Friday, August 28, 2009

24 Tahun....



Meniti perjalanan menuju hari2 yang mendatang merupakan sesuatu yang harus dilaui bagi setiap insan yang masih diberikan nyawa... Mahu atau tidak, tiada pilihan! Kehidupan harus diteruskan, beribadah dan terus beribadah kerana itu tujuan kita diciptakan... Tak kisahlah beribadah itu dalam bentuk menyepak batu di jalanan agar tidak tersadung kaki orang, atau tidur sebentar demi mencari kekuatan, mungkin juga berbicara agar manusia ingat kepada Tuhan, bahkan boleh jadi sekadar senyuman yang menenangkan hati insan2 yang berduka....

Apa yang penting, biarlah semakin hari, ibadah itu semakan baik kualitinya seiring dengan bertambahnya hari2 dan usia kita sebaik saja terbukanya tirai fajar.... Setiap kita mempunyai posisi kita masing-masing... Berjuanglah kita berdasarkan posisi yang kita duduki. Setiap kita adalah hamba Allah yang Maha Penyayang, maka bertindaklah kita seperti mana layaknya seorang hamba kepada Yang Maha Berkuasa seharusnya bertindak... Tanpa prasangka, tanpa prejudis... Tanpa memandang hina kepada sesiapa pun....

Hari ini, genap 24 tahun aku menyandang gelaran sebagai pemegang amanah 'khalifah' di bumi Allah. Namun, aku tidak pasti, sudah berapa tahun sebenarnya, aku benar2 menjadi seorang khalifah atau hamba... mungkin selama ini, banyak 'pecah amanah' yang telah aku lakukan terhadap Tuhanku... Bahkan banyak 'penyelewengan' terhadap amanah ini sehingga terabai segala perintah yang telah disuruh...

Kumulakan pagi ini dengan tangisan... Tangisan kesyukuran dan kesedihan....
Aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umurku sehingga mampu beribadah di bulan Ramadhan ini... Bersyukur kerana mempunyai suami dan ahli keluarga yang amat sayang padaku.... Bersyukur kerana masih di bawah naungan nikmat iman dan Islam... Tapi, air mata kesedihan turut mengalir di celahan kesyukuran dan tidak dapat kubendung lagi... Aku terkenang pada anak saudaraku, Herlina.... Dia memanggilku kakak walaupun aku adalah ibu saudaranya... Sepatutnya, hari ini dia juga bahagia sepertimana aku bahagia... Kami berkongsi tarikh lahir yang sama... Malangnya, sudah hampir setahun dia menghilang... Entah ke mana... Anak yang masih terlalu mentah, dan masih tercari2 makna sebuah kehidupan... Bermacam-macam kerisauan sentiasa menari di minda, kerana berbagai versi cerita yang kudengar..... Selalunya, pada 28 Ogos, dia akan menghantar sms untuk mengucapkan selamat hari lahir buatku.... Akan kunanti sms itu sepanjang hari....

SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG.... MOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGIMU DI MANA SAJA KAMU BERADA....

Buat semua insan yang menyayangi diri ini, syukur dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kehadiran kalian yang banyak menambahkan seri pada lukisan kehidupan ini... Walaupun hanya dengan ikatan 1 aqidah yang sama, jalinan ini teramat2 bermakna....

Wednesday, August 26, 2009

Kenangan Terindah Di Bulan Ramadhan...


Banyak kenangan indah mahupun pahit yang masih saya simpan kemas dalam ruangan memori jauh di dalam sanubari saya... Setiap kali berbuka puasa, memori itu pasti menggamit rasa syukur yang tidak dapat kubilang entah kali ke berapa agaknya.... Namun yang pasti, hingga saat ini, aku rindu pada satu memori yang mungkin tidak dapat kunikmati lagi....

::MEMORI IN PRK::

Ketika saya berada di tahun akhir, pilihanraya kampus (PRK) pada tahun itu kebetulan berlaku semasa bulan Ramadhan... Menarik, kerana sudah beberapa tahun kebelakangan itu, PRK berlaku sebelum atau selepas Ramadhan.... Saya diamanahkan menjadi pencadang kepada salah seorang calon yang bertanding di atas tiket fakulti. Namun, atas dasar perjuangan, saya tetap membantu rakan-rakan lain yang bertanding untuk berkempen khususnya sahabat dari Persatuan Mahasiswa Islam...

Seperti biasa, setiap hari kami sudah menyiapkan jadual memasak untuk berbuka puasa di rumah sewa kami... Masaklah apa saje, yang penting ada air sejuk untuk berbuka. Itu wajib! Hari itu, bukan giliran saya dan kebetulan saya tiada kelas di waktu petang... Jadi, saya mengambil peluang untuk menggantung poster selepas waktu asar dan mengajak beberapa orang sahabat untuk turut serta.

Cuaca yang agak panas terik... Dahaga.... Tak sabar nak berbuka.... Segala perasaan itu berlari2 di minda memohon perhatian... Tapi kami teruskan bekerja kerana bulan Ramadhan merupakan bulan perjuangan dan kemenangan bagi umat Islam... Itu yang ustaz ajarkan kepadaku... Poster2 itu, kugantung di pokok, tiang, pondok telefon dsb... Di mana saje ada ruang.. Hampir maghrib, saya pulang ke rumah dengan penuh harapan ada air sejuk yang manis untuk ganjaran kepada tekak yang kehausan....

Sampai di rumah, gelap saje... Tiada orang...
"Mungkin diorang nak buat surprise kot..." Bisik hati kecil yang masih lagi berharap.

Saya hidupkan lampu, terus menuju ke dapur, HAMPA... Tiada makanan pun... Dan kesal, "kenapa kalau tak sempat masak, tak maklumkan awal2?"
Tanpa membuang masa, terus memecut ke masjid, dengan harapan ada air sejuk kerana Masjid UPM memang menyediakan makanan untuk berbuka puasa... Saya hampa sekali lagi... Tiada air sejuk malah air panas... Aduh, kecewa dan hampir menangis. "Ya Allah, sungguh aku terlalu dahaga dan tekak sudah teramat kering... Tolong ya Allah, aku sudah tidak mampu..." Hati merintih sayu....

Selesai solat maghrib, saya mengambil keputusan untuk ke BSK. Manalah tau mungkin masih banyak poster yang belum dimasukkan ke dalam plastik. Sampai di sana, saya nampak Hazirah ke dapur. Selepas 5 minit, beliau datang membawa satu jag air sarsi yang sangat sejuk dan dihulur secawan kepada saya... Oh, hampir menangis kerana bahagia... Alhamdulillah... Ya Allah, sungguh, hanya Engkau yang Maha Mengetahui akan segala yang tersirat di hati hamba2-Mu.... Syukran Hazirah...

Itulah saat manis yang tidak mampu saya lupakan sehingga ke hari ini.... Kemanisan sebuah perjuangan.... (",) Justru sejak hari itu, saya semakin yakin bahawa jangan kedekut dengan Allah kerana sedikit sahaja ibadah yang kita lakukan, teramat besar rahmat yang Allah berikan...



Good Luck



Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Test 1/2 kepada semua sahabat seperjuangan serta adik2 usrah yang dikasihi juga buat kak Za dan Amir serta diri sendiri....

Jadual Test hari Khamis:
CHROMATOGRAPHY

Walaupun tak sempat nak habiskan bacaan nota yang terlalu banyak tu, tetaplah berusaha semampu yang boleh ye... Moga Allah mudahkan segala urusan... Ameen...

Sunday, August 23, 2009

Kekeliruan tentang batalnya puasa....

Teringat semasa kecil2 dulu, bila ustaz/ah di sekolah cerita pasal perkara2 yang membatalkan puasa... Banyak perkara tak boleh termasuk korek hidung dan telinga... Saya keliru, adakah korek hidung dan telinga boleh mengenyangkan atau mengurangkan tahap pengorbanan kita untuk merasai kekurangan? Bila dah besar, barulah sedar, rupanya, ramai yang keliru tentang perkara ini...Terlalu ramai umat Islam yg keliru dengan perkara-perkara ibadah, lebih-lebih lagi bab ibadah puasa. Kan dah jelas melalui dari alquran dan sunnah yg sohih, perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti penerangan di bawah ini.

( From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues”, and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.)
Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.
(Substances and actions that nullify the fasting)
Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa

(According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting.
Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting).
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

  1. Eye and ear drops, and ear wash.
    Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
    Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
    Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
    Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
    Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.
    Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.
    Penderma atau menerima pemindahan darah.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.
    Oksigen dan Gas Bius.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
    Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.
    Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
    Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
    Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
    Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
    Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
  15. Biopsy of the liver or other organs.
    Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

A majority of participants added the following: Majority peserta menambah perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA

  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
    Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
    Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
    Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
    Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.
    Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.

Terjemahan oleh Dr Suhazeli Abdullah


Secara kesimpulannya:

Adapun perkara2 yg lain yg membatalkan puasa adalah:

1 - Makan dan minu dengan sengaja/dalam keadaan sedar. 2 – Muntah dengan sengaja. 3 – Haid dan nifas 4 – Jima’. 5 – Suntikan yang berbentuk makanan. 6 – Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Perkara2 yang dibolehkan meneruskan puasa:


1 – Masih dalam keadaan junub ketika waktu subuh.

2 – Bersiwak/menggosok gigi.

3 – Berkumur-kumur.

4 – Bermesra dan mencium isteri.

5 – Mengeluarkan darah atau suntikan yg bukan berupa makanan.

6 – Berbekam.

7 – Merasa makanan/masakan (dengan syarat tidak melepasi kerongkong).

8 – Memakai celak, menitiskan air atau ubat ke dalam/bahagian mata.

9 – Mencurahkan air ke atas kepala/mandi.



Perkara-perkara yg mengurangkan pahala puasa:

1 - Berkata-kata akan hal yang sia-sia 2 – Berkata dengan mengatakan sesuatu yang dusta.


Hadis atau dalil bagi perkara di atas hanya akan diberikan berdasarkan permintaan demi untuk menjimatkan masa....


Sekian...


Syukran kepada PAPISMA dan an-nawawi...



Saturday, August 22, 2009

Telatah Berbuka....

Sementara menantikan nasi di dapur masak, maka saya mengambil kesempatan utuk mengupload menu yang dah siap untuk hidangan berbuka puasa pada hari ini... Menu yang dimasak sendiri (dengan kerjasama encik abithareeq) dengan penuh rasa konfiden walaupun semuanya baru first time nak try masak... Huhu... Si ibu yang mengintai anaknya memasak di dapur telah tersenyum bangga melihat perkembangan anaknya yang sudah menjadi isteri orang.... Hihihi...

Apepun, kali ni memang berazam untuk tidak membeli-belah di bazar ramadhan lagi... (Berazam ye...) Maklumlah, masa zaman muda2 dulu, jam 6 petang je, dah memecut motor ke bazar yang teramat dekat dengan BSK masa tu... Kali ini, tak mau dah buat macam tu...

Roti john ayam + sosej + telur... Huhu, inspirasi dari breakfast di rumah cik fadel....

Ayam crispy yang rangup... Abithareeq yang goreng..

Sayur kailan ikan masin.... Teringat ikan masin cik Baiti...

Ok, sampai di sini dulu... Nak mengagih juadah ke rumah jiran... Berkongsi makanan... Bestnye!!! SELAMAT BERBUKA PUASA YE SAHABAT2 SEMUA... =)

ps: tak kisahla abithareeq terpaksa tegur "tak kan semua nak masak arini, hari lain kan boleh try menu2 tu lagi..." Hikhikhik....

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem...

Ummuthareeq dan suami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, Selamat memasuki Universiti Tarbiyah Ramadhan kepada seluruh sahabat2 dan muslimin muslimat di mana saja kalian berada.

Mari bersama kita
GANDAKAN AMALAN
IKHLASKAN IBADAH
BETULKAN NIAT
dan paling penting
BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR REDHA ALLAH



::KISAH RAMADHAN::

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

(Ihsan: IsuHangat)

Moral: Solat jemaah di masjid bukan hanya pada bulan Ramadhan saje...

Thursday, August 20, 2009

Muffin Coklat...

Malam tadi saya menggagahkan diri untuk buat muffin coklat.... Sebab dah janji nak bagi hari ini pada kawan adik saya... Bersungguh dia, katanya nak bagi hadiah pada mak mertua... Walaupun teramat-amat letih kerana pulang agak lewat dari lab. Sampai di rumah jam 10 lebih. Hmmm... mujurlah adik2-adik rajin membantu...

Inilah hasilnya.... muffin hasil air tangan orang baru belajar...





Alhamdulillah.... Siap. Masa ni, dah tak rase penat dah.... Yang ada hanya secebis kebahagiaan kerana cuba membuat orang lain bahagia... =D