Friday, August 28, 2009

24 Tahun....



Meniti perjalanan menuju hari2 yang mendatang merupakan sesuatu yang harus dilaui bagi setiap insan yang masih diberikan nyawa... Mahu atau tidak, tiada pilihan! Kehidupan harus diteruskan, beribadah dan terus beribadah kerana itu tujuan kita diciptakan... Tak kisahlah beribadah itu dalam bentuk menyepak batu di jalanan agar tidak tersadung kaki orang, atau tidur sebentar demi mencari kekuatan, mungkin juga berbicara agar manusia ingat kepada Tuhan, bahkan boleh jadi sekadar senyuman yang menenangkan hati insan2 yang berduka....

Apa yang penting, biarlah semakin hari, ibadah itu semakan baik kualitinya seiring dengan bertambahnya hari2 dan usia kita sebaik saja terbukanya tirai fajar.... Setiap kita mempunyai posisi kita masing-masing... Berjuanglah kita berdasarkan posisi yang kita duduki. Setiap kita adalah hamba Allah yang Maha Penyayang, maka bertindaklah kita seperti mana layaknya seorang hamba kepada Yang Maha Berkuasa seharusnya bertindak... Tanpa prasangka, tanpa prejudis... Tanpa memandang hina kepada sesiapa pun....

Hari ini, genap 24 tahun aku menyandang gelaran sebagai pemegang amanah 'khalifah' di bumi Allah. Namun, aku tidak pasti, sudah berapa tahun sebenarnya, aku benar2 menjadi seorang khalifah atau hamba... mungkin selama ini, banyak 'pecah amanah' yang telah aku lakukan terhadap Tuhanku... Bahkan banyak 'penyelewengan' terhadap amanah ini sehingga terabai segala perintah yang telah disuruh...

Kumulakan pagi ini dengan tangisan... Tangisan kesyukuran dan kesedihan....
Aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umurku sehingga mampu beribadah di bulan Ramadhan ini... Bersyukur kerana mempunyai suami dan ahli keluarga yang amat sayang padaku.... Bersyukur kerana masih di bawah naungan nikmat iman dan Islam... Tapi, air mata kesedihan turut mengalir di celahan kesyukuran dan tidak dapat kubendung lagi... Aku terkenang pada anak saudaraku, Herlina.... Dia memanggilku kakak walaupun aku adalah ibu saudaranya... Sepatutnya, hari ini dia juga bahagia sepertimana aku bahagia... Kami berkongsi tarikh lahir yang sama... Malangnya, sudah hampir setahun dia menghilang... Entah ke mana... Anak yang masih terlalu mentah, dan masih tercari2 makna sebuah kehidupan... Bermacam-macam kerisauan sentiasa menari di minda, kerana berbagai versi cerita yang kudengar..... Selalunya, pada 28 Ogos, dia akan menghantar sms untuk mengucapkan selamat hari lahir buatku.... Akan kunanti sms itu sepanjang hari....

SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG.... MOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGIMU DI MANA SAJA KAMU BERADA....

Buat semua insan yang menyayangi diri ini, syukur dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kehadiran kalian yang banyak menambahkan seri pada lukisan kehidupan ini... Walaupun hanya dengan ikatan 1 aqidah yang sama, jalinan ini teramat2 bermakna....

Wednesday, August 26, 2009

Kenangan Terindah Di Bulan Ramadhan...


Banyak kenangan indah mahupun pahit yang masih saya simpan kemas dalam ruangan memori jauh di dalam sanubari saya... Setiap kali berbuka puasa, memori itu pasti menggamit rasa syukur yang tidak dapat kubilang entah kali ke berapa agaknya.... Namun yang pasti, hingga saat ini, aku rindu pada satu memori yang mungkin tidak dapat kunikmati lagi....

::MEMORI IN PRK::

Ketika saya berada di tahun akhir, pilihanraya kampus (PRK) pada tahun itu kebetulan berlaku semasa bulan Ramadhan... Menarik, kerana sudah beberapa tahun kebelakangan itu, PRK berlaku sebelum atau selepas Ramadhan.... Saya diamanahkan menjadi pencadang kepada salah seorang calon yang bertanding di atas tiket fakulti. Namun, atas dasar perjuangan, saya tetap membantu rakan-rakan lain yang bertanding untuk berkempen khususnya sahabat dari Persatuan Mahasiswa Islam...

Seperti biasa, setiap hari kami sudah menyiapkan jadual memasak untuk berbuka puasa di rumah sewa kami... Masaklah apa saje, yang penting ada air sejuk untuk berbuka. Itu wajib! Hari itu, bukan giliran saya dan kebetulan saya tiada kelas di waktu petang... Jadi, saya mengambil peluang untuk menggantung poster selepas waktu asar dan mengajak beberapa orang sahabat untuk turut serta.

Cuaca yang agak panas terik... Dahaga.... Tak sabar nak berbuka.... Segala perasaan itu berlari2 di minda memohon perhatian... Tapi kami teruskan bekerja kerana bulan Ramadhan merupakan bulan perjuangan dan kemenangan bagi umat Islam... Itu yang ustaz ajarkan kepadaku... Poster2 itu, kugantung di pokok, tiang, pondok telefon dsb... Di mana saje ada ruang.. Hampir maghrib, saya pulang ke rumah dengan penuh harapan ada air sejuk yang manis untuk ganjaran kepada tekak yang kehausan....

Sampai di rumah, gelap saje... Tiada orang...
"Mungkin diorang nak buat surprise kot..." Bisik hati kecil yang masih lagi berharap.

Saya hidupkan lampu, terus menuju ke dapur, HAMPA... Tiada makanan pun... Dan kesal, "kenapa kalau tak sempat masak, tak maklumkan awal2?"
Tanpa membuang masa, terus memecut ke masjid, dengan harapan ada air sejuk kerana Masjid UPM memang menyediakan makanan untuk berbuka puasa... Saya hampa sekali lagi... Tiada air sejuk malah air panas... Aduh, kecewa dan hampir menangis. "Ya Allah, sungguh aku terlalu dahaga dan tekak sudah teramat kering... Tolong ya Allah, aku sudah tidak mampu..." Hati merintih sayu....

Selesai solat maghrib, saya mengambil keputusan untuk ke BSK. Manalah tau mungkin masih banyak poster yang belum dimasukkan ke dalam plastik. Sampai di sana, saya nampak Hazirah ke dapur. Selepas 5 minit, beliau datang membawa satu jag air sarsi yang sangat sejuk dan dihulur secawan kepada saya... Oh, hampir menangis kerana bahagia... Alhamdulillah... Ya Allah, sungguh, hanya Engkau yang Maha Mengetahui akan segala yang tersirat di hati hamba2-Mu.... Syukran Hazirah...

Itulah saat manis yang tidak mampu saya lupakan sehingga ke hari ini.... Kemanisan sebuah perjuangan.... (",) Justru sejak hari itu, saya semakin yakin bahawa jangan kedekut dengan Allah kerana sedikit sahaja ibadah yang kita lakukan, teramat besar rahmat yang Allah berikan...



Good Luck



Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Test 1/2 kepada semua sahabat seperjuangan serta adik2 usrah yang dikasihi juga buat kak Za dan Amir serta diri sendiri....

Jadual Test hari Khamis:
CHROMATOGRAPHY

Walaupun tak sempat nak habiskan bacaan nota yang terlalu banyak tu, tetaplah berusaha semampu yang boleh ye... Moga Allah mudahkan segala urusan... Ameen...

Sunday, August 23, 2009

Kekeliruan tentang batalnya puasa....

