Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas dalam mood 'Idul fitri yang penuh dengan rahmat kasih sayang dari Allah swt. Jam 2 pagi tadi, kami semua sampai di Ampang selepas berhari raya di kampung sejak hari raya kedua lagi. Pengembaraan dan perjalanan yang agak jauh dan meletihkan. Dalam keadaan hanya abithareeq yang memandu ke sana dan ke mari... Banyak pengalaman berharga serta mutiara tarbiah yang dapat dikutip sepanjang pengembaraan, yang igin dikongsi bersama jika berkesempatan nanti... InsyaAllah...
Berbalik kepada kisah pulang dari kampung tadi, kami naik kereta berempat termasuk saya, abithareeq, ckin (adik ipar) dan zaki (sahabat baik abithareeq). Oleh sebab sudah agak lewat, kami menjemput zaki untuk bermalam, menjadi tetamu di rumah kami yang diberi nama Baitul Taqwa... Keesokan harinya barulah kami menghantar zaki ke UIAM...
Dengan kombinasi perasaan excited dan cuak (sebab barang2 dapur banyak yang dah habis), maka saya mencuba untuk memasak hidangan yang seadanya untuk tetamu kami... Gembira dapat tetamu yang datang bersama rahmat... Jadi, terpaksalah buka kitab resepi dan yang terhasil ialah ayam masak lemak style Padang bersama ayam crunchy yang rangup....
0 comments:
Post a Comment