Wednesday, July 22, 2009

Roti Kasih Sayang...

Mempersembahkan.....

hasil buatan tangan yang terkini....

...............Roti sosej...............



Bahan-bahan:
Sosej, roti, mayonese, sos cili, sos black pepper & mentega.

Cara penyediaan:
Goreng sosej yang telah dibelah dengan sedikit mentega... Pastikan anda menggunakan api yang minimum supaya sosej masak sekata. Belah roti, letak sosej di tengah dan bubuhlah mayonese dan sos di atasnya mengikut corak yang anda suka.... Boleh jadikan bekal untuk anak2 ke sekolah... =x Meme marveles... Dan diakui sendiri oleh peminat2 setia seperti cik Thaybah, cik Jamlah, & cik Intan...

Silalah cuba...

Semenjak dua menjak ni, dah jadi kegilaan yang ketara untuk berbisnes... Alah, bisnes yang simple2 aje mcm dadih & roti... Memang pelik, sebab sebelum ni langsung tak minat nak menjual2 nih... Tapi, entahla.... Mungkin sebab pengalaman kerja jaga kedai Mr. Ahmad, jadi cas-cas +ve bisnes telah mula mengalir di dalam diriku...

Si ibu sudah mula bertanya, "kenapa la nak menyusahkan diri buat kerja2 mcm ni?.. Tak kan tak cukup duit gaji tu..."

Hahaha... Ini bukan soal tak cukup duit ye mak, tapi soal semangat yang membara2... Seronok... Puas hati... Tak terkata bila tengok orang makan hasil buatan kita... Tambah2 lagi yang makan tu spesies orang2 mcm Thaybah & Intan, lagila suka.... (",) Jangan tak tau ye... Mak saya bangun jam 4 pagi tadi untuk menjamah roti buatan saya... Terharu... ; )

Terpaksa lah saya memberi nama roti ini dengan nama 'Roti Kasih Sayang'... Memasak dengan penuh kasih sayang, dan menjualnya juga untuk memberi kasih sayang kepada orang lain... Dengan harapan moga Allah sentiasa melimpahi rahmat buat mereka yang menikmatinya.... Ameen...

1 comments:

intan said...

sy da mkn roti sosej tue..sedap..mmg berbaloilah..harge pown murah...x rugi pown kalo korang nak cube...