Friday, July 24, 2009

Bersangka baiklah sesama manusia....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah swt, pagi ini masih lagi boleh bernafas untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim... Dalam sehari dua ni, banyak perkara berlaku yang menggugat hati dan emosi. Segalanya bermula apabila si 'Umar' kereta kesayangan telah dilanggar oleh kereta orang lain dari belakang semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Agak tegamam jugalah... Bermula dari situ, fikiran mula tak keruan. Masa bilalah nak hantar ke bengkel, sedangkan seperti biasa hujung minggu ni dah macam2 plan nak buat ini dan itu... nak ke sini dan ke situ... Tapi, bila difikir-fikir balik, ini baru sikit Allah nak uji. Benarlah ustaz pernah berpesan, Allah memang akan uji ke atas sesuatu yang kita sayang... Apepun, di hari Jumaat yang indah lagi mulia ni... ada perkara yang saya ingin kongsikan dengan sahabat2 demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslim (",)..... Topik perkongsian pada kali ini ialah Bersangka Baik...

Dalam banyak perkara, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita susah sangat nak bersangka baik dengan orang... Mungkin termasuklah diri saya sendiri... Ini tak kena, itu tak boleh, ini salah, itu tidak betul... Adakalanya, perkara yang amat mudah boleh jadi sangat sukar, bahkan lebih parah lagi, ikatan persahabatan yang selama ini kukuh bertukar menjadi rapuh... Hanya kerana sukarnya untuk bersangka baik yang akhirnya bertukar menjadi fitnah. Na'udzubillah.... Justeru, sekiranya terjadi salah faham antara kita dengan orang lain, atau kita tak puas hati dengan orang lain, imam al-Ghazali pernah menyarankan agar kita mencari alasan untuk sentiasa memaafkan orang itu dan cuba bersangka baik padanya. Jika tidak mampu jugak, cuba lagi, dan sekiranya gagal, carilah 40 alasan sehingga boleh membuatkan kita melupakan kesalahan tersebut. Di sisi lain, Syeikh Abdul Qadir Jailani memberi saran seperti berikut untuk memastikan kita sentiasa bersangka baik....

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Dan ingatlah, firman Allah:
Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)

Juga pesan dari Saidina Umar al-Khattab r.a:
Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik.



Maka dari itu, mudah-mudahan dengan adanya rasa berbaik sangka ini, kita dijauhi dari sikap selalu menghukum orang lain yang melakukan kesalahan sebelum menegur kesalahan itu terlebih dahulu...

0 comments: