Salam.. This song I dedicate to my beloved husband... Thanks to Allah for sending you to me. To be my bestfriend for the rest of my life... The most perfect person for me... The one who make my life full with joy and laught... The one who make my heart full with love and calm... The one who complete my life... May His Bless always with us... Now, I want to let you know that I will always loving you until the end of my life... Insya Allah...Amiin...
For The Rest Of my Life By: Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love You found your home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along Ooooo And there is a couple words I want to say Chorus: For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you...loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together in Jannah Now I find myself so strong Everything changed when you came along OOOO And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Minggu lepas saya 'diamanahkan' untuk menyiapkan set cupcakes untuk hantaran sempena majlis perkahwinan Aniza di Johor. Ketika saya dihubungi oleh Aniza, saya baru sahaja selesai solat Dhuha. Maka, tanpa ragu-ragu saya menerimanya. Hati berkata:
"Mungkinkah ini rezeki solat Dhuha?"
Saya meminta Aniza mengirimkan gambar bentuk design dan tema warna yang dikendaki. Nah, inilah kek yang terhasil...
p/s: Selamat Pengantin Baru buat Aniza. Moga perkahwinan sentiasa dalam redha-Nya...
~Hasrat untuk berbulan madu yang belum terlaksana....~
Salam Mahabbah...
Alhamdulillah wa syukran lillah... Hari ini sudah masuk hari yang ketiga saya menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah suami nun jauh di Gua Musang. Jadual kerja yang menyeronokkan. Awal-awal pagi dah sibuk bersedia nak hantar suami pergi bekerja. Hantar suami? Macam pelik aje bunyinya. Tidak mengapa, anggap saja ini sebagai salah satu 'bonus pengabdian' dari seorang isteri buat suaminya. Selalunya kalau abithareeq yang datang ke Ampang, maka beliaulah yang akan menghantar, menemani dan menjemput saya pulang dari bekerja. Tidak salahkan kalau saya juga ingin berbakti seperti beliau.
Alhamdulillah wa syukranlillah juga kerana akhirnya saya dapat memenuhi hasrat abithareeq yang amat teringin 'ada isteri' di rumah seperti petugas-petugas yang lain. Maklumlah, kehidupan yang sangat jauh dari bandar, maka teman-teman setia beliau hanyalah pakcik-pakcik yang setia mengimarahkan surau di malam hari serta pokok sawit yang memenuhi segenap ruang di kawasan ini. Maka, sekarang abithareeq sudah boleh tersenyum riang apabila sudah ada teman untuk diajak bersembang di rumah. Bak kata TokDe, yakni salah seorang petugas di sini:
"Kalau Puan tak datang seminggu lagi, alamatnya terkena penyakit kemurunganlah En. Shuhairy kita ni".
Sampai begitu sekali rupanya kebosanan yang melanda sang suami di sini. Ya, saya amat mengakuinya. Tidak ada chicken chop yang boleh mengisi perut yang kononnya mengidam, tidak ada Mines untuk dijadikan tempat mencari barang-barang keperluan diri, dan tidak ada taman-taman yang boleh dijadikan tempat menikmati keindahan alam. Nak pergi ke bandar pun kena berfikir sepuluh kali lantaran jarak yang amat jauh, jalan yang tak berapa nak elok dan ditambah gaung di kanan dan kiri jalan yang mengacah sikiranya memandu dengan tidak cermat.
Dengan kehidupan yang sangat jauh dari bandar ini, saya tertanya-tanya pada diri:
"Bersediakah saya untuk menjadi seorang suri rumah selepas tamat belajar nanti?"
Oh tidak. Tapi, kenapa tidak? Entahlah, saya belum menemui jawapan... Saya perlu berfikir dan belajar bagaimana untuk memanipulasi ilmu yang saya ada agar dapat diterjemahkan menjadi sebuah kebaikan yang dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat di sekitar sini... Moga Allah memberikan petunjuk. Amiin....
Hujung minggu lalu yang agak memenatkan kerana terpaksa menempuh perjalanan ke sana ke mari demi memenuhi banyak permintaan... Ditambah pula dengan keperluan menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat nun di Hulu Langat... Alhamdulillah dengan segala ujian dan nikmat yang diberikan...
Di sini ada sedikit gambar cupcakes yang sempat disiapkan pada hari ahad semalam... Yang lain2, dh tergolek kat dalam kereta dan terpaksa di makan sendiri2...
Minggu lepas memenuhi permintaan Kak Nana utk membuat muffin sebagai doorgift untuk perkahwinannya dengan Mustakim... 200 pcs semuanya... Xdapat nak bagi sahabat2 rasa sbb yang terlebih tu dah diagih2kan utk jiran2 sebelah rumah... InsyaAllah lain kali ye...
Muffins with transparent casing...
Delicious moist choc muffin with chocolate topping...
Dipetik dari saifulislam.com. Dah lama mencari artikel ini, alhamdulillah.... jumpa juga akhirnya....
The Lost City of Petra… bersama Dr. Amran Saleh (my SV =))
“Apalah nak jadi dengan Hasrizal tu. Dah pakai jeans pula dia sekarang!”, suara keluhan muslimat prihatin sampai ke telinga saya.
Lucu ada, hairan pun ada.
Tapi saya buat tidak peduli sahaja. Pada saya, musim sejuk begini, tidak tepat kalau pakai seluar biasa. Beku separuh badan. Sama juga pakai serban tunggang motor 100km/jam. Tidak menjaga Sunnatullah.
