Tuesday, June 30, 2009

Maafkanlah Dia....

Coretan ini terhasil untuk diri sendiri dan mereka yang boleh mengambil manfaat darinya…



Apa yang akan kamu lakukan sekiranya sahabat baik kamu melakukan kesalahan yang sukar untuk kamu maafkan? Dalam erti kata lain, kesalahan itu sudah sangat melampau… Tentu kamu akan berpaling muka darinya dan mengatakan bahawa “tiada maaf lagi bagimu…..

Kalau sebelum ini senyuman tidak pernah lekang buat sahabat itu, tapi kali ini jangan haraplah… Bukan hanya senyuman, malah mata kamu pun sudah tidak sudi lagi untuk melihatnya… Mendengar namanya saje sudah seolah-olah amat menjengkelkan. Kiranya, dia sudah masuk dalam senarai blacklist kamu.

Pernah kamu mendengar sebuah hadis yang mengatakan kalau lebih dari tiga hari kamu tidak bertegur –sapa dengan seseorang apabila kamu bertelagah, bukankah itu suatu dosa? Jadi, bukankah lebih baik kalau kita sedang marah dengan seseorang, kemudian kita ambil masa untuk merenung kembali apa yang telah berlaku, dan dengan senang hati kita cuba mencari alasan untuk memaafkan sahabat kita. Bahkan, selama kita bersahabat dengannya, tidak adakah perkara baik yang dia pernah lakukan yang membuatkan kita bahagia? Hmmm.. pasti ada! Oleh itu, lapangkan hati, dan cubalah memaafkan…

Sebagai manusia biasa, memang lumrah untuk kita mempunyai rasa marah. Justru, mungkin itu hikmahnya Allah memberikan kita tempoh sehingga tiga hari untuk berbaik-baik semula… Maksudnya, biarlah rasa marah dan benci dalam diri kita itu marah dan benci yang limited edition… =)

Semudah itukah memaafkan orang? Cakap memang senang, tapi bukan senang nak buat… Sebelum menjawab soalan ini, ada satu kisah yang ingin saya hidangkan kepada sahabat2… Kisah berkaitan role model kita yang begitu agung, yakni Rasulullah saw. Kisahnya begini….

Setiap pagi, Rasulullah saw mempunyai satu aktiviti tambahan iaitu membersihkan najis di hadapan rumah baginda. Najis itu datangnya dari seorang kafir Quraisy yang amat membenci baginda. Setiap kali najis itu dicampakkan ke rumah baginda, setiap kali itulah baginda membersihkannya tanpa marah-marah, apatah lagi memerintahkan zaujahnya, Saidatina A’isyah wanita yang kemerah-merahan itu =)

Pada suati pagi, baginda berasa pelik kerana mendapati tiada najis di hadapan rumahnya seperti biasanya… Lantas baginda bertanya pada sahabat.

“Si Fulan itu tidak lagi datang ke rumahku, adakah kalian tau sebabnya?”

Jawab sahabat, “Si Fulan itu sedang sakit”.

Lantas Rasulullah saw menuju ke rumah kafir Quraisy itu untuk bertanya khabar. Si Fulan sangat terkejut dan bahkan terharu kerana baginda bukan datang untuk marah, tapi untuk menjenguk keadaannyanya… Tidak semena-mena, si Fulan terus masuk Islam kerana kagum dengan akhlak Rasulullah saw…

Pengajaran dari kisah ini…. Ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan…

1- Ingatlah kebaikan orang lain, dan juga keburukan yang pernah kita lakukan secara peribadi… Dan lupakanlah kesalahan orang lain serta kebaikan yang pernah kita lakukan… Setiap orang pernah melakukan kesalahan, tak kisahlah dia tu sahabat kita, buah hati kita, atau sape2 saje. Jadi, tak perlu terlalu larut dengan kekecewaan kita terhadap orang… (“,)

2- Mungkin kita perlu listkan berapa banyak kebaikan dia pada kita, dan listkan juga kesalahan yang pernah kita buat pada dia. Sebagai contoh, mungkin dulu kita pernah pinjam baju dia, dan tak pernah pulangkan sampai sekarang… Mungkin dia pernah meluangkan masanya untuk mendengar masalah kita dan mungkin banyak lagi kebaikab yang dia pernah lakukan tanpa pengetahuan kita…

3- Cubalah berprasangka baik. Kerana Allah menuruti prasangka hambaNya. Sekiranya datang lintasan prasangka yang buruk, stopkan dan jangan sampai ia sampai ke otak dengan banyakkan istighfar… Ini menurut ustz Abdullah Gymnastiar.

4- Setelah merenung selama tiga hari, maka maafkanlah… Kalau perlu sebelum hari ketiga… InsyaAllah hati kita dijamin akan rasa lapang… Berikanlah senyum terbaikmu buat sahabatmu itu… =D Hulurkan tangan, dan jabatlah dengan seerat2nya…

Jadi, buat yang masih bermasam muka dan marah2…. Tarik nafas dalam2… kemudian…. S.E.N.Y.U.M =)

Wednesday, June 24, 2009

Marilah Berlumba ke Arah Kebaikan....

