Thursday, September 25, 2008

Memori Daun Pisang....

Entah mengapa, sejak kebelakangan ini lagu 'Memori Daun Pisang' sering singgah di telingaku. Padahal itu bukanlah lagu kesukaanku. Walaupun aku akui aku sedikit hafal akan lirik lagu itu. Hmmm... puas aku bermuhasabah.. Akhirnya aku temui juga jawapannya. Itu antara lagu memori aku dan adik kesayanganku, Dian semasa kami kecil-kecil dahulu. Dian amat lincah dan manja orangnya...

Sepanjang minggu ini, perasaanku terusik. Fikiranku terganggu. Bukan oleh sesiapa atau apa-apa. Tapi, aku terganggu oleh fikiran dan andaian yang bukan-bukan mengenai adik kesayanganku ini. Kesihatan Dian agak terganggu dan membimbangkan. Jika sebelum ini Dian seorang yang sangat cergas, tapi sekarang dia sering mengadu sakit. Jika sebelum ini Dian sering mengimbas kenangan-kenangan silam sewaktu kami sedang duduk berdua, tapi sekarang dia sering mengadu bahawa dia selalu terlupa dan mudah lupa tentang sesuatu yang dipertuturkannya, sesuatu yang dilakukannya walaupun baru sebentar tadi perkara itu berlaku.

Aku jadi semakin risau dan tak karuan... Puas aku memujuk Dian untuk melakukan ujian kesihatan, tapi dia sering menolak dan yang pastinya dia berkeras tidak mahu ada sesiapa yang menemaninya ke hospital. Hasil keputusan perubatan sebelum ini pun dirahsiakan dari pengetahuanku. Alasannya, dia tidak mahu ada sesiapa yang risau.

Ketiika aku pulang ke rumah sewaktu hujung minggu, dia pernah berkata:
" Nanti aku bagi no pin kad bank aku pada ko, dan aku letakkan nama mak sebagai waris KWSP aku. Kot2 jadi ape2 kat aku nanti."
Jantungku berdegup kencang. Kenapa tiba-tiba dia berkata sedemikian? Ada banyak perkara yang cuba disembunyikan dari aku.

Baru-baru ini dia mengadu rambutnya mudah gugur. Segera aku buka laptop dan akses ke internet untuk mencari tahu, penyakit apa yang sedang diderita oleh adikku ini. Kanser? Aku tergumam. Terus aku ambil wudhuk, solat sunat, dan membaca al-Quran untuk merayu kepada ALLAH yang Maha Penyayang agar sangkaanku itu tidak benar. Jika benar sekalipun, aku merayu kepada sang Khaliq agar disembuhkan segera penyakit itu.. Aku belum bersedia menghadapi kenyataan itu dan yang pastinya ibuku merupakan insan yang paling sedih sekiranya mendapat tahu akan hal ini.

Walaupun aku sering berselisih pendapat, kadang2 kami bermasam muka dan tidak bertegur sapa, tapi aku tetap menyayangi dia sebagai adik kandungku. Aku tidak sanggup melihat dia menderita... Dia merupakan orang yang paling banyak memberikan sokongan ketika aku dalam kesempitan. Ya ALLAH, jangan kau ambil adikku dalam tempoh terdekat ini. Dia masih terlalu muda ya ALLAH...

Monday, September 22, 2008

Tolongin Nabila.... Ya Allah



Teringat aku akan sebuah drama yang amat aku suka sampai ke hari ini... drama Mutiara Hati atau lebih dikenali dengan nama "Nabila". Kisah ini sungguh lucu dan penuh pengajaran. Berkaitan dengan seorang kanak-kanak tadika yang kehilanagn ibunya sejak lahir. Kanak-kanak ini sungguh bijak, lincah, dan sebagainya... Kadang2 aku juga dipanggil dengan nama 'nabila' oleh teman2ku lantaran kekerapanku mengajuk dialog kanak-kanak ini.

Antara dialog yang masih lagi melekat dalam benakku ialah:

"Ya Allah, tolongin Nabila Ya Allah....."
"Nabila sedih, Ya Allah"

Hari ini, perasaanku benar2 sedih... Kenapa? ada bermacam-macam sebab. Tapi yang pasti 'nabila' sedih sekali ya ALLAH....

" Ya Allah, sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMU di dalam diriku...."