Monday, October 5, 2009

Koleksi Tudung Muslimat...

Salaam...

Buat sahabat2 sekalian, di sini saya hendak mempromosi koleksi tudung muslimat yang diterbangkan khas dari Mesir. Ada banyak design, corak dan warna dengan saiz 60 bidang kesemuanya... Di sini, ada beberapa gambar yg sempat diupload... Silalah belek2 dan kalau berkenan, maklumkan saje...

~kain tudung ini tidak licin, dan senang dipakai...~

~Kalau minat yang berbunga-bunga, ada banyak lagi koleksi lain untuk dipilih...~

~Corak yang cantik untuk dipadankan dengan apa jua jenis pakaian...~







Hmmm.... cantik kan? Harga untuk tudung2 yang berbunga2 ini ialah RM 28. Memang bidang 60. Kalau tak mau pakai, boleh hadiah kat orang lain (",)

Friday, October 2, 2009

Berhari Raya Di Baitul Taqwa...

Gembira rasanya apabila ada teman2 sudi datang berhari raya di rumah... Kenapa gembira? Sebab tetamu datang bersama rahmat... Walaupun last minute Fadh baru plan nak datang ke rumah, still enjoy memasak apa adanya... Menu utamanya ialah bakso yang betul2 pure punya. Bukan yang jual kat kedai yang kadang2 rasa mcm bihun sup pun ade.... (",)

Thanks to mak, ckin dan tak lupa kepada abithareeq yang sudi membantu... Air manggo tu bancuhan abithareeq tau. Ni sedikit gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

~Inilah bakso yang spesel tu... Kata mereka yang makan bermangkuk-mangkuk.... Hehehe~


~Bakso yang sedang menanti tetamu datang... Letak kuah yang panas, fuh, sangat sedap dimakan, tambahan pula di waktu hujan...~


~Ni wedges yang express... Sebab xtau nak hidang ape lagi =) ~


~Tak kesahla saya lupa nak hidang sosej ni... Padahal sudah siap digoreng...~



~Inilah antara tetamu yang hadir...
Terima kasih daun keladi, raya haji datang lagi...~

Thanks to Fadh, Zaza, Ajie, Neena, Kak Emi ( dan suami & Damia), Fizah, Wani, Taybah, Jamlah, Kak Yan, Hanim (dan dua org rumetnya)...

Wednesday, September 30, 2009

Eid Song - SamiYusuf



Lagu yang paling saya suka...



Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

CHORUS:
La ilaha illallah
Muhammad rasulallah
La ilaha illallah
Muhammad rasulallah
‘Alayhi salatullah
‘Alayhi salatullah

Children are wearing new clothes
Bright colours fill the streets
Their faces full of laughter
Their pockets full of sweets
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

CHORUS

Mosques are full of worshippers
in rows straight and neat
Their Lord they remember, His name they repeat
Their hands are raised to the sky
They supplicate and plead
On this blessed day
Forgive us they entreat
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

CHORUS

People are giving charity
And helping those in need
In giving they’re competing
Today there is no greed
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid

CHORUS

Enemies embracing each other
All hatred is buried
Everyone is celebrating
Greeting everyone they meet
Let us rejoice indeed
For this is the day of Eid


Sunday, September 27, 2009

Kek Untuk Sefti Yulia....

Hari ini diteruskan dengan aktiviti yang pelbagai... Maksudnya, tiada istilah rehat... Mula dengan main masak2 di dapur bersama adik ipar, lalu diteruskan dengan makan2, mengemas rumah serba sedikit, dan terus menghantar Zaki ke UIA sebelum mencari barang merata2. Tengah hari hujan lebat, tapi kena redah juga sebab dah janji nak siapkan kek sempena hari jadi kak Sefti Yulia... Unik nama ni... Mujurlah abithareeq ni sangat bersemangat waja... Cewah (",) Sebab terlalu letih, lepas siap adunan, letak dalam oven, set 1 jam, lalu terlena dan biarlah kek itu masak dengan sendirinya... Hahahaha....

Inilah hasilnya.... Taraaaa....




Cantik juga kombinasi hitam dan pink.... Menawan & menarik....

Tetamu Baitul Taqwa...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas dalam mood 'Idul fitri yang penuh dengan rahmat kasih sayang dari Allah swt. Jam 2 pagi tadi, kami semua sampai di Ampang selepas berhari raya di kampung sejak hari raya kedua lagi. Pengembaraan dan perjalanan yang agak jauh dan meletihkan. Dalam keadaan hanya abithareeq yang memandu ke sana dan ke mari... Banyak pengalaman berharga serta mutiara tarbiah yang dapat dikutip sepanjang pengembaraan, yang igin dikongsi bersama jika berkesempatan nanti... InsyaAllah...

Berbalik kepada kisah pulang dari kampung tadi, kami naik kereta berempat termasuk saya, abithareeq, ckin (adik ipar) dan zaki (sahabat baik abithareeq). Oleh sebab sudah agak lewat, kami menjemput zaki untuk bermalam, menjadi tetamu di rumah kami yang diberi nama Baitul Taqwa... Keesokan harinya barulah kami menghantar zaki ke UIAM...

