukan suatu reverse psikologi yang melampau2... Kesian abithareeq yang tengah sibuk buat kerja, tak pasal2 terpaksa menadah telinga mendengar luahan perasaan dengan intonasi yang berbeza2... Inilah ujian & pengajaran yang benar2 bermakna dalam mendidik anak2 di masa hadapan...

Justru, hari ini sengaja nak share beberapa tazkirah yang simple dengan harapan dapat tenangkan perasaan, neutralkan balik emosi dsb...

Moga bermanfaat buat kita semua...





Wednesday, October 7, 2009

Cupcake & Nutty Chocolate Shortbread..

Salaam Lebaran (yang masih berbaki beberapa hari lagi...)

Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesempatan untuk berbakti kepada-Nya sebagai hamba... Hari2 berlalu yang agak suram kerana ketiadaan abithareeq sejak beberapa hari yang lalu... 'Sahabat baik' yang boleh diajak melakukan kerja2 rumah bersama... Itulah teman membuat kek, teman membasuh bekas2 yang penuh dengan marjerin lepas adun tepung, teman yang menolong membersihkan rumah, kadang kala melipat pakaian, ape saje.... kecuali memasak nasi dan lauk.... Sekarang buat sorang2 je... Alamak, termenangis la pulak... Ya Allah, tolong jaga abithareeq....

Anyway, walaupun abithareeq tiada di sisi, kena juga meneruskan kerja2 buat kuih bergantung kepada tempahan... Inilah kek dan kuih raya yang sempat dibuat sorang2... Kadang2 mak ada tolong jugak sebab mak tau anak dia tak boleh hidup sorang2... Hikhikhik....


~Ditempah oleh kak Lin untuk anak2 usrahnya...~



~Nutty chocolate short bread yang ditempah oleh cik Taybah... Dua bekas...~



~cupcake yang ditempah oleh Farid dari Johor sempena konvokesyen...~

Syukran jazilan bagi yang memberi kepercayaan kepada diri ini untuk membuat kek atau cookies... Saya juga masih baru belajar. Shortbread tu pun first trial.... Ntahla ape komen cik Taybah kite tu....

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Bergraduat Buat Abithareeq...

Minggu lepas kami semua bertolak ke Pahang untuk meraikan hari konvokesyen abithareeq. Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat malam diisi dengan penuh bermakna iaitu melawat saudara mara yang tinggal di Jerantut dan Jengka. Maklumlah, bukan senang nak ke sini memandangkan jarak antara Penang dan Pahang agak jauh.

Apepun, Selamat Bergraduat buat abithareeq. Selepas selesai majlis, famili abithareeq terpaksa bergegas pulang memandangkan mahu menghantar ckin pulang ke perlis dulu, then patah balik ke Penang... Kelihatan abithareeq menangis semasa memeluk mak dan abah... Padahal sebelum ini tak pernah pun sampai begitu sekali... Rupanya, abithareeq terkenang akan pengorbanan mak dan abah sepanjang membesarkan abithareeq hingga ke hari ini... Ternyata abithareeq sangat risau andai ditakdirkan tak dapat nak berbakti kepada mereka...

Sedikit gambar kenangan yang sempat dirakam...

~Ummuthareeq & Abithareeq~


~Abithareeq yang kelihatan sangat segak pada hari ini...~


~Berfoto kenangan bersama mak & abah...~


~Kasih ibu membawa ke syurga...~


~Abang abithareeq...~


~Anak buah kami yang bernama Shahmi.... Persis upin&ipin...~

Hari ini, bermulalah sebuah lagi episod perjuangan untuk memberi & berbakti kepada kepada keluarga & masyarakat...
Memberi tidak bererti mahu menerima,
malah berbakti harus ikhlas lahir dari hati...