Sempena bulan Rejab yang jatuh pada hari ini, saya ingin mengucapkan, selamat beramal dan selamat berpuasa bagi yang ingin berebut pahala kebaikan beramal pada bulan ini...

Dengan ucapan...



Marilah bersama kita amalkan doa yang baik untuk diamalkan sepanjang bulan ini:

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]


Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi :

“Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”


Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

~Kepada seluruh ahli Kelab Bulu Tangkis, sila tunaikan janji untuk berpuasa pada hari ini, esok dan lusa ye, tak kiralah di mana jua anda berada, terutamanya kepada Presiden kelab... Mungkin esok malam kita boleh berbuka puasa bersama-sama....~

Monday, June 22, 2009

Moga Kita Bertemu Lagi....



Bulan ini, khususnya minggu lepas, semua orang gembira meraikan hari bapa. Hari yang khusus untuk meraikan dan mencurahkan kasih sayang kepada bapa-bapa, ayah-ayah, bapak-bapak, abah-abah, baba-baba, daddy-daddy (dan apa saje panggilan yg diberi...) walaupun sebenarnya kasih sayang itu perlu diberikan sepanjang masa....

Secara jujurnya, saya tidak pernah meraikan hari bapa... Bukan saya tidak mau, tapi insan yang saya panggil 'bapak' itu, telah lam apergi meninggalkan saya... sebelum saya pernah mengenal adanya hari bapa... Saya memanggilnya bapak sejak saya mengenal dunia ini... Mungkin itulah panggilan yang diajarkan kepada saya.

Bapak saya meninggalkan saya pada 14 Februari 1995 bersamaan 14 Ramadhan (tidak pasti berapa H). Hari itu hari Selasa, saya berada di darjah 4 (Rajawali, kelas pertama). Saya tidak sempat mengecap nikmat kasih sayang seorang bapak kerana mak dan bapak berpisah sejak saya belum masuk ke sekolah tadika. Saya duduk dengan mak, manakala ayah pula dijaga oleh kakak saya. Tapi, jarak rumah kami tidak jauh...

Sepanjang mengenali bapak, saya dapat merasakan bapak adalah seorang yang sangat baik... Sungguh... saya tidak pernah dimarah, dicubit, dijentik, dan ape2 lagi. Saya tidak pernah... Malah, bapak sangat2 baik dan selalu cuba untuk memenuhi kehendak saya walaupun pada keadaan bapak tidak ada duit. Bapak saya tidak bekerja sebab bapak tidak berapa sihat, tapi bapak sangat pandai mengurut. Jadi, kadang-kadang bapak ada duit sebab dapat upah mengurut....

Walaupun tidak sempat tinggal lama dengan bapak, tapi banyak kenangan manis yang saya masih ingat sampai hari ini... Dan kenangan itu, membuatkan saya sangat rindukan bapak... Antara kenganan yang masih saya ingat ialah:

1- Suatu hari, saya leka bermain bersama kakak. Main hantu-hantu. Ketika itu saya berada di darjah 2 dan bersekolah di sesi petang. Hari itu hari Selasa. Oleh kerana terlalu leka bermain, saya jadi malas untuk ke sekolah dan terus bermain dengan kakak. Bapak memujuk supaya saya ke sekolah. Tapi, saya tidak mahu... Lama bermain, saya perasan bapak tidak ada. Saya mencari bapak di sekitar rumah, tapi tidak jumpa... Rupanya, bapak duduk berseorangan kerana terlalu kecewa sebab saya ponteng sekolah. Bapak tidak mau bercakap dengan saya... Sejak itu, saya berjanji dengan bapak untuk tidak ponteng sekolah.

2- Masa kecil dulu, saya suka main lompat getah dengan kawan2. Suatu hari, bapak datang ke rumah. Mungkin kerana bosan di rumah atau mungkin kerana rindu pada anak-anaknya. Seperti biasa kalau bapak datang rumah, selalunya mak akan menyediakan kopi kesukaan bapak. Hari itu, bapak minta saya tolong potongkan kuku bapak. Tapi saya menolak... Alasannya, saya tek reti potong kuku,.. padahal sibuk bermain lompat getah... Bapak meminta sekali lagi... Saya pun akur. Oleh kerana mahu cepat, saya terpotong kuku bapak sehingga terkena isi. Ayah mengadu sakit.. Lalu saya menjadi sangat serba salah...

3- Semasa saya darjah 2, saya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun. Jadi, saya dijemput untuk menerima hadiah semasa hari Anugerah Pelajar Cemerlang... Ketika itu, saya duduk bersama bapak kerana mak bekerja out station... Kasut saya koyak, saya mintak bapak membelikan kasut baru... Tapi, bapak tidak mempunyai duit memandangkan bapak tidak bekerja. Saya agak sedih kerana telah memnita sesuatu di luar kemampuan bapak... Mesti bapak rasa bersalah sangat-sangat.