Semua orang pernah menempuh era mencari identiti. Ketika saya memberanikan diri memakai jeans, yang bukan kebiasaan saya, saya sedang berada di era bosan dengan rigidity persekitaran saya.
Pakai jam tangan kiri, dikatakan tak menghormati waktu.
Pakai baju kemeja masuk ke dalam, dikatakan macam orientalis.
Perubahan seketika pada diri saya, bukan hanya pada menukar seluar tetapi kesannya turut kedengaran pada lagu yang saya cipta untuk Usrah al-Firdaus. Akhirnya pada tahun 1995, sebuah lagu yang telah menimbulkan kontroversi di Jordan, saya dendangkan buat mereka yang mencari identiti.
Saya perdengarkan kembali untuk pembaca tersayang di saifulislam.com:
IMEJ BARU
Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia Penuh makna ada cita Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan Menerima apa sahaja
Dalam pencarian menentukan arah tujuan Berbekalkan hanya perasaan Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan Juga gaya teman-teman
Wahai sekalian rakan Dengarlah, ini pesanan Kami adalah teman Yang inginkan kebaikan
Pencarianmu itu Tak ada kesudahannya Jika kau tak bertanya Pada Tuhan yang memberikan jawapan
Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan Bukan untuk ini semua Masa depan agama dan nasib yang tak terbela Semuanya di tangan kita
Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati Tidak akan gentar dicabar Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang Telah pasti ia kan berulang
Yang perlu hanya kesedaran Bersama diri yang ada kekuatan Iman dan kesabaran Yang mesti diusahakan
Banggalah dengan gayamu Hidup seorang pejuang Nyatakan pada dunia Masa depan untuk Islam, untuk kita
Lagu, lirik dan nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil Persembahan: Usrah al-Firdaus Album: Gemilang 1995
Di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara umumnya, bahkan mungkin di mana-mana penampilan adalah segala-galanya. Zaman sekarang suka sangat mereka nilai dengan zahiriyyah. Tak mengapalah kalau bagi mereka yang menilai (orang awam). Maksudnya dah menjadi hal yang biasa kalau orang awam menilai dengan zahiriyyah.
Cuma yang menjadi musibah adalah ketika sesetengah pelajar-pelajar yang akan menjadi asatidzul mustaqbal terlalu fokus dengan image diri dan lupa bahwa yang lebih penting adalah ilmu, iman dan ketaqwaan di hati. “Dia tu pandai dan rajin ibadah tapi tengoklah pakaiannya” Sindir seorang teman. “Kita ni calon-calon ustaz maka harus selalu menjaga image maka… pakailah kopiah ketika bermain bola…”
maaflah ye, semoga menjadi lelucon membangun.
Tak salah para ust zaman ini meninggalkan serban, jubah dan baju melayu as long as iman dan taqwa masih tersemat di hati…
entah le, saya pun tak tahu nak buat macam mana. tapi kalau jemaah masjid tak nak berimamkan orang pakai jeans, kita pun tak boleh nak buat apa2. saya tak boleh ubah pendirian jemaah masjid, tapi saya boleh ubah pendekatan saya. sebagaimana jeans tak ada masalah untuk dipakai, begitu juga dengan kain pelekat dan baju melayu, juga tak ada masalah untuk dipakai :)
Pendapat saya secara peribadi, selagi mana pakaian itu selari dengan syarak, yakni tidak ketat, tidak mencuri perhatian lelaki ajnabi dan tidak menampakkan aurat, silakan.... Yang penting, sebagai seorang muslim, nilailah berdasarkan ilmu dan keadaan, bukan sekadar tahu memberi tohmahan...
Salam Ma'al Hijrah buat sahabat2 yang dikasihi sekalian.... Moga hari ini berlalu dengan seribu satu kebahagian dan rahmat dari Allah swt. Apa khabar iman kita hari ini? Sudah bersediakah kita utk melangkah ke tahun baru esok? Moga2, sudah bersiap siaga dengan bekalan iman dan amal yang sepatutnya....
*Mungkin ini adalah design tahun2 lepas....
::Doa Awal Tahun::
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
::Doa Akhir Tahun::
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
[Sumber: mohdzulhelmi.com]
Kaitan doa ini dengan hadith Nabi saw....
Dipetik dari al-ahkam.net, seorang pembaca bertanya:
"Apakah pandangan ahli panel tentang bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun?"
Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya Allah.
Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam digalakkan sentiasa memohon kepada Allah swt agar diberikan kebaikkan dan keredhaan bagi diri dan keluarganya. Tidak ada masalah untuk kita berdo'a untuk kebaikkan apabila datangnya awal tahun Hijrah, sebagaimana umum suruhan ibadat berdo'a.
Teguran dan kritikan kepada amalan berdo'a akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-
a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan do'a ini. misalnya dianjurkan membaca do'a ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.
b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.
Fadilat do'a awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan
c. Kedua-dua do'a tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi saw. Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa do'a ini tidak berasal dari Nabi saw.
Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi saw, kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi saw.
Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi saw. Berdo'alah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!.
Ya Allah, jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia & saling menyempurnakan dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu... Ameen.
“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma. Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.” Sambil terisak Aisha melantunkan ayat: Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah irji’ii ilaa Rabbiki raadhiyatan mardhiyyah Fadkhulii fii ‘ibaadii wadkhulii jannatii
(Hai jiwa yang tenang Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan hati puas lagi diridhai Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)