Teringat semasa kecil2 dulu, bila ustaz/ah di sekolah cerita pasal perkara2 yang membatalkan puasa... Banyak perkara tak boleh termasuk korek hidung dan telinga... Saya keliru, adakah korek hidung dan telinga boleh mengenyangkan atau mengurangkan tahap pengorbanan kita untuk merasai kekurangan? Bila dah besar, barulah sedar, rupanya, ramai yang keliru tentang perkara ini...Terlalu ramai umat Islam yg keliru dengan perkara-perkara ibadah, lebih-lebih lagi bab ibadah puasa. Kan dah jelas melalui dari alquran dan sunnah yg sohih, perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti penerangan di bawah ini.

( From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues”, and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.)
Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.
(Substances and actions that nullify the fasting)
Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa

(According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting.
Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting).
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

  1. Eye and ear drops, and ear wash.
    Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
    Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
    Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
    Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
    Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.
    Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.
    Penderma atau menerima pemindahan darah.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.
    Oksigen dan Gas Bius.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
    Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.
    Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
    Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
    Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
    Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
    Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
  15. Biopsy of the liver or other organs.
    Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

A majority of participants added the following: Majority peserta menambah perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA

  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
    Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
    Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
    Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
    Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.
    Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.

Terjemahan oleh Dr Suhazeli Abdullah


Secara kesimpulannya:

Adapun perkara2 yg lain yg membatalkan puasa adalah:

1 - Makan dan minu dengan sengaja/dalam keadaan sedar. 2 – Muntah dengan sengaja. 3 – Haid dan nifas 4 – Jima’. 5 – Suntikan yang berbentuk makanan. 6 – Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Perkara2 yang dibolehkan meneruskan puasa:


1 – Masih dalam keadaan junub ketika waktu subuh.

2 – Bersiwak/menggosok gigi.

3 – Berkumur-kumur.

4 – Bermesra dan mencium isteri.

5 – Mengeluarkan darah atau suntikan yg bukan berupa makanan.

6 – Berbekam.

7 – Merasa makanan/masakan (dengan syarat tidak melepasi kerongkong).

8 – Memakai celak, menitiskan air atau ubat ke dalam/bahagian mata.

9 – Mencurahkan air ke atas kepala/mandi.



Perkara-perkara yg mengurangkan pahala puasa:

1 - Berkata-kata akan hal yang sia-sia 2 – Berkata dengan mengatakan sesuatu yang dusta.


Hadis atau dalil bagi perkara di atas hanya akan diberikan berdasarkan permintaan demi untuk menjimatkan masa....


Sekian...


Syukran kepada PAPISMA dan an-nawawi...



Saturday, August 22, 2009

Telatah Berbuka....

Sementara menantikan nasi di dapur masak, maka saya mengambil kesempatan utuk mengupload menu yang dah siap untuk hidangan berbuka puasa pada hari ini... Menu yang dimasak sendiri (dengan kerjasama encik abithareeq) dengan penuh rasa konfiden walaupun semuanya baru first time nak try masak... Huhu... Si ibu yang mengintai anaknya memasak di dapur telah tersenyum bangga melihat perkembangan anaknya yang sudah menjadi isteri orang.... Hihihi...

Apepun, kali ni memang berazam untuk tidak membeli-belah di bazar ramadhan lagi... (Berazam ye...) Maklumlah, masa zaman muda2 dulu, jam 6 petang je, dah memecut motor ke bazar yang teramat dekat dengan BSK masa tu... Kali ini, tak mau dah buat macam tu...

Roti john ayam + sosej + telur... Huhu, inspirasi dari breakfast di rumah cik fadel....

Ayam crispy yang rangup... Abithareeq yang goreng..

Sayur kailan ikan masin.... Teringat ikan masin cik Baiti...

Ok, sampai di sini dulu... Nak mengagih juadah ke rumah jiran... Berkongsi makanan... Bestnye!!! SELAMAT BERBUKA PUASA YE SAHABAT2 SEMUA... =)

ps: tak kisahla abithareeq terpaksa tegur "tak kan semua nak masak arini, hari lain kan boleh try menu2 tu lagi..." Hikhikhik....

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem...

Ummuthareeq dan suami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, Selamat memasuki Universiti Tarbiyah Ramadhan kepada seluruh sahabat2 dan muslimin muslimat di mana saja kalian berada.