4- Suati hari, saya meminta duit dari bapak untuk membeli jajan. Bapak menunjukkan dompetnya dan memberitahu bahawa bapak tidak mempunyai duit. Saya menangis kerana menyangka bapak menipu... Lantas, bapak mengeluarkan wang kertas RM 10. Hati saya berbunga, tapi kembali kecewa bila mendapati wang itu ada kesan terbakar. Bapak memberitahu bahawa dia memperoleh wang itu malam sebelumnya hasil dari upah mengurut. Tapi sampai hati orang itu memberikan wang yang tidak laku kepada bapak. Ayat-ayat bapak yang masih saya ingat sampai sekarang ialah:
"Kalau bapak ada duit, tak mungkin bapak akan kedekut pada kamu, nak..."
Saya tergamam... Rasa bersalah.

5- Kakak yang menjaga bapak saya sudah pun berkahwin pada ketika dia harus menjaga bapak saya. Tapi, mungkin suami dia tidak menyukai bapak saya. Selalunya, kalau bapak nak minum kopi, beliau akan bancuh sendiri.. Suatu malam, bapak mengadu sudah seminggu beliau tidak minum kopi. Agak menghairankan kerana setiap bulan abang saya tidak pernah lupa unttuk menyediakan bekalan kopi untuk bapak. Rupanya, kopi bapak telah disorokkan oleh abang ipar saya yang berhati busuk dan kejam.... Saya benci pada dia sampai sekarang...

6- Semasa saya pulang dari sekolah, ketika itu hujan lebat. Macam biasa, kalau hujan lebat, kami akan tanggalkan kasut dan berjalan dalam hujan. Jarak antara sekolah dan rumah agak jauh. Tapi, berjalan dalam hujan, sambil berkaki ayam sangat menyeronokkan. Sedang berjalan, ada seorang perempuan memberitahu saya bahawa bapak saya telah meninggal. Saya tudak percaya. Walaupun sejak 1 Ramadhan saya tidak pernah melawat bapak, tapi setahu saya keadaan bapak baik-baik saje... Cuma mungkin demam sikit. Perempuan itu cuba meyakinkan saya... Lantas, saya berlari menuju ke rumah bapak dan mendapati, jenazah bapak sudah pun dibalut dengan kain batik... Saya menangis tak henti-henti..

Bapak... Ika ridu sangat-sangat kat bapak.

Saya selalu berdoa untuk mendapat seorang suami yang baik macam bapak... Alhamdulillah, Allah kabulkan doa saya... Tapi sayang, bapak tak sempat melihat menantunya...

Saya tidak mempunyai foto bapak. Namun, saya masih ingat wajah bapak. Baju coklat yang bapak paling suka pakai. Songkok bapak yang berwarna coklat. Cawan bapak yang berwarna merah. Selipar jepun bapak yang berwarna putih. CAra bapak ketawa... Soalan yang bapak selalu tanya pada saya (Dah besar nanti tika nak jadi apa?)... Makanan yang bapak suka makan (bakso)... dan banyak lagi... Semua itu terpahat di sanubari, sehingga saya bertemu Pencipta yang menciptakan Bapak dan saya....

Ya Allah,
ampunkan dosa ayahku...
Ampunkan juga dosaku pada ayahku...
Tempatkan dia dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu...
Hisablah dia dengan hisab yang seringan-ringannya...

Ya Allah,
seandainya ketika ini kuburnya sedang sempit, lapangkanlah...
Seandainya kubur ayahku sedang gelap, terangkanlah...
Berkat kasih sayang-Mu....

Pertemukan kami dalam keadaan dan suasana yang terbaik di syurga nanti...
Ameeen....

p/s: Selamat hari bapa kepada seluruh bapa2, dan juga mereka yang memikul amanah sebagai bapa...


Friday, June 19, 2009

Surat Terbuka Buat TG Hadi Awang...

Di hari jumaat yang mulia ini, ingin saya kongsikan sebuah warkah yang amat memberi makna dan rasa kepada saya... Nilailah dengan hati, bukan dengan emosi...


Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarakaatuh

Saat saya menulis untuk meluahkan hati tika ini, saya tidak tahu Tuan Guru berada dimana. Tapi, jauh disudut hati saya tetap berkata Tuan Guru akan membaca surat terbuka ini kerana saya tahu Tuan Guru adalah seorang yang rajin membaca dan sensitif dengan perkembangan Harakah Daily. Jadi, saya utuskan surat terbuka ini selepas saya hiba dengan keadaan PAS pada hari ini.

