Wednesday, June 24, 2009

Marilah Berlumba ke Arah Kebaikan....

Sempena bulan Rejab yang jatuh pada hari ini, saya ingin mengucapkan, selamat beramal dan selamat berpuasa bagi yang ingin berebut pahala kebaikan beramal pada bulan ini...

Dengan ucapan...



Marilah bersama kita amalkan doa yang baik untuk diamalkan sepanjang bulan ini:

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]


Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi :

“Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”


Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

~Kepada seluruh ahli Kelab Bulu Tangkis, sila tunaikan janji untuk berpuasa pada hari ini, esok dan lusa ye, tak kiralah di mana jua anda berada, terutamanya kepada Presiden kelab... Mungkin esok malam kita boleh berbuka puasa bersama-sama....~

1 comments:

fadel said...

haha....siapa agaknya mursyidul kebuta ni agaknye? sy ahli pon xtahu (byk sgt calon)