Mari bersama kita
GANDAKAN AMALAN
IKHLASKAN IBADAH
BETULKAN NIAT
dan paling penting
BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR REDHA ALLAH



::KISAH RAMADHAN::

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

(Ihsan: IsuHangat)

Moral: Solat jemaah di masjid bukan hanya pada bulan Ramadhan saje...

Thursday, August 20, 2009

Muffin Coklat...

Malam tadi saya menggagahkan diri untuk buat muffin coklat.... Sebab dah janji nak bagi hari ini pada kawan adik saya... Bersungguh dia, katanya nak bagi hadiah pada mak mertua... Walaupun teramat-amat letih kerana pulang agak lewat dari lab. Sampai di rumah jam 10 lebih. Hmmm... mujurlah adik2-adik rajin membantu...

Inilah hasilnya.... muffin hasil air tangan orang baru belajar...





Alhamdulillah.... Siap. Masa ni, dah tak rase penat dah.... Yang ada hanya secebis kebahagiaan kerana cuba membuat orang lain bahagia... =D

Wednesday, August 19, 2009

Rehat Sebentar....

Sekadar nak berehat sebentar... Terjumpa video2 ni... Sangat unik. Saya paling suka part Ajis membaca surat. Merdu la... Selamat berhibur....






Saturday, August 15, 2009

Memberi pada yang sudi....


Dah lama tak makan ramai2 dengan teman2 Kebuta (Kelab Bulu Tangkis).... Alhamdulillah, semalam kami berkesempatan berkumpul bersama... Makan di tempat yang agak feveret la... Macam biasa, makan kt MTDC (Padahal tak tau ape nama sebenar tempat tu....) Bila dah berkumpul, mcm2 isu kami bincangkan. Dari hal2 paling remeh, hinggalah ke isu2 semasa negara... Rasa macam dah jadi medan usrah sebab lebih seronok berbincang begini dalam keadaan santai, dan segalanya boleh lahir dari hati untuk disemai di dalam hati juga...

Saya meluahkan hasrat untuk membuka kelas tuisyen di rumah saya... Sasarannya ialah golongan anak2 yatim dan yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Idea ini timbul berikutan saya menyedari bahawa kebanyakan adik2 ni sangat berpotensi dalam akademik, tapi mungkin keadaan sekeliling kurang membantu mereka. Tambahan pula, subjek sains dan matematik diajar dlm BI. Lagi sukar la mereka nak belajar dan faham...


Justru, sebagai golongan muda yang diberikan nikmat mengaji sampai ke universiti, tak salah kita berikhtiar untuk membantu orang dengan apa yang ada... Bila bincang dengan teman2 masa makan, tak sangka pulak diorang ni excited sangat nak jadi
cikgu di rumah saya...

"Memberi kerana sayang...."

Jadi, lepas ni, aktiviti Kebuta bukan saje bermain badminton, tapi juga berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan khidmat kita...

Bestnye.... Thank you Allah, for giving me a very2 good friends and sahabat(s).

A Gift....


Saya mendapat hadiah... Hadiah yang dinanti2.... Apakah itu? Ia adalah 5 ekor ikan yang sangat comel. Bahagia sangat.... Jadi, lepas ni tak dela boring sangat. At least, bangun pagi dah kena faham. Kena bagi makan kat anak2. Ye, anak2... Kenapa anak2? Sebab ini adalah hadiah ulang tahun perkahwinan yang pertama. Ok la tu... (-_-") Walaupun penutup bekas tu bukan berwarna hijau... Still ok jugak.... Syukran jazilan ye...

Mudah2an, dengan membela ikan ini, dapat menjadi ibadah tambahan di dalam Bait ini... Ameen... Besar jugak tanggungjawab menjaga 5 nyawa... Walaupun hanya nyawa ikan, tetap makhluk Allah juga kan? (o,o)

Friday, August 14, 2009

Saksi...