Tuan Guru yang dihormati,

Saya anak muda yang berada dalam PAS untuk memperjuangkan Islam. Dari sekolah menengah saya mengenali PAS. Saya kenal bukan melalui usrah. Saya kenal bukan melalui pimpinan PAS. Tapi, saya kenal PAS ketika saya bergembira menaiki lori menggantung bendera PAS ditiang-tiang lampu dan pokok-pokok. Saya meminati PAS selepas saya diminta membawa uncang-uncang duit untuk memungut derma ketika ceramah PAS berdekatan dengan sekolah saya. Ma’ahad saya uzur. Pelajar-pelajarnya pada waktu itu tidaklah sebijak rakan-rakan lain yang berada di SMKA, Sekolah Agama Kerajaan Negeri mahupun di Kolej Islam. Tapi, bila saya kenang sekolah itu, saya yakin di tanah itulah Allah memberkati orang-orang yang menuntut ilmu keranaNya. Disitulah Almarhum Abu Bakar Al-Baqir berpangkalan untuk memperjuangkan Islam. Sehinggalah saya berazam mengiltizamkan diri dengan perjuangan yang suci ini ketika saya di bangku universiti. Hari ini pun saya masih lagi belajar memahami dan bekerja untuk memaknakan perjuangan Islam ini.


Ketika Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang dikarang oleh Riduan Md Nor. Buku mengenai kisah hidup Tuan Guru. Saya ralit membaca buku itu kerana saya berasa tenang dengan peribadi dan ketokohan Tuan Guru seperti yang digambarkan. Saya turut mengikuti Ucapan Dasar Presiden selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 malah saya baca berulang-ulang kali untuk menjiwai intipati ucapan itu. Apa yang saya dapat rumuskan ialah hanya Islam yang akan menyelesaikan masalah manusia terutamanya di Malaysia ini. Tidak ada walau satu masalah pun yang tidak boleh ditangani oleh Islam sebagai agama Allah. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini. Saya yakin!


Sebelum muktamar hati saya sedih melihat pimpinan PAS. Saya tidak mahu ceritakan mengapa saya sedih sebab saya tidak tahu siapa yang paling benar pada percakapannya. Tetapi, semuanya ini berlaku kerana ungkapan Tuan Guru mengenai Kerajaan Perpaduan. Sebahagian pimpinan mengatakan Tuan Guru tidak cerdik politik. Sebilangan yang lain menegaskan Tuan Guru berjiwa besar bak Sang Negarawan. Hanya Allah Maha Mengetahui hati-hati mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah ini. Media pula menggembar-gemburkan pelbagai isu yang keluar dari setiap bibir pimpinan PAS. Bukan sekadar media perdana, bahkan media alternatif. Sehinggakan yang tulen menjadi kabur, terang berubah gelap.


Tuan Guru yang disegani,

Saya yakin ramai lagi ahli seperti saya gundah melihat perkembangan ini. Tambahan lagi, apabila pandangan Tuan Guru Nik Aziz sering bercanggah dengan Tuan Guru. Bahkan, media melaporkan Tuan Guru Nik Aziz sebut boneka UMNO dalam PAS yang ingin menjual Parti Islam ini kepada Parti Nasionalis. Sedih. Saya benar-benar sedih. Benarkah ada orang-orang ini dalam parti yang mulia ini? Saya percaya Tuan Guru sudah menerangkan berkali-kali mengenai Kerajaan Perpaduan. Hari ini, saya membaca tulisan Wan Abdul Rahman, Pengarah Penyelidikan PAS mengenai idea politik tersebut. Segar hati saya. Apa yang saya faham adalah Kerajaan Perpaduan bukan tahalluf siyasi antara PAS dan UMNO. Tetapi, PAS membuka pintu rundingan dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan krisis politik, ekonomi dan kebejatan rakyat yang melanda negara. PAS mahu mengajak UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah kerajaan asalkan meletakkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai tunjang. Mesti Islam sebagai asas pembentukan.


Tuan Guru Yang Dikasihi,

Saya merayu pada Tuan Guru, bertemu matalah dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya tahu Tuan Guru seorang yang setia. Malah, apa yang saya dengar, Tuan Guru akan berpeluk dan mencium dahi Tuan Guru Nik Aziz bila bertemu. Bermuqabalah dan bermuzakarahlah dengan beliau. Saya sendiri melahirkan rasa terkilan apabila kenyataan beliau terlalu keras seperti pemimpin yang tidak pernah maklum mengenai Kerajaan Perpaduan. Hanya Tuan Guru yang boleh menasihatinya. Leraikanlah kekusutan beliau. Saya mohon sebagai pemimpin yang besar jiwanya, bertemulah dengan Dato’ Husam Musa. Bincanglah dengan dia mengenai perkara ini dan dapatkanlah kata sepakat. Walaupun beliau adalah AJK PAS Pusat, sebagai pemimpin yang dihormati, Tuan Guru akan terus bersemuka untuk menyelesaikan polemik bersama. Itu adalah cara yang terbaik untuk seorang AJK menghargai dan memahami siapa sebenar dirinya. Saya juga berharap kepada Tuan Guru untuk memanggil semua komponen parti Pakatan Rakyat. Beritahulah kepada mereka bahawa Kerajaan Perpaduan ini bukan perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO. Saya benar-benar memahami bahawa PAS tidak akan mengkhianati persahabatan ini meskipun mereka seringkali membuat PAS sedih. Tuan Guru kena buktikan bahawa betapa mulianya sifat pemaaf dan ibrah disebalik Sahifah Madinah. Saya yakin Tuan Guru seorang perunding politik yang hebat. Tuan Guru berilah nasihat yang lembut kepada pemimpin UMNO, MCA dan MIC bahawa Kerajaan Perpaduan bukan antara PAS dan UMNO sahaja. PAS akan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan negara walaupun dengan parti politik yang kecil. Inilah jiwa Tuan Guru yang besar tetapi seringkali disalahertikan dengan propaganda musuh.