Dengan kombinasi perasaan excited dan cuak (sebab barang2 dapur banyak yang dah habis), maka saya mencuba untuk memasak hidangan yang seadanya untuk tetamu kami... Gembira dapat tetamu yang datang bersama rahmat... Jadi, terpaksalah buka kitab resepi dan yang terhasil ialah ayam masak lemak style Padang bersama ayam crunchy yang rangup....


~Ayam masak lemak style Padang~


~Yang ini dimasak khas untuk abah (bapa mertua) dan mak (ibu mertua) yang bakal pulang makan tengah hari selepas bekerja membanting tulang...~


~Juga yang ini, ikan bakar style Padang....~


Hmmmm.... Penat juga memasak. Tapi bila tengok orang makan hasil masakan kita, rasa puas. Tak kisahla abah offer buka kantin kat Masjid area kampung tu supaya mudah supply makanan untuk ahli2 masjid.... Huhuhu... Nanti dulu ye abah.... ("-_-)

Saturday, September 26, 2009

Nasi Ayam Special....



Anda semua mesti terliur kan tengok gambar2 nasi ayam di atas, terutamanya part ayam goreng special yang amat menggiurkan itu... Hehehe... Ini sebenarnya nasi ayam special yang saya masak di rumah ibu mertua sempena hari raya.... Tak sangka pulak semua orang suka dan siap bagi 10 bintang lagi tu.... Terpaksala kena masak selalu untuk upgrade lagi keistimewaan nasi ayam ini di samping menambat hati mertua dan juga keluarga ipar.... Percubaan pertama sebelum ini dah cuba goreng ayam yang diperap dengan kicap, blackpepper dsb, tapi bila try goreng ayam ni, abithareeq lebih suka yang ini. Lembut, garing, cukup rasa dan segalanya =) Wahwahwah.... Kepada yang bakal berumah tangga atau bakal bertandang ke rumah mertua, silalah bersedia dengan resipi yang best sehingga menjilat jari ye.... (",) supaya 'Tiap hari sayang...' macam dalam iklan tu...

Friday, September 25, 2009

Mari Membaca Rindu Bau Pohon Tin...


Alhamdulillah, sepanjang perjalanan beraya ke rumah sanak saudara, saya sempat menghabiskan bacaan buku Travelog Tarbiah 'Rindu Bau Pohon Tin' hasil karya Ust Hasrizal Abdul Jamil (Tuan punya saifulislam.com). Almaklum la.. mentang2 takde lesen driving, so ke mana-mana abithareeq jelah yang drive. =)

Terus terang, buku ini amat menarik membuatkan saya tidak sabar untuk membaca dari satu helaian ke helaian yang berikutnya...
Membaca buku ini membuatkan saya seolah-olah sedang berada dalam pengembaraan tersebut. Saya menangis seolah2 menyaksikan kematian sahabat2, kesusahan sahabat2 Pattani yang terputus bekalan wang, kesakitan seorang imam yang kepalanya dipukul dengan belantan kerana mempertahankan khutbahnya, kesayuan melihat makam2 sahabat2 yang syahid dan sebagainya... Semuanya amat memberi kesan.

Antara yang saya palin ingat ialah apabila Dr. Mustafa Abu Zaid yakni pensyarah subjek Dakwah Islamiyyah bertanya pada seorang pelajarnya di dalam bilik beliau:
"Bagaimana kamu faham Islam?" Macam Islam PAS atau macam Islam Umno?"

Pelajar itu menjawab:"Bukan macam PAS, bukan macam Umno. Saya di tengah-tengah!"

Dengan muka merah padam, Dr. Mustafa berkata: "APA? Tengah-tengah? Tiada istilah baina-baina (tengah-tengah) dalam masalah ini. Sama ada kamu pilih Islam atau Jahiliyyah. Mereka yang tengah-tengah hanya kaum yang bersekongkol dengan nifaq. Adakah kamu maksudkan begitu?"

"Kamu semua dengar sini. Aku tidak mengajar kamu kerana duit atau juga kerana title ku sebagai pensyarah. Tapi aku adalah bapa dan kamu semua adalah anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan kamu menjadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah yang berijazah Syariah! Jika kamu melaporkan kepada Raja sekalipun dan aku dibunuh, ingatlah bahawa sesungguhnya syahidku adalah kebanggaan anak2 dan isteriku!"

Ya Allah, sungguh bertuah mereka yang berkesempatan menuntut ilmu dari seorang pensyarah seperti ini. Mengajar bukan hanya kerana tugas atau duit, tetapi kerana rasa tanggung jawab seorang bapa kepada anak2nya...

Dan satu lagi yang pengajaran yang teramat2 berkesan ialah apabila beliau tercium bau minyak wangi seorang pelajar perempuan sewaktu di dalam kelas. Beliau membentak: "Siapa yang pakai minyak wangi tadi?"

Lalu beliau memetik hadis nabi saw:
"Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina juga."
(HR an-Nasaie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)


"Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan! Kalau mahu mencari jantan, berambuslah ke pasar sana! Kalau takut busuk, jagalah kebersihan diri, bukan berwangi-wangian!"

Sungguh, tak rugi membaca buku ini berulang2. Khususnya teman2 yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah. Selamat mengembara di medan ini....