Pagi tadi sepanjang perjalanan ke UPM, radio memutarkan berulang-ulang kali lagu2 nyanyian kumpulan Rabbani. Sampai saje part lagu Pergi Tak Kembali, serasa air mata ini mahu berderai mengekspresikan luahan hati... Ya, kepergian kita memang sungguh tidak diduga. Hari ini giliran orang lain, esok lusa pasti giliran kita. Hidup ini hanya pinjaman. Segala-galanya perlu dipulangkan dengan keadaan yang terbaik. Mengenangkan diri ini hanya pinjaman, maka hati ini sedih lagi kerana entah bila aku akan pulang menghadap Allah Rabbul Jalil... Belum bersedia? Mungkin itu yang paling tepat. Banyak perkara yang belum selesai. Banyak amanah yang belum ditunaikan. MasyaAllah... Bila dihitung-hitung, masih teramat sedikit amalan ini... Apatah lagi bila dikenang kembali kuliah dasar "JIHAD & PENGORBANAN" (yang juga rukun baiah ke 4 dan 5)... Entah apa yang sudah kukorbankan... Masih tercari2...






Aku semakin malu, bila terkenang seluruh badan bakal menjadi saksi sedangkan mulut ini bakal terkunci. Malu bila mereka mula berbicara tentang kesaksian di atas segala dosa-dosaku... Ke mana lagi harus lari? Ya Allah, aku memohon keredhaan-Mu dan mohon dijauhkan dari azab2-Mu...

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali...


Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang penasyid yang amat dikagumi iaitu ust. Asri Rabbani. Hebat lagu2nya sehingga seingatku, ada satu album yang ku beli, kuulang2 lagunya sehingga hafal satu album. Tapi, dalam banyak2 tu, saya paling suka lagu Handzalah... Semacam ada satu rintihan dari jiwa yang tegar. Setiap kali mak tak bagi pergi program jamaah, saya akan dengar lagu ini berulang2 kali dan seolah2 ingin menyanyikannya di depan mak... Cewah...

Handzalah... Kebetulan nama anak lelaki Puan Rozita (supervisor) dan juga nama seorang lelaki yang menolong saya ketika motor jem di tengah highway, sewaktu hujan lebat pada jam 10 malam... Ketika itu sedang on the way ke hospital melawat abang saya yang accident... Ya, handzalah namanya...

Apepun, kita semua pasti merindui takbir raya beliau di tv pada malam raya.... Itulah takbir yang paling merdu dan sayu... Moga Allah menempatkan roh beliau di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya... Ameen...


Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyuamanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istama taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Kek Coklat.....

Dalam kesibukan nak test esok, diriku sempat lagi menyempurnakan angan-angan untuk membuat kek coklat sendiri... Setelah pelbagai kajian resipi dilakukan, akhirnya hanya satu resipi yang menjadi pilihan... Tapi sayang, puas pusing2 mencari strawbery, tak jumpa. Yang ada hanya kiwi... Ok la tu...

Apepun, still tak dapat nak rasa kek ni. Sebab kek ni orang lain tempah... Huhuhu....
Tak pe... Lain kali boleh try buat lagi untuk diri sendiri... (",)

Kepada yang belum pandai memasak, dont worry... Tak susah pun sebenarnya nak belajar memasak... Yang penting mahu dan berani memulakan langkah pertama untuk mencuba...

*** Tak kisahla bila tanya kat Dian semalam, "Terkejut tak sebab aku pandai masak?"

Dengan selamba dia jawab, "tak terkejut pun, sebab semua perempuan memang patut pandai masak... Cuma yang aku terkejut, ko rajin masak. Hahahaha..."

Kuang kuang kuang kuang.....
(o_o")

Tuesday, August 11, 2009

Embunku...

Embun yang suci,
Teruslah engkau di situ,
Biar aku terus menatap,
Tanpa jemu...
Aku cemburu padamu,
Iri pada kesucianmu...
Berkongsilah denganku...
Agar aku juga bisa mendamaikan hati2 itu..