Tuan Guru Yang Dimuliakan Allah,

Seringkali saya berfikir bahawa Tuan Guru sentiasa bermunajat kepada Allah untuk memandu diri dalam setiap saat. Saya kagum dengan kenyataan Tuan Guru ketika meletakkan YB Abdul Wahid Endut sebagai calon di Kuala Terengganu meskipun ramai berpendapat pemimpin-pemimpin yang lain adalah lebih layak. Kenyataan Tuan Guru melegakan hati apabila Tuan Guru menyebut bahawa ini adalah ilham dari Allah. Saya juga berpendapat begitu. Walaupun idea Kerajaan Perpaduan ini dicemuh, diremeh malah dipertikai oleh sebahagian yang lain, namun Tuan Guru teruskan niat yang mulia ini. Hati kecil saya sentiasa beringat bahawa Tuan Guru mendapat petunjuk dan ilham dari Allah. Sudah pasti petunjuk Allah itu benar walaupun ujiannya berat dan pedih. Tuan Guru, idea revolusi itu selalunya lewat untuk dicernakan. Mungkin Tuan Guru akan meninggalkan idea ini dalam legasi politik PAS dan Malaysia. Tidak mustahil ia akan diungkap kembali dari generasi kepimpinan PAS yang lain dan pada waktu itulah gagasan politik ini akan menjadi satu realiti yang sangat mahal harganya. Inilah hikmatullah yang mulia. Hanya optimis dan positif melatari perjuangan Islam ini.



Tuan Guru Yang Dikagumi,

Saya hanya aktivis PAS yang menghiasi persada perjuangan ini. Tuan Guru adalah inspirasinya. Saya memohon maaf andaikata surat terbuka ini tidak memberikan apa-apa makna buat semua. Tapi inilah rayuan saya. Inilah luahan saya setelah beberapa kali menangis dihadapan Allah. Tidak ada apa-apa yang saya ingin lafazkan lagi melainkan saya mencintai Tuan Guru kerana Allah Ta’ala. Saya berbai’ah dengan Allah dan Rasul serta Tuan Guru bahawa saya mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam yang mulia ini. Doakanlah saya agar tsabat dan istiqamah hingga syahid bertemu Rabbul ‘Izzati.


Maafkan saya Tuan Guru. Maafkan saya. Moga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada Sang Murabbi yang saya cintai. Ya Allah, bantulah kami.



Ahmad Fawwaz bin Abdul Aziz

Wednesday, June 17, 2009

Children of Heaven...



~Ali yang kecewa selepas mendapat tempat pertama...~

Saya baru saja berkesempatan menonton movie Children of Heaven hasil karya pengarah terkenal dari Iran, Majid Majidi. Memang hebat! 20/10 markah.... Dah lama sangat nak cari vcd filem ni, sejak 2007, tapi memang tak pernah jumpa di kedai-kedai vcd.

Kalau sebelum ini, terpaksa menyajikan mata dengan cerita comedy atau kalau desperate sangat terpaksa tengok movie cintan cintun yang berbahasa melayu (Malaysia atau Indon), kali ini hati saya sangat-sangat puas. Kisah yang dihidangkan ini bukan kisah biasa, bahkan sungguh luar biasa. Saya amat-amat sarankan anda semua menonton movie ini... Memang tak rugi, dan anda akan mendapat pengajaran yang hebat untuk diri anda dan famili....

Terbayang-bayang wajah Ali dan Zahra yang teramat2 comel dan innocent, wajah Kaarim (ayah Ali) ketika baru saja mendapat upah selepas berkebun, wajah cikgu kelas Ali yang baik, kerajinan Zahra menolong ibunya di rumah, dan banyak lagi part2 yang sangat menarik....

Sila lah menyaksikan sendiri untuk merasai kehebatan filem ini....

Sinopsis:

Ia bermula apabila Ali (seorang budak - watak utama) berjumpa dengan tukang kasut untuk memperbaiki kasut adiknya. Dalam perjalanan pulang, Ali singgah di kedai runcit untuk membeli barang, dan meletakkan kasut adiknya (yang baru dibaiki) di celah-celah kotak luar kedai runcit tersebut. Tanpa disedari, kasutnya itu telah dipungut oleh tukang pungut sampah. di sinilah titik dan babak yang menghidupkan cerita ini. Disebabkan kasut adiknya yang hilang tersebut, kasutnya pula terpaksa digunakan oleh adiknya untuk ke sekolah (pada sebelah pagi), dan adiknya akan berlari sepantasnya untuk digunakan oleh Ali ke sekolah pada sesi petang. Semua ini berlarutan tanpa pengetahuan orang tua mereka, walaupun pernah sekali adiknya iaitu Fatimah akan memberitahu ayahnya tentang kehilangan kasutnya itu, namun ia hanya sekadar ucapan, kerana dia tidak sanggup melihat ayahnya susah dan meminjam wang kerana masalah mereka. Wow, babak ini telah menyentuh hati saya.

Pada suatu hari, guru disiplin sekolah Ali, telah bersedia untuk menghukum Ali yang telah beberapa hari ia perasan akan kelewatannya. Dia menyuruh Ali pulang dan menyuruh orang tuanya berjumpa dengannya untuk membincangkan masalah kelewatan Ali, hampir setiap hari. Walau Ali menangis dan merayu agar dimaafkannya dan tidak mengulanginya, tetapi guru disiplin tersebut tetap menyuruh ia pulang. Namun guru kelasnya yang kebetulan terserempak di luar, cuba berbincang dengan guru disiplin tersebut agar dimaafkan, dengan alasan bahawa Ali adalah seorang budak yang baik dan cemerlang di dalam kelas. Ali pernah mendapatkan sebatang pen yang elegan dari gurunya kerana markah ujiannya yang tinggi di dalam kelas. Lalu, pen tersebut diberikan kepada adiknya, untuk memberi kegembiraan sementara kepada adiknya kerana ia merasa bersalah di atas kehilangan kasut adiknya itu. Di antara adegan yang saspens di dalam filem ini ialah ketika Fatimah berlari pulang dari sekolah (sebab nak cepat bagi kasut pada abangnya), tiba-tiba kasutnya terlucut masuk ke longkang dan dihanyutkan sehingga sangkut di dalam ‘terowong longkang’. Ia menangis sedih. Nasib baik ada seorang tua menolongnya menjolok kasut yang tersangkut itu, lalu dikaup oleh pembersih longkang.


Suatu hari, Fatimah ternampak seorang yang memakai kasutnya yang hilang itu ketika dalam perhimpunan di sekolahnya. Lalu, dia mengekori perempuan itu sehingga ke rumahnya. Niat untuk meminta kasutnya itu dibatalkan oleh mereka berdua yang datang pada waktu lain, kerana melihat kondisi ayah perempuan itu yang buta. Di hari yang lain pula, ketika Fatimah berlari pulang, pen yang diberikan abangnya tercicir dan dijumpai oleh perempuan sama diekorinya pada hari sebelumnya. Pada hari berikutnya, mereka berjalan bersama ketika hendak ke sekolah. Namun, Fatimah berasa terkejut apabila kasutnya sudah tidak dipakai oleh perempuan itu, tetapi ia telah dibuang kerana ayahnya telah membelikan kasut yang baru. Sangat sedih, tetapi Fatimah tidak dapat berkata apa-apa.

Musim peperiksaan telah berakhir, dan sekolah Ali mengadakan saringan bagi pemilihan untuk peserta lumba lari bagi mewakili sekolahnya (entahlah, peringkat daerah, negeri atau negara). Pada mulanya Ali tidaklah tertarik untuk mengikuti pemilihan tersebut, namun setelah melihat hadiah bagi pemenang ke-3 adalah sepasang kasut, lalu dia mengubah niat untuk menyertainya. Walau ia sudah terlewat, dan guru sukan tersebut menghalaunya, Ali merayu dan menangis agar diberi peluang untuk diuji kepantasannya. Akhirnya Ali diuji, dan hasilnya sangat menakjubkan guru sukan itu, yang melayakkannya antara 6 pelajar di sekolah tersebut.

Anda nak tahu, aneh kan bagi seorang yang menyertai mana-mana pertandingan tetapi ingin tempat ke-3, tidak pertama. Haha. Ia semata-mata kerana sepasang kasut. Ali berlari sekuatnya sehingga mendahului, namun ia memperlahankan lariannya semata-mata untuk menempatkan dirinya di posisi ke-3, dan tidak pertama. Perkara yang dramatik sekali lagi berlaku. Ali terjatuh kerana ditolak oleh pelari di belakangnya. Namun, dia cuba bangkit dan mengejar peserta lainnya tanpa memandang kiri dan kanan, depan atau belakang, kerana ia teringatkan adiknya dan khuatir tidak menang posisi ke-3. Tetapi apa yang berlaku? Tidak disangka, Ali telah menjuarai posisi pertama di dalam pertandingan tersebut.

