Monday, April 13, 2009

Selamat Menempuh Final Exam...




Selamat menempuh final exam buat seluruh sahabat2 yang dikasihi...
Moga perjuangan ini juga dapat ditekuni dengan penuh iltizam dan kesungguhan....
Berusaha & bertawakkallah....

15/4 : Material Characterization
18/4 : Research Methodology
20/4 : Presentation Project Proposal

Moga Allah mudahkan urusan kita semua... Amin...

p/s: Buat hazirah, semoga tabah dan terus kuat.
Buat shbt2 serumah, moga usaha gigih kalian membawa hasil yg terbaik...
Buat fadilah, hafizah, jie, mustafa, hamidah, dan teman2 lain yang se... (ape ye?), moga impian menjadi kenyataan. Hikhikhik... Jangan malas-malas ye....

Thursday, April 9, 2009

Mengapa terlalu memilih?


Baru-baru ini saya diajukan satu soalan oleh seorang sahabat. "Patutkah saya tetap memilih si A yang jawatannya ahli biasa sedangkan pada masa yang sama saya mendapati saya masih berpeluang mencari muslimin yang lebih hebat dari dia seperti si B ?"

Wah, soalan-soalan begini agak berat untuk dijawab kerana saya tidak mempunyai jawapan yang mudah semudah memilih A atau B. Soalnya, kalau berbicara tentang calon yang terbaik, maka apakah tafsiran sebenar perkataan 'TERBAIK' itu?

Boleh jadi, kalau menurut si X,
'terbaik itu mestilah orangnya rajin, beriman, berpendidikan tinggi dsb...'

Menurut si Y pula,
'terbaik itu haruslah seorang yang hafaz al-Quran, menjadi imam di masjid, banyak duit, dsb...'

Sampai bila-bila, permasalahan menentukan siapa yang terbaik itu, tidak akan selesai. Akhirnya, niat yang pada asalnya mahu memilih yang terbaik, malah bertukar kepada 'terpilih' dia secara tidak sengaja. Ataupun akhirnya memutuskan untuk tidak mahu kawin sampai jumpa yang betul-betul 'terbaik'.

Menurut saya, persoalan seperti ini tidak perlu terlalu diberatkan.
Saya bagi satu contoh:
"Saya suka sangat dengan ust. Z tu. Kita semua patut berusaha mencari calon yang terbaik seperti Ust. Z tu. Dia tu dah la pengerusi organisasi kita, wajahnya suci dan tampan, petah berhujah, hafazal-Quran, dsb". Tapi, adakah semua muslimat harus memilih calon suami seperti itu kerana dia dianggap seorang muslimin yang terbaik di kalangan muslimin yang lain? Kalau begitu, semua muslimat di zaman nabi saw mahu berebut2 menjadi isteri nabi saw, semua muslimat berebut menjadi isteri imam Hassan al-Banna di zaman beliau, semua muslimat berebut menjadi isteri Ust. Z pada zaman beliau." Lantas, yang tidak terpilih menjadi isteri2 insan2 terbaik tadi, memutuskan untuk tidak mahu berkahwin dengan muslimin lain....

MasyaAllah... duhai sahabat yang kukasihi, janganlah menilai manusia itu dengan penilaian kita yang terlalu dhaif ini. Kita selalu sangat berpegang kepada 'dont judge a book by it's cover' apabila ada orang lain menilai prestasi amalan kita. Tapi dalam bab-bab tertentu, kita menolak prinsip ini. Bahkan, kalau boleh, masa nak cari calon pasangan hidup kita, berbagai-bagai kriteria yang kita listkan. Mesti cantik, mesti orang negeri sekian, mesti kurus, mesti berambut lurus, mesti cikgu, dan banyak lagi mesti... Ke mana perginya sirah tentang sahabat nabi yang sanggup berkahwin dengan lelaki berkulit gelap hanya kerana lelaki itu adalah pilihan nabi saw, yang pernah kalian dengar/sampaikan dalam usrah dulu? Apakah kalian lupa bahawa perjuangan ini bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak hati yang mahukan urusan duniawi itu didahulukan di hadapan?

Adakah sekiranya seorang pemuda itu yang hanya seorang pemuda biasa, tidak layak dianggap pemuda yang hebat, sedangkan tanpa kita ketahui dia tidak pernah meninggalkan tahajjudnya? Adakah lelaki yang kelihatan hebat di hadapan kita, layak dipanggil hebat sedangakan pada waktu subuh, dialah yang bangun solat paling lewat sekali?

Ingatlah, kemuliaan saidatina Khadijah kerana kesanggupan beliau berkorban semasa menjadi isteri nabi saw, namun dalam masa yang sama, jangan lupa bahawa Asiah juga mulia kerana Allah uji beliau semasa menjadi isteri kepada firaun.

Kesimpulannya, bagi saya, siapa pun calon yang kita pilih, janganlah kita pilih dia kerana kita kagum pada kehebatannya. Jangan kerana kagum pada ketinggian kedudukannya. Kerana kita pasti akan kecewa jika selepas berkahwin kita mendapati insan yang kita kagumi itu sebenarnya amat liat bangun bertahajjud, amat liat diajak untuk erjuang, amat sukar menguruskan kebersihan, amat keras hatinya dsb. Berusahalah menjadi yang terbaik, jangan terlalu sibuk mencari yang terbaik. Janganterlalu taksub menilai orang kerana hanya Allah sebaik-baik penilai.

Suatu hari, Abi Thariq pernah bercerita bahawa di tempat beliau bekerja, ada seorang lelaki Bangladesh yang kelihatan biasa, tetapi sangat rajin bekerja kerana ingin menyara anak dan isteri di kampung halaman. Bekerja hingga lewat malam, bangun seawal 4 pagi untuk bertahajjud dan setiap kali waktu rehat pagi, akan ke surau untuk solat dhuha... Dan banyak lagi kisah2 begini...

Hmm.. Tetapkanlah niat, setiap perbuatan yang kita lakukan adalah ibadah kerana Allah. Berjalan dan berlari kerana Allah, apatah lagi, menikahlah kerana Allah dan bukan kerana sifat peribadi seseorang. Supaya kitatidak akan kecewa di kemudian hari.. Yang penting, segala-galanya kerana Allah, kemudian bertawakkallah...

Moga posting ini dapat membantu sahabat dalam mencari penyelesaian kepada persoalan yang dihadapi.