Duhai mentari,
jangan kau ambil embunku...
sembunyikan dulu sinarmu...
hingga puas aku menatap embun itu...
agar puas kucurahkan keresahan...
yang asyik berlari di ruang mindaku...

~ummuthareeq~
43400 Serdang

Thursday, August 6, 2009

Semusim Sudah Melayar Bahtera...


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.... Dialah yang menciptakan kita semua, lalu dicampakkan-Nya rahmat kasih sayang agar manusia dapat hidup dengan nikmat kasih sayang di bumi yang terhampar luas ini... Dengan kasih sayang, kita semua mengenal erti cinta... Cinta kepada Allah, cinta sesama manusia, bahkan juga cinta kepada makhluk-makhluk-Nya yang lain... Segala puji bagi Allah, yang telah memberi kita nikmat untuk mengecap limpahan pahala yang disediakan bagi mereka yang meningkatkan ibadat pada bulan Sya'aban khususnya pada hari ini yakni Nisfu Sya'aban... HAri yang dijanjikan dengan seribu satu pahala... Justru, beruntunglah bagi orang yang menyucikan jiwanya... dan merugilah bari yang mengotorinya...

Sebesar-besar kesyukuran kepada-Nya yang telah menciptakan perasaan CINTA di antara saya dan Abithareeq... Dalam tak sedar, sudah setahun usia pernikahan kami... Ya, pada tahun lalu, kami telah diakadnikahkan pada pagi Nisfu Sya'aban, dalam keadaan yang benar2 sederhana tetapi penuh dengan kebahagiaan... Sehingga detik ini, saya sendiri seakan2 tidak percaya bahawa saya sudah pun menjadi zaujah (isteri) orang... =)

:: Detik bermulanya sebuah ikatan...
Suatu ketika dulu, saya selalu berdoa agar diri ini menjadi milik seorang lelaki yang baik, yang beriman, yang kuat dan tegar dalam menghadapi kesusahan... Walaupun sebelum itu, saya telah menetapkan ciri2 spesifik untuk bakal suami saya... Biasalah, zaman remaja memang selalu berangan2 nak kan putera dari kayangan... Kononnya nak yang berkulit cerah, sedikit berisi, yang begini, dan begitu...... Banyak songehlah...
Tapi, lama kelamaan, bila saya mengenal erti perjuangan, semua ciri2 itu saya 'delete'... Bagi saya, yang penting, dia mempunyai fikrah yang sama dengan saya... Tak kisahlah apa warna kulitnya, bagaimana rupa parasnya...



Setiap masa saya berdoa agar dikurniakan seorang imam yang terbaik buat diri saya... Tak kira dalam istikharah, dhuha, solat fardhu dsb... Sehinggalah saya masuk ke tahun akhir... Setiap kali berdoa, saya menangis. Saya menangis sebab takut dosa2 yang saya buat selama ini, menyebabkan Allah menolak doa-doa saya... Sehinggalah pada suatu hari, saya betul2 berharap agar Allah memudahkan jodoh saya dan kalau boleh sebelum bulan februari semasa saya di semester akhir....


Akhirnya, tanpa diduga, pada hujung bulan januari, saya dirisik oleh abithareeq melalui seniornya di UMP. Kebetulan seniornya itu sudahpun berkahwin... Saya diberi tempoh untuk memberikan jawapan... Selepas beberapa tempoh, saya memberikan jawapan YA... Walaupun saya tidak pernah kenal apatah lagi berjumpa dengan beliau.... Kami membuat keputusan utk berjumpa pada minggu berikutnya untuk berta'aruf... Kebetulan, housemate saya pada ketika itu, pernah belajar satu matrik dengan beliau. Jadi, saya pun ditunjukkan sekeping gambar yang ada gambar abithareeq... Terkajut, tergamam dsb... Rasa kecut perut pun ada... Tapi, saya cuba mantapkan hati...
Selepas berta'aruf, minggu berikutnya beliau bertandang ke rumah untuk berjumpa ahli keluarga saya...