Ia pulang dengan perasaan hampa, dan dilihat oleh adiknya Fatimah. Ia membuka kasutnya, dan melihat kakinya yang luka hampir di seluruh bahagian. Direndam kakinya di dalam kolam depan rumahnya yang dipenuhi oleh ikan-ikan peliharaannya. And then... TAMAT!

Kelihatannya, filem ini seperti tergantung. Tetapi saya yakin, ia mempunyai motif tersendiri. Diharap filem seperti dapat dihasilkan lagi oleh pengkarya filem di seluruh dunia, sekali gus mengalahkan lambakan filem-filem ‘kosong’ yang memenuhi kaca-kaca televisyen masa kini. sekadar perkongsian.

Wallahu’alam...

video
~Antara part yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua....~

Tuesday, June 16, 2009

Bila Qalbu Berbicara...




Saat termanggu sendirian, jiwa memberontak tertanya-tanya,
"Apa yang aku cari?"
"Apa yang aku mahu dari hidup ini?"

Cuba tanyakan pada hati kecilmu, apa yang kamu mahu, pasti hati kecil akan memberikan jawapan2 yang benar dan jujur...

Kadang2, apabila masalah melanda, ujian menimpa, musibah menyinggah, kita lupa dengan kehadiran yang Maha Menguji, Yang Maha Mengasihani... Lantas, jiwa mengeluh, dan berputus asa... Apatah lagi jika diri ini merasakan tiada lagi kekuatan yang tersisa untuk bangkit semula menjadi gagah...

Sedarlah...

Di saat kita menganggap masalah itu sebagai cubaan, maka sebenarnya kita membuat masalah itu kurang bermanfaat buat kita, tapi di saat kita menganggap masalah sebagai ujian, insyaAllah ujian itu akan memberikan pelajaran dan manfaat untuk meniti hari2 yang selanjutnya...

Qalbu ini sering berbicara...

"ketika wajah penat ,memikirkan dunia, maka berwudhuklah...
ketika tangan letih menggapai cita2, maka bertakbirlah...
ketika pundak lelah menanggung beban, maka bersujudlah...
ketika ukhuwah dan amal jamai mulai berserakan, maka rabitahkanlah...
ketika ruhiyah mulai terasa kering dan hampa, maka bertaqarrublah padaNYA..."


" rezeki yang tidak ternilai adalah ketika dalam diri terpancar cahaya KEIMANAN,
hidup sederhana dengan iman dihati..."

" hidup itu butuh perjuangan!!!!dalam keadaan apapun jangan sampai menyerah!!!!teruslah berjuang untuk mendapatkan kebahagiaan dunia-akhirat!!!!! "

" kelembutan hati akan terpancar diwajah dikala kita bisa melupakan kesalahan orang lain, melupakan kebaikan kita, mengingat kebaikan orang lain, mengingat kesalahan kita, tidak ada dendam didalam hati..semua ikhlas kerana Allah "

" semoga jalan keluar terbuka...
semoga kita bisa mengubati jiwa kita dengan doa...
janganlah kamu berputus asa manakala kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
saat paling dekat dengan jalan keluar adalah ketika telah terbentur pada keputusasaan"

" jadilah orang yang BENAR..jangan mahu jadi orang PINTAR..kerana orang PINTAR belum tentu BENAR"

"Aku ingin selalu berada di sisi insan-insan yang selalu mengingatkanku untuk selalu bersyukur kepada-Mu ya Allah..."

~Syukran jazilan buat sahabat seBSK yang amat dikasihi...
Basitah Baharuddin, Baiti Khalid, Syafiqa Ali, Hazirah Hussin, Kamariyah Hamzah, Farhana Azmi, Fatimah Mokhtar, dan Bahirah Baharuddin (Betul ke?)~

Friday, June 12, 2009

Aku Mencintai-Mu...

video

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekelian makhluk akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia
-Syair oleh Imam Syafie Radiyallahu Anh-

Kenangan itu menjelma kembali saat aku menerima perutusan dari seorang teman...
Teman yang telah lama tidak kudengar butir bicaranya...
Teman yang membuatkan aku tidak gentar pada cercaan...
Kerana kami tau niat yang terpasak di kalbu...
Terima kasih ya Allah,
Menetapkan aku di atas jalan ini hingga ke hari ini...
Moga akan tetap hingga saatnya tiba untuk aku bertemu-Mu...
Juga buat mereka yang dekat denganku...
Tidak lupa buat mereka yang tertawa dan menangis denganku...
Ya Allah, aku amat mencintai-Mu...
Tetapkanlah... Tetapkanlah... Tetapkanlah...

Tuesday, June 9, 2009

Layak ke Muslimah Jadi Engineer?

~An Iranian woman engineer using a video camera to film her team in the 6th International robotic soccer competitions. The logo of those competitions are projected onto her chador from a spotlight in the Fukuoka, Japan, sports dome. (Image courtesy of Prof. Michael M.J. Fischer)~


Ada beberapa hari lagi yang tersisa sebelum due date hantar jurnal... Bertahan dan terus bertahan. sehingga ke detik ini, saya telah bertekad bahawa ilmu yang dipelajari ini, perlu diaplikasi ke lorongnya yang sebenar... Tak mungkin saya akan mensia-siakan apa yang saya dapat selama berkecimpung dalam dunia engineering...


Tapi, persoalannya, boleh ke muslimah jadi engineer? Sesuwai ke?

Selama ni, banyak persepsi mengatakan muslimah tak sesuai jadi engineer sebab pakaian yang tak menepati syarak, pergaulan yang agak bercampur antara lelaki dengan perempuan, waktu kerja yang tidak menentu, dsb... Lagipun, dah habis ke lelaki kat dunia ni sehinggakan perempuan pun kena terjebak sekali?


Pada pendapat saya secara peribadi, tak salah pun sebenarnya muslimah nak jadi engineer. Memang dulu, mungkin kerjaya ini sesuai untuk lelaki saje, tapi dunia hari ini, memerlukan keterlibatan perempuan apatah lagi muslimah. Dan sebenarnya, melalui pengamatan saya, soal pakaian, soal pergaulan, dsb masih boleh dikawal dan segalanya bergantung kepada kebijaksanaan dan keimanan kita. Sekarang pun, sudah banyak baju2 muslimah atau alternatif lain yang boleh disesuaikan dengan pekerjaan sebagai engineer. Yang penting kita kena faham, konsepnya adalah menutup aurat dengan sempurna.


Bidang kerja apa sekalipun yang kita pilih, asalkan niatnya adalah kerana Allah semata-mata. Kalau menjadi engineer, jadilah engineer yang bertaqwa, insyaAllah, kita akan tetap berada dalam redha Allah... Rasulullah saw tidak pernah menghalang kita untuk mengejar kecemerlangan di dunia demi mencapai kecemerlangan di akhirat.


Allah SWT berfirman: “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”. (al-Qasas:77)


Kepada muslimah, jangan biarkan bidang ini dikuasai oleh mereka yang tidak beriman kepada Allah kerana bidang ini juga menentukan masa depan negara kita. Nanti, macam2 lah isu yang timbul, di sini runtuh, di sana bocor, di situ rasuah, di mana-mana bermasalah... Dan, menjadi engineer juga tidak menghalang kita untuk berdakwah, kan?


Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan.... Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua...


Selamat menghayati, dan selamat beramal (",)


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya,

2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji yang mabrur,

3. Orang yang mati syahid dalam peperangan,

4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa

ri'ak.


Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, “Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?”


Berkata orang yang mati syahid, “Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah.”


Berkata Jibrail A.S., “Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?”


Orang yang mati syahid menjawab,”Aku mendengar daripada alim ulama.”


Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”


Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, “Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?”


Berkata yang berhaji,”Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah.”


Berkata Jibrail A.S., “Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?”


Berkata yang berhaji, “Aku mendengar dari alim ulama.”


Berkata Jibrail A.S. lagi, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu
mendahului guru yang mengajar kamu.”


Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, “Apakah yang kamu lakukan
sewaktu kamu di dunia dulu?”


Menjawab si penderma, “Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.”


Jibrail A.S. berkata lagi, “Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?”

Berkata si perderma, “Aku mendengarnya dari para alim ulama.”


Maka Jibrail A.S. pun berkata, “Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”


Kemudian orang alim berkata, “Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu.”


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”


Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, “Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu.”


Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, “Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu.”


Al Hassan r.a. berkata, “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”


Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan
rosaklah engkau.”


Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., “Amal apakah yang paling utama?”


Rasulullah S.A.W. menjawab, “Berilmu tentang Allah.”

Tuesday, June 2, 2009

Kecewa...

Di saat minda ini agak bercelaru (sebenarnya tak perlu pun nak layan perasaan dengan orang yang berlagak baik macam tu...) dek kerana kecewa dengan kerenah manusia yang terlalu mengecewakan, tiba-tiba terdengar lagu yang sangat-sangat berjaya membuat hati ini riang ria kembali... Hmmm... lagu Mawi dan KRU... Sujud... (Bukannya minat sangat dengan Mawi, tapi lagu ni memang best!). HAhaha.... Tak caye, cuba dengar dan tengok liriknya.... LAgu ini juga ditujukan buat mereka yang suka... YAng tak suka, tak usah buang masa untuk mendengar...

video

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang minggu lepas, banyak pengajaran berharga yang amat berharga dapat dikutip sebagai bekalan untuk meniti hari-hari yang mendatang... Apepun, thanks buat semua...