Ikatan yang pada asalnya ditetapkan selama 3 tahun, lalu disingkatkan kepada 2 tahun, 1 tahun, 6 bulan, dan akhirnya hanya 5 bulan.... Dalam keadaan yang sungguh sederhana, segala2nya berjalan dengan cukup sempurna... Dalam tempoh satu semester, abithareeq bekerja sambil belajar untuk memenuhi perbelanjaan perkahwinan. Sesuatu yang amat2 di luar jangkaan saya... 1 sen pun tak mintak pada ibu bapanya... Benarlah janji Allah dalam satu hadith Rasulullah saw:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya): “Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka,
1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,

2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 – Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Lihat Shahihul Jami’, no. 3050)

Alhamdulillah... genap setahun pernikahan ini.... Satu tempoh yang banyak memberi seribu satu ujian dan kemanisan... Setiap hari kami sentiasa belajar untuk saling mengenal antara satu sama lain... Menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing... Moga Allah sentiasa meredhai Baitu Muslim ini.... Moga dia menjadi pemimpinku di dunia dan di akhirat... dan moga diriku dapat menjadi bidadarinya di dunia, juga di akhirat.... Ameen....

~p/s: coretan ini hanya sebagai kenangan buat penyambung generasiku... Litle Thareeq and Aesyah.... (",)

Sunday, August 2, 2009

Aku sentiasa ada buatmu....

Bulan lapan, atau juga dipanggil bulan Ogos bagi orang Malaysia manakala Agustus bagi orang Indonesia merupakan bulan lahir hampir keseluruhan ahli keluarga saya. Pernah saya bertanya pada mak, "macam mana mak plan sampai semua orang boleh lahir di bulan Ogos?"

Mak tidak pernah memberi jawapan. Kalau ada pun, mungkin saya tidak ingat. Apapun, bagi saya pada bulan apa pun seseorang itu dilahirkan, tidak menjadi sebarang masalah kerana Allah yang mengatur soal hidup dan mati setiap hamba-Nya. Apa yang penting ialah bagaimana anak yang lahir itu perlu dicorakkan kehidupannyya berdasarkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada seluruh ahli keluarga saya dan juga sanak saudara yang lahir pada bulan Ogos....

4hb : Mustafa Nurul Arifin (anak saudara)
11 hb: Hasan Bin Mokhtar (Abang kandung)
13 hb: Nor Haslinda (adik tiri seibu)
16 hb: Hairuddin Bin Mokhtar (Abang kandung)
19 hb: Asriyah Bt Sutli (Mak tersayang)
26 hb: Mustariyah Binti Mokhtar (Kakak kandung)
27 hb: Badriah (Anak saudara)
28 hb: Haerlina Binti Hairuddin (Anak saudara)
dan juga saya, Nur Mustika Binti Mokhtar

Dengan doa dan penuh harapan moga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua... Dan andainya kalian tahu, setiap tahajjudku, kupenuhi dengan rayuan kepada-Nya moga kita diselamatkan dari azab kubur & azab neraka yang Maha Pedih. Ku juga berdoa agar kita dihimunkan di syurga nanti dalam keadaan yang terbaik....

Buat mak, moga hatimu sentiasa tabah melayan kerenah anak2mu yang sentiasa menyakiti hatimu.... Moga dirimu kuat dan dipanjangkan unur yang berkat agar dapat menjadi hamba-Nya yang solehah... Aku juga mendokan agar kami kuat untuk membawa ibu ke Mekah sebelum ibu bertemu Allah... Ameen...

Buat abang2, kakak dan adik yang kusayang... Moga kalian menjadi insan yang lebih baik suatu hari nanti... Aku senantiasa bangga kerana Allah memilihku untuk bersama2 kalian wp pada suatu saat hati ini terlalu pedih dengan kerenah kalian...

Buat anak2 saudaraku.... Jadilah insan yang baik... Satu pintaku, jangan tinggalkan solat!

Percayalah... Aku amat menyayangi kalian... Aku sentiasa ada di sini